Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Perlis. Show all posts
Showing posts with label Perlis. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Cuti-Cuti Perlis: Jom makan seafood best di Jeti Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kalau dah nama pun menginap kat area Kuala Perlis ni..apatah lagi dekat sangat dengan Jeti Kuala Perlis ni..amatlah xberbaloi kalau tak cuba makan seafood kat sini. Dekat tepi area T-Hotel ni, memang banyak deretan kedai yang menjual makanan, khususnya seafood.

Matahari terbenam..Subhanallah...

So apa lagi, malam tu, kami pun terjahlah. Kat sini, kena tabahkan hati tau sebab by the time kita jejak je kaki kat food court ni, semua peniaga pun dah tunggu masa nak serbu kita. Rimas memang rimaslah. Tapi bertabahlah ya. Dieorang akan ‘pujuk a.k.a paksa’ kita memilih kedai dieorang. So pandai-pandailah elak. Dan memang serabut juga nak buat pilihan, antara nak tengok list menu..nak tengok macam2 jenis seafood dan nak dengar org dok soh ko masuk kedai dieorang. ;-)

First time aku pergi dulu, aku tak ingat dah kedai apa yang aku makan. Kali ni kami try Mona Ikan Bakar.


Gambar kat atas ni view dari jalan luar...


Silalah pilih ya adik2...



Hahahhaa..muka bosan.. asyik kena sakat dengan Ibu..ntahlah..Ibu memang ada satu habit, suka sakat kakak sampai kakak nangis..hahhaha...selalu buat bapak stress..sebab nanti kakak nangis, nangis kuat2 plak tu..lepas tu aku sengih2 je..hahahha!


Oklah..meh kita tengok  antara menu yang kami order..

Ikan Pari Bakar



Sedap..garing just nice…dengan sos atas..



Boleh cicah dengan sume benda ni..sambal belacan dia best jugak pada aku..


Sotong goreng tepung. Cara goreng sotong ni dah kena dah dengan gaya aku suka. Cuma kurang skit dari segi perisa dia. Rangup-rangup ok dah…



Ikan kembung goreng masak kicap..ni untuk kakak…memang sedap..aku plak yang ketagih nak meratah..mujur ambik 2 ekor..hehehehe…




Ini plak Siput Biji Nangka, first time kami cuba makan siput ni. Dibuat masak pedas. Sedap plak, memang sedap. Siput ni rasa lemak manis dia sendiri. Chewy gitu..yelah..siput kan… memang puas hatilah…

Untuk sayur selain ulam tu, kami order kangkung goreng belacan. Ya, makanlah sampai senak perut..hehehhe…


Bismillah...jemput2 makan...



Overall, makanan kat Mona Ikan Bakar ni, memang sedap dan aku leh recommend kat u alls semua..sedap berasa...trip aku baru ni ke sana..ada try makan satu tempat lain, tp dekat foodcourt sini jugaklah, sajalah konon nak cuba gerai lain..ermmm..memang mengecewakan..sangat xsedap...mcm cair semacam (menu berkuah) dan ada lauk mcm terlupa letak garam..payau je makan..huhuhuhu...so next time dah tau, memang akan makan di Mona Ikan Bakar ni jelah..



 Ok..kakak dah kenyang..dah start tonyoh2 mata..itu petanda..kakak dah ngantuk...hehehhe...

Babai ya... 

Monday, January 26, 2015

Cuti-Cuti Perlis: Penginapan hotel bajet di T-Hotel, Kuala Perlis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Cerita ini dah lama pun terperam..sebabkan asyik xada masa nak mengarang dan edit gambar, jadinya lebih lamalah cerita ni diperam..apakan daya..ampunnn…

Ini actually percutian yang tak dirancang. Percutian yang disebabkan nak mengekor Incik Daus pergi kerja. Terpaksa buat macam tu sebab dah tiga minggu Incik Daus asyik outstation je. Kalau tak, memang tak adalah jumpa pun.

Pagi-pagi hari Sabtu..seawal 4pagi ya, bergeraklah kami ke bumi Perlis Indera Kayangan. Tengoklah muka masing-masing..excited walaupun sebelum Subuh dah kena gerak..hehehe..jalan punya pasal..apa adehal kan..kan..kakak kan..hehehe.. 




