Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Ok kengkawan..sorry2, lama sudah mahu
diupdate kisah suka-suki kami di Cameron Highlands, tapi apakan daya…masa
sangatlah tak mengizinkan. Melihatkan gambar saja pun sudah mau
tercungap-cungap, mana nak resize segala kan..
Ok, hari ni meh kita sambung. On the day
one kami mendaki (ayat kasik gempak, mendaki pakai kereta iye kengkawan
sekalian…hehehhe) ke Puncak Brinchang, terlalu lah Lavender Garden. Seperti
biasa, rasa teruja jangan dibendung..hehehe…mohler ngajak Incik Daus berhenti
dan singgah. Nanti kempunan susah..(alasan semata-mata… ahaks!)
So kami pun berpusu-pusulah macam orang
lain untuk meninjau apa yang ada di sini. Nama pun Lavender Garden, of
courselah akan banyak bebunga lavender, ye tak? Sebelum kita berceloteh
panjang, harus diingat, coretan kali ni penuh bergambar. So tabahkanlah mata
melihat segala aksi yang comeyyy dan jugak tak comeyyyy..hahahha!
First sebelum beli tiket, kasik snap dulu
sekeping dua kat entrance ni..kot2 lupa nanti nama tempat yang dikunjungi.
Ok, bagi yang nak tahu harga tiket dan sebagainya..nah…sudikanlah baca sendiri… ;p
Kakak dan Bapak gigih berlari naik…sempat
lagi ala-ala posing…hmmm, sapelah ‘Cikgu’ yang ngajar kakak posing cam gini ni
ek…hehehhe * Kedip-kedip mata skit*
Ok, hari ni tak taulah makjun lawak mana
yang Incik Daus termakan..asyik buat lawak loyar buruk die, yang secara
nyatanya diwarisi hebat oleh anak kami itu..buktinya…
Ini lawak Bapak…konon hebat nak makan
eskrim batu ni…
Hmmm, thank you my dear hubby, you taught her well…
Cantik pemandangan penuh warna-warni..lavender
bukan warna ungu saja rupenye ya…baru ku tahu… (yang aku ingat time Geografi
dulu hanyalah ukur panjang sungai pakai benang..muahahaha! gile baik dulu dalam
kelas….)
Kakak: Oh My Ibu…why must posing like that??? Hmmmm..
Ibu: Sebab kite kan omeyyyyyy!!! (ahaks, sila lap muntah sendiri okay kengkawan…heheheh)
Ni aksi konon2 sweet..ha, nyampah!!!
Then we saw this…
Ok..teruja untuk daki lebih tinggi,
semangat nak memetik strawberry walau secara jujurnya aku memang tak suka
sangat buah strawberry yang makan gitu..kalau dah jadik jem atau air, itu aku
ok..ntahlah kenapa aku pelik cam gitu..ke ada lagi spesis kat luar sana macam
aku???? Hmmm, and I wonder… *sambil garu-garu kepala*
Sebelum kita proceed, usaha memetik..apa
kata kita rehat sebentar di Lavender Café yang terletak betul-betul di entrance
ke ladang strawberry tu..sajalah nak cuba…
So ini menu yang kami order…
Strawberry Milk Shake (RM 7.50, kalau tak
salah aku)
Strawberry Cheese Cake (tak ingat berapa
harga tapi around RM6-RM7 per slice)
Set lavender scone (RM 8)
Strawberry Tea (RM 5)
My Verdict: Strawberry Milk Shake, pada
tekak aku, ok, sedaplah jugak..tapi strawberry tea, sangat out rasanya..mulenye
aku ingat without the milk, rupanya with milk..tapi tercari-cari rasa
strawberry,ermmm..tak berapa nak rasa…kek plak, aku actually penggemar kek
keju..tapi this time around, aku kecewa…huhuhuhu…toping strawberrynya pun
sangat kuat rasa asid die, menjadikan die sangat masam berasid, bukan masam
biasa, so end up, tak abis pun makan…lavender scone dia at average in
taste..so, kesimpulannya, kami sangat kesian pada diri sendiri…warggghhhhh!!!
Then, jomlah pi petik strawberry untuk mengubat duka lara….
Kakak tetap nak singgah tengok ikan...sangat suka dengan ikan...
Aksi poyo, konon harum sangatlah strawberry tu..ingat mempelam harum manis ka..hehehe
Usaha gigih nak memotong buah....
Otw turun, sempat singgah lagi, dengan bakul strawberrynya..jangan sapa usik ya..nanti kakak marah..buah kakak punya... ;p
Aku tak ingat sangat harganya, tapi akan ditimbang berapa kg yang kita petik..dekat bawah tu, ada jugak yang dijual yang dah siap dipertik, satu bekas plastik tu dalam RM 10 macam tu....
Singgahan kakak yang seterusnya...
Dalam pukul 3pm macam tu, kami pun
meneruskan perjalanan ke Equatorial Hotel (EQ), check-in, then pergi carik
makananlah..sudah lapar woooo…
Sebagai ‘orang baru’ di Cameron Highlands,
masih tak pandai cari kedai makan..so punyalah pusing2 pekan Brinchang, tak tau
mana kedai makan Melayu. Adalah KFC, nampak gaklah signboard Marrybrown..but at
last..makan je kat satu kedai ni..aku tak ingat namanya, tapi kedudukan dia
betul-betul dekat gak ngan Rossa Passadena Hotel tu, kat selekoh, kedai melayu…
Ini order kami, pada harga keseluruhan RM 43.00. Oklah..daging goreng kunyit dia sedap, garing. Kira aku kalau daging goreng, suka yang garing-garing gitu…Kailan Goreng Ikan Masin die pun best, rangup segar sayurnya dan tak ada rasa pahit yang kadang-kadang ada pada sayur kailan..apa pun, by the end of the day..stomach satisfied…alhamdulillah…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)