Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, May 15, 2013

23 Tip Bantu Elak Keracunan Makanan


 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Aku rasa kebanyakan dari kita sekali seumur hidup la sekurang-kurangnya pasti pernah mengalami keracunan makanan, kan..kan...? Rasa nak muntah, cirit biritlah, sampai badan pun dehydrate kan. Risiko keracunan makanan ni paling kerap kita alami sebab kebanyakan puncanya adalah dari kebersihan persekitaran dan juga cara penyediaan makanan itu sendiri. So, ni aku nak share, tip-tip untuk elakkan risiko keracunan makanan ni. Ini kiranya dari pembacaan aku dan aku kumpulkan menjadi 23 tip untuk kita share bersama... ;-) 


  1. Anda perlu lebih berhati-hati dalam memelihara kandungan susu asli (selalunya tidak melalui proses pemasturan) agar tidak terjejas kualitinya. Ini kerana di dalam susu terkandung bakteria ‘campylobacter’ yang menjadi punca utama keracunan makanan. Bakteria ini juga banyak terdapat di dalam daging merah dan air yang tidak disuling.
  2. Makanan yang tidak dipanggang elok khususnya ketika barbeku juga mampu mengundang keracunan. Justeru pastikan sebelum mula memanggang, arang yang digunakan sudah mengeluarkan bara api dengan satu lapisan ‘abu’ di atasnya.
  3. Hati-hati ketika membasuh daging ayam atau daging burung kerana anda berpotensi untuk menyebarkan bakteria salmonella di sekeliling dapur anda. Hanya basuh seperti biasa kerana suhu atau haba ketika memasak itulah yang paling penting untuk ‘membunuh’ bakteria ini.
  4. Sentiasa basuh tangan anda dengan sabun atau air suam. Bilas bersih sebelum mula memasak atau setiap kali selepas anda mengendalikan daging merah, selepas menggunakan tandas, bersin atau jika anda memegang haiwan peliharaan.
  5. Sentiasa bersihkan permukaan kabinet atau ‘worktop’ anda setiap kali selepas memasak terutamanya jika bahan masakan anda melibatkan bahan basah seperti ikan, daging dan telur. Untuk kesan lebih efektif, lap permukaan tersebut menggunakan sabun yang dicampur bersama air suam.
  6. Sekurang-kurangnya seminggu sekali, cuci bersih tuala lap tangan anda. Pastikan ia dikeringkan di bawah terik matahari untuk membunuh bakteria sepenuhnya. Tuala lap tangan yang kotor mampu menjadi ‘perumah’ kepada pembiakan bakteria.
  7. Sediakan sekurang-kurangnya dua papan pemotong di dapur anda. Satu darinya gunakan untuk memotong bahan basah dan satu lagi untuk memotong bahan kering atau dari jenis sedia dimakan seperti roti. Ini kerana bahan basah seperti daging mengandungi bakteria yang senang merebak pada apa saja permukaan yang menyentuhnya.
  8. Pilihlah papan pemotong dari jenis kayu kerana bakteria lebih sukar untuk bertahan di atasnya lebih lama berbanding dengan papan pemotong plastik. Bakteria mudah bersembunyi di celah bekas-bekas hiris pisau pada papan tersebut,
  9. Penting bagi anda mengasingkan tempat penyimpanan bahan basah dengan bahan kering yang sedia dimakan seperti roti, buah dan salad. Ini kerana anda akan terus makan makanan tersebut tanpa perlu dimasak. Oleh itu, bakteria di atasnya tidak akan terhapus dengan mudah sekadar melalui bilasan air.
  10. Sebelum menyimpan daging ke dalam peti sejuk, pastikan anda meletakkannya di dalam bekas penyimpanan. Letakkan ia di rak bawah.
  11. Jika memasak daging, pastikan ia dimasak sehingga tiada lagi kelihatan warna asal daging tersebut iaitu kemerah-merahan.