Actually Incik Daus nak kena ke Langkawi sebenarnya. Tapi aku malas plak nak masuk ke Langkawi tu. Macam malas sangat nak naik turun feri. So aku decide nak stay dekat Kuala Perlis je. Memang tak ada preparation apa langsung apatah lagi nak book hotel awal. So sampai je kat sana, kami walk in kat T-Hotel. Oklah, sebab boleh check-in terus, tak payah nak tunggu sampai kul 3p.m. Hotel T-Hotel ini lokasinya sangat strategik iaitu betul-betul berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis. senang kan..Ini kali ketiga kami stay di sini. First time dulu sebagai transit sebelum balik Ipoh. Waktu tu kami semua ke Langkawi. Tahun 2013 tak salah aku. 

Hari first sampai memang tak ada buat apa. Duduk dalam bilik aje. Ni pemandangan dari luar hotel.



T-Hotel ni diklasifikasikan sebagai hotel bajet ya. Kami memang macam ni..kalau nak jalan2..
maksudnya kebanyakan masa tak da sangat kat bilik atau persinggahan yang sekejap, biasanya memang kami tak pergi hotel mahal pun..hotel2 macam ni pun dah alhamdulillah selesa..bolehlah duit lebih dilaburkan kepada aktiviti yang lebih berfaedah,,,errrmmm...shopping misalnya...hahahah!



 Duta T-Hotel..Saffiya Arissa bt. Muhammad Firdaus...ahaks! ;p

Kami ambil bilik ..



Ermm..as usual..kakak lah yang menjadi tetamu VVIP merasmikan katil ni..siap dia berlompat2 la macam main trampoline tu..sabor jela..



Tengah mood mari mau posing..layankan aja ya..

Katil single tu katil bapaklah...hahaha...kalau tak, kakak sure dia soh bapak tido bawah...hehehe...kakak..kakak..


Nama bilik ni Superior Room. Harga waktu bukan peak season, RM 119 semalam ya. 

Biliknya besar juga, ada satu katil saiz queen (tp besar skit dari saiz queen biasa tu) dan satu lagi katil single, Maklumlah semenjak kakak dah besar ni, payah skit nak berhimpit sebabnya kakak tido memang boleh tahan lasaknya..

Meh aku bawak u alls semua virtual tour ya..hehehhe..

Aku kalau stay kat hotel tempat pertama aku akan terjah adalah..



Ya, of course toiletnya...toilet dia ok..taklah sempit sangat..paling penting bersih...



Dia xda almari khas..dia sediakan sangkut baju macam tu aje..jadilah..


Ini antara kemudahan yang ada..ya...jangan risau..Astro ada ya... ;p

 Di setiap bilik juga disediakan sejadah...

Dan ini plak pemandangan dari tingkap bilik kami..




Sesiapa yang stay di hotel ni, ada disediakan sarapan secara percuma. Tapi, bukanlah buffet line yang banyak jenis menu ala2 hotel 5stars tu..alhamdulillah, cukuplah buat alas perut...kebanyakan bajet hotel yang lain, jarang nak ada breakfast ni kan...

Menu pagi kami, ada nasi goreng cina, kuey teow goreng singapore, ayam masak merah dengan telur mata..


Ini menu yang aku pilih...macam menyelerakan...memang pun..sesedap rasa pada aku..ok..!


Kakak as always..bihun ni memanglah kegemaran dia sangat kan...


Awatnya..tak puas hati ka buat muka lagu tu? ;p toksah nak garang sangat..sila makan..cer buat muka kiut miut macam kakak tu...hehehhe... 

Atau muka adik maniiiissss... macam ahkak ni...hehehhe..



Selain dari menu berat tadi, ada juga menu ringan macam kuih-muih..roti bakar pun ada...

Tapi paling rare..paling rare sepanjang aku makan buffet breakfast kat hotel...

Ada..

Taaaarrrraaaa...



 KETUPATTTTTT...

Haaaa....tak caya kan? Aku pun mcm wahhhh,,,excited okay..sedangkan time kami pergi ni bukanlah raya puasa atau pun raya haji... syok sangat dapat makan ketupat di luar musim..hehehehhe.....

Ok..nt ahkak sambung di next entry okay... 

Tq for reading..tatatititutu!!!