Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Friday, April 21, 2017

Resipi: Sambut Birthday dengan home-cooked shell out....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

YA ALLAH, Alhamdulillah..Jumaat menjelma lagi, maksudnya bolehlah bercuti dari suasana office selama dua hari…phewww! 

Hari ini nak tentang sambutan hari lahir mak dengan angah pertengahan bulan march yang lalu. Selalunya aku memang akan plan awal, prepare hadiah dan sebagainya. This year, disebabkan masalah yang tiba-tiba muncul, everything jadi upside down. Jadinya, aku plan untuk masak sendiri saja, duduk ramai-ramai…gelak-gelak and sharing stories. Beli hadiah pun aku lari kejap time break Jumaat tu. 

Aku decide nak cuba bershell-out dekat rumah. Google la resipi mana yang patut dan akhirnya aku follow resipi dari blog https://cinta-caramel-latte.blogspot.my dengan sedikit pengolahan mengikut selera kami sekeluarga. 


Awal pagi tu bergegas ke Pasar Besar Ipoh. Selalunya di sini yang banyak seafood yang best dan saiznya besar. 

Jadinya, watak utama shell out aku terdiri daripada:
Ketam (5 ekor saiz besar)
Udang (1 kg)
Lala (1kg)
Sotong (10 ekor)

Anggaran kos kasar untuk semua makanan laut ini: RM 132
*Kesemua makanan laut ini, dicuci terlebih dahulu sehingga bersih. Kemudian, rendam seketika dengan air asam jawa. Then bilas. Selepas bilas kembali dengan air bersih, perapkan seketika dengan sedikit kunyit dan serbuk lada hitam (jenis kasar). 

Sambil itu, silalah sediakan bahan kisar untuk dijadikan pes. 

Bagi sayuran pula, aku hanya guna brokoli sahaja. Jagung tak dilupa. 

Di antara bahan untuk dikisar:

Cili Kering (aku campurkan yang jenis halus-pedas, dan saiz besar-tak pedas)
Udang kering.
Sedikit belacan.
Bawang besar ( 3 biji)
Bawang Putih (10 biji)
2 batang serai (hiris nipis)
Sedikit halia.
3 tangkai daun kari (ambil daunnya sahaja)

*Bahan untuk kisar ini, sukatannya mengikut kuantiti bahan yang ingin dimasak. Bahan kisar ini akan bertindak sebagai pes, so pandai-pandailah ya mengagak kuantitinya. 

Bahan untuk menumis:

Bawang Holland (dihiris nipis, kalau nak rasa lebih manis, gunakan ekstra bawang)
Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Buttercup (1 buku)
Rempah Kari Ikan
Sos Tiram
Sos Ikan
Kiub Pati Ayam (1)


Cara Memasak:



  1. Makanan laut yang telah diperap tadi direbus dahulu. Didihkan air terlebih dahulu. Rebuskan seketika sehingga half-cooked. Asingkan kesemuanya.
  2. Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair.
  3. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan juga daun kari sehingga naik bau. Anggarannya juga mengikut selera dan keperluan. Aku main agak-agak juga.
  4. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  5. Kemudian, masukkan dua sudu besar rempah ikan. Kacau segera supaya tak bergumpal.
  6. Masukkan sos tiram, sos ikan. (tak perlu masukkan garam dah)
  7. Akhir sekali masukkan 1 kiub pati ayam dengan serbuk lada hitam. Goreng sehingga masak dan padamkan api.
  8. Selesai semuanya, barulah aku ambil pes ini dan digoreng dengan makanan laut tadi. Anggaran scoop senduk tu mengikut jumlah makanan laut. Tak payah masak lama, sebab pes tersebut dah dimasak dan makanan laut pun dah half-cooked.


Bagi sayuran:
Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus seketika brokoli. Angkat dan toskan. Kemudian taburkan serbuk lada hitam.

Bagi Jagung:
Didihkan air. Rebus jagung seketika. Angkat dan toskan. Kemudian, sapukan dengan soft marjerin. Aku guna jenis Nutri-Lite. 


NOTA: Untuk udang, aku xguna pes yang sama. Aku buat sambal tumis…hahhaha…letak je sekali. Udang untuk kakak pula, aku buat udang masak kicap. Gitewww, macam-macam style home shell out kami…takpelah, kami je pun nak makan ye tak..hehehheh…


Kami lengkapkan lagi sambutan burfday ini dengan aiskrim harijadi. Idea si kakak dan of courselah, kakak pilih aiskrim Milo..hahhaha….ikut tekak dia aje… then aku ambik mango sebab mak selalunya suka perisa  fruity macam tu. First time beli jenama La Cremeria ini. Sedap juga….ada cebisan mango lagi dalam tu..best!

Alhamdulillah….seronok dapat makan bersama. Chit chat with each other. Alhamdulillah….





Thursday, April 20, 2017

Resipi: Roti Kepit Cheese yang yummylicious!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…..

Memasak ini kadang tak perlu pun yang complicated. Sometimes the simple dishes will do miracle to our taste. Cewah..siapa setuju??

Contohnya macam resipi yang nak dikongsi ini.