  12. Pastikan suhu peti sejuk anda diselaraskan pada suhu di antara 0°C dan 5°C. Suhu yang dingin ini akan membantu menghalang kuman atau bakteria dari membiak.
  13. Jika anda memasak makanan untuk simpanan, pastikan ia segera disejukkan atau dalam tempoh masa tidak lebih 90minit. Kemudian simpannya di dalam peti sejuk dan pastikan anda menyimpan makanan itu tidak lebih dari dua hari. Makanan yang disimpan lebih dari tempoh tersebut hendaklah dibuang kerana anda mungkin terdedah kepada risiko jangkitan kuman.
  14. Makanan dari peti sejuk yang telah dipanaskan, tidak boleh disimpan kembali. Anda harus menghabiskan makanan tersebut kerana jika disimpan kembali, anda hanya akan meninggikan risiko anda untuk mendapat keracunan makanan.
  15. Jangan makan makanan yang telah tamat tempoh. Ada beberapa kajian menunjukkan bahawa bakteria sangat mudah membiak di dalam makanan yang diproses.
  16. Kajian yang dilakukan oleh ‘The Food and Drink Federation’, Amerika Syarikat mendapati bahawa kebanyakan orang gagal untuk menukar span cuci pinggan dengan kerap. Tahukah anda bahawa span adalah di antara ‘habitat’ utama kuman dan bakteria ini? Tukar span cuci pinggan anda sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
  17. Sentiasa buka aksesori anda seperti cincin sebelum mula memasak. Menurut kajian yang dilakukan di laman sesawang ‘BBC News’ pada Jun 2006, hanya empat dari 10 orang yang akan membuka semua aksesori sebelum memasak. Kuman masih mampu bersembunyi di celahan aksesori hingga sukar anda menghilangkannya walaupun ketika membasuh makanan.
  18. Mereka yang sering membasuh mangkuk mangkuk makanan haiwan peliharaan di dalam sinki yang sama dengan yang digunakan untuk tujuan memasak juga hanya akan meningkatkan lagi risiko serangan bakteria ke dalam makanan.
  19. Jika anda mahu membawa bahan perapan untuk dibakar sewaktu berkelah, bungkus setiap satu jenis secara berbeza. Letakkan ia di bahagian paling bawah di dalam ‘cooler box’. Lapisi atasnya dengan ketulan ais. Suhu sejuk kotak yang dipenuhi makanan akan bertahan lebih lama berbanding kotak yang hanya separuh penuh. Jika masih ada ruang kosong, penuhkan saja dengan ketulan ais.
  20. Jangan sesekali masak daging (secara separuh masak) untuk disimpan dengan tujuan agar masa memanggang kemudiaannya dapat dipercepatkan. Kaedah ini hanya akan membantu pembiakan bakteria di bahagian yang tidak masak sepenuhnya menjadi berganda.
  21. Sewaktu berkelah juga, jangan lupa membawa ‘hand sanitizer’ terutamanya jika kawasan yang anda pergi itu sukar untuk mendapatkan bekalan air paip.
  22. Sekiranya anda sudah diserang gejala awal keracunan makanan iaitu cirit-birit, pastikan anda tidak cuba meminum minuman isotonik sebagai langkah pemulihan. Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana minuman yang mengandungi gula yang banyak akan ‘memaksa’ perut untuk bekerja keras menguraikannya.Sebaiknya anda lakukan kaedah ini. Campurkan satu sudu kecil garam, setengah sudu kecil serbuk penaik, dan empat sudu besar gula ke dalam satu liter air suam. Jadikan ia minuman anda sepanjang hari.
  23. Seandainya anda punya pilihan, pasanglah sinki dari material tembaga. Berdasarkan satu kajian yang juga dilaporkan di dalam laman sesawang ‘BBC News’ (Mei 2008), bakteria E-coli mampu hidup lebih dari sebulan di atas permukaan sinki yang diperbuat dari besi tahan karat berbanding hanya empat jam pada sinki tembaga (pada suhu bilik).

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)