Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Sunday, May 5, 2013

PRU 13: Shhhhhh...Undi adalah rahsia...! ahaks!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hari ni panas sungguh, matahari terik dari pagi, kat Ipohla..…ok kot kalau nak dikatakan sepanas PRU 13 kali ini. Ini kali pertama mengundi, teruja sikit..pagi2 dah bangun, sebab tempat mak dan aku mengundi berbeza-beza. Mak kena ngundi kat sekolah lain sebab alamat masih guna alamat rumah lama kami..manakala aku dengan Angah di tempat yang sama.

So kita selesaikan mak dulu…

Sangat panjang okayyyy barisan mak..satu jam kami tunggu...


 Muka kakak yang dah mula bosan..mana boleh duduk diam lama sangat....

Setelah selesai, barulah kami ke tempat mengundi kami plak...Di sana, punyalah teruja sebab dapat jumpa kawan-kawan lama, di tempat mengundi aku tu. Dah rupa reunion jadinya. Biasalah, bila dah berkumpul, masing2 lupa diri, siap kena tegur dengan Pegawai SPR tu sebab bising sangat boraknya…hahahah..ampunkan kami duhai Incik SPR…kami lupa ini hari mengundi, bukan time nak ambik result SPM mcm dulu2…heheheheh….

Apa pun…

Taraaaaaaa…lihat jariku…tanda sudah selesai…yeayyyy!




Kakak cakap “ Cian Bu….tangan Bu akittttt…” hehehe..sebab dia tengok tangan Ibu warna biru…tapi kakak pelik sebab tangan Opah pun sama, Mak Ngah pun sama..

Ohhh, where is My Incik Daus? Dia balik Kedah cheq oiiiii…undi kat Aloq Staqqqq….tegar tak mau tukaq alamat….aisssshhh!!

Apapun, lakukan pilihan bijak, kaji pada setiap manifesto yang dijanjikan. Ada yang bersifat rasional dan tak kurang juga yang lebih kepada memancing undi. Aku yakin, semua di luar sana adalah pemilih yang bijak. Bagi yang tak keluar mengundi dengan rasa mengundi itu sesuatu yang remeh, pada aku, ruginya anda! Mengundi adalah pilihan untuk semua di mana anda tidak perlu untuk meminati politik untuk melakukannya...

Wokay…itu saja nak ngomel ini hari…tatatititutu….

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)