ROTI KEPIT CHEESE

Aku dapat idea ini dari instagram seorang teman. Nampak sangat ringkas tetapi menyelerakan sangat. Jadinya, jomlah cuba…

Bahan pun ringkas je…


Roti Putih (Aku pakai jenama Gardenia). Sapukan di keduadua bahagian dengan soft marjerin. 
Telur (dipecahkan, dipukul sebati bersama  sedikit garam, lada sulah)
Keju (letakkan di tengah dan diapit dua keping roti).
Kemudian, panaskan non-stick pan. Bakar roti berkenaan sehingga kekuningan dan sedikit garing.
Selepas diangkat, barulah dipotong roti berkenaan. Masa ini Masya-Allah, seronoknya tengok keju mencair.


Sedap sangat…selamat mencuba!





Tuesday, April 18, 2017

Resipi: Sambal Tumis Labu Air, mudah dan membuka selera!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Labu Air, siapa suka makan? Kalau suka, seppp sikit..sebab kita sama, yeayyy! 


Selalunya kalau labu air ini, sesuai dibuat masak sup. Kali ini kita nak buat masak tumis cabailah, tu kalau orang Kedah katalah..kalau orang bukan Kedah panggil Tumis Cili…ewah! *sajaakakbergurau*


Sayur labu air ini, sesuai sangat kalau dijadikan menu bila demam kerana dikatakan mampu membantu menyejukkan badan. Ia juga kaya dengan kandungan kalsium dan juga Vitamin C. 

Ok, sekarang, meh kita share bahan-bahan yang diperlukan:

1 biji labu air
Udang (anggaran ikut masing-masinglah ya…)
Bahan untuk dikisar:
Segenggan cili kering
3 batang cabai/cili merah/masak
Segenggam udang kering
2 biji bawang besar
5 biji bawang putih

Cara Memasak:


  1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah dikisar tadi.
  2. Biar naik bau sedikit, kemudian masukkan air. Kuantitinya bergantung kepada    jumlah labu air dan juga selera masing-masinglah ya…ada suka kuah banyak. Ada yang suka pekat.
  3. Bila dah mendidih, masukkan udang. Perisakan dengan garam dan gula. Labu air ni tak perlu dimasak lama, nanti terlalu lembik pun xbest.
  4. Done…bolehlah mula makan…hehehhe                      
  5.               

Monday, April 17, 2017

Resipi: Kuih Cara Pandan + Coklat



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Hari ini nak share salah satu resipi dari koleksi bento kakak…Alhamdulillah, sepanjang tiga bulan bersekolah, ibu masih berupaya bangun awal pagi dan menyiapkan bekal untuk kakak bawa ke sekolah. Kakak langsung tak nak makan di kantin. Nak ibu masak juga. Maka itulah rutin saban pagi yang ibu rasa sangat teruja untuk lakukan. Kakak semakin membesar, tiba jadi sangat-sangat picky eater. Walhal masa kecil, semua pun diajar makan..dari buah-buahan sehinggalah ke sayur-sayuran. Kami dari kecil memang arwah abah dah didik, each meal, mesti ada one dish sayuran. Tak tahulah semenjak besar ini makin susah nak pujuk makan sayur. Eh, maaf ya..dah jadi ceramah makan cara sihat plak…hahahha…yang sebenarnya nak share menu Kuih Cara aje haaaa…ya, ada satu pagi tu, kegigihan hadir dalam minda si ibu kakak ni..nak membikin kuih cara…. *clap!Clap!*


Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan pati pandan (hasil dari gabungan 5 helai daun pandan bersama sedikit air, dan dikisar halus. Kemudian ditapis).
2 cawan santan (aku guna jenama Kara)
3 sudu besar marjerin/mentega
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau (sedikit saja sekadar nak bagi naik warnanya)

Cara Membuatnya:

Senang yang amat sangat. Kisarkan sahaja semua bahan-bahan tadi. Kemudian, tapiskan. Selepas ditapis, barulah dimasukkan beberapa titik pewarna hijau. 

Panaskan acuannya, dan sapukan marjerin sedikit sebelum dimasukkan adunan kuih cara tersebut. Then cepat-cepat masukkan gula ke bahagian tengah kuih. 

Tutup dengan tudung periuk bagi memastikan masaknya sekata.

Tak lama nak masak, xsampai satu minit pun. Nanti bila nak keluarkan kuih cara yang dah siap dimasak, cungkilkan ikut tepi gunakan sudu ya….

TIP MY MAK: Mak pesan, acuan kuih cara ini, jangan sesekali dicuci guna sabun. Memadai dengan lap menggunakan tuala bersih. 


Bagi adunan coklat tu, aku hanya gantikan pati pandan dengan membancuh dua sudu besar serbuk koko, dua sudu besar gula dengan air suam sedikit dan selebihnya adalah susu cair (atau susu biasa).

Bahan yang lain adalah sama, dan aku gantikan gula dengan coklat cip hershey’s sebagai filling dia. 

Verdict: Kakak dan bapak memilih kuih cara versi klasik. Baikkklllaaahhh…