Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ikan. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Resipi: Ikan Rebus Asam Jawa yang mudah dan cepat!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Iye..iye..I tahu..I dah macam biskut ...kejap hilang kejap ada...laptop problem skit...maklumlah...laptop zaman kuno...hahhaha...tapi tetap gigihlah pakai kan...sayang u alls..dr zaman blajor..ok..I know..very the cliche one...hahaha...

Atas alasan mood I yang ke laut dalam je lately ni, apa kata kita cerita tentang topik Stressed...eh salah...topik makanan...hahahha...

Sesekali masakan yang mudah, ringkas seperti yang direbus atau dibakar mampu mencuri selera kita. Bak kata arwah Abah dulu, yang rebus-rebus ini jugalah kadang mampu buatkan nasi bertambah. Siapa setuju? ;p

Jadinya, hari ini nak kongsi masakan yang mudah dan ringkas iaitu Ikan Rebus Asam Jawa.


Bahan-bahan:

6 ekor ikan kembung
1 ½ cawan air asam jawa (di gaulkan asam jawa bersama belacan. Aku gaulkan guna tangan, bagi mudah nak hancurkan belacan tersebut).
2 biji tomato (dipotong dadu halus)
2 biji cili merah (dipotong halus)
5 biji cili padi (dipotong halus)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 batang serai (diketuk)

Cara Membuat:



Rebuskan kesemua bahan ini di dalam kuali sehingga air rebus mendidih dan ikan masak. Sedia untuk dihidang. 

Senang kan....so, selamat mencuba ya...elok juga dijadikan menu bagi yang sedang berdiet tapi janganlah pula makan sampai 3 pinggan ye... :p








Friday, September 23, 2016

Resipi: Ikan Siakap Masak Taucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..jumaat sudah..leganya dapat balik rumah sambil mengetahui bahawa esok adalah cuti…yeayyy!

Ok, sebabkan esok cuti..so nak up lagi entry masak sebagai cetusan idea untuk kawan-kawan yang merancang mahu memasak esok. Aku tak tahulah orang lain tapi aku kalau stress memang suka memasak. Bagus memasak ini, dapat mengasah bakat kreatif dan inovatif. Sebab kita boleh mereka cipta rasa dan bagus juga mengajar kita untuk fokus bila nak kena ikut step by step resipi yang susah supaya menu berkenaan menjadi dengan jayanya! Ok, itu mukadimah berupa motivasi ya….

Sekarang, marilah menuju ke dapur dan mulakan dengan Bismillah…

Ikan Siakap Masak Taucu


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis bentuk bulat)
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)
20 biji cili padi (ditumbuk hancur)
2 biji tomato (dibelah empat)
1 pek taucu (aku guna cap Opah Nur)
I batang lobak merah (dihiris nipis, kalau rajin nak buat bentuk bunga kecik-kecik pun boleh….aku xberapa nak rajin…ahaks!)
2 sudu besar sos ikan
Secubit gula

Cara Memasak:

1.    Didihkan air (sukatan silalah agak ikut saiz ikan dan kehendak masing-masing. Ada yang suka berkuah lebih dan ada yang tak)
2.    Kemudian, masukkan semua bahan yang telah dihiris dan ditumbuk tadi.
3.    Masukkan pula taucu, sos ikan dan sedikit gula. Aku dah tak masukkan garam sebab taucu dan sos ikan juga mengandungi garam.
4.    Masukkan ikan dan tutup kuali. Biarkan ikan mendidih seketika. Bila ikan dan masak, masukkan pula tomato. Tomato jangan masuk dipermulaan, bimbang lunyai nanti..dah tak segar.
5.    Angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan juga daun ketumbar.

Senang je kan, sihat pun sihat. Oh, nak bagi tau..aku kalau makan ikan siakap, memang akan suka bahagian sirip a.k.a pipi ikan…ok, perkongsian tak ada kena mengena dengan tip masak. ;p


Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu! 

Monday, September 19, 2016

Resipi: Kerabu Ikan Rebus yang sedap dan mudah sangat!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Cammana weekend u all sekalian? Enjoy ke mana? 

Nanti ya aku update xpdc memanjat bukit kami….sejenis kegigihan dan kepuasan yang bukan kepalang. Alhamdulillah, rasa happy dan bersyukur tu aku rasa sampailah ke saat ini…more activities like that in the future, Insya-Allah…

Hari ni ahkak nak payung resipi masak memasak dari dapur ahkak dulu…pesan mak ahkak, berjimba…berjimba juga..memasak untuk keluarga jangan dilupa..supaya akrab kasih sayang keluarga..hasil dari air tangan isteri/ibu…ewah… *Bunyi dah macam pantun berkerat-kerat..hahahha*

Resipi ini adalah resipi asal mak..kalau berpeluang ke Pasar Besar Super Kinta tu (now UTC Perak), sure akan borong ikan rebus kat situ…. Then balik buat kerabu….ya, kerabu ikan rebus..pernah makan tak?

Ok, nak buat kerabu ikan rebus ni mudah yang amat….

Pertama sekali, marilah kita sediakan bahan-bahannya dulu…

  • Ikan Rebus (aku guna dalam 5 ekor yang bersaiz besar, cuci bersih. Sekarang ni ikan rebus dah ada yang dijual dibuang siap perutnya..jadi pilihlah yang itu untuk lebih mudah)
  • Bawang merah (dihiris nipis)
  • Cili Merah dan Cili Hijau (dibuang biji dan dihiris nipis…kalau nakkan pedas, hiris juga cili padi)
  • Limau nipis (untuk diperah ke dalam kerabu, ikutlah tahap kemasaman masing-masing ya).
Cara Membuat:
1.    Ikan rebus tadi diambil isinya.
2.    Kemudian satukan sahaja dengan semua bahan yang telah dihiris.
3.    Perahkan limau nipis, gaul sebati.
4.    Siap…sedia dihidang. Ikan rebus biasanya dah dicampur garam waktu direbus. Jadinya, aku memang tak tambah garam.


See, sangat mudah as an A,B,C kan…

Selamat mencuba ya rakan-rakan… ;-)




Monday, February 1, 2016

Resipi: Sup Ikan Merah Mudah dan Ringkas...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Apa khabar weekend anda-anda sekalian Hebat tak? Aku minggu lepas ni tak taulah nak kata..lemau sangat rasenye..apa pun xde mood. Mood masih tertinggal di Penang kot….hahhaha! Nak bercuti aje kerjanya ye…  :p  So weekend ni harapnya dapatlah gain back semangat yang hilang itu…cewaaaahhhh…

So, aku kalau stress, aku suka masak..then makan..hehhee..siapa macam aku..angkat tangan sketttt!!! Yesss lahhh…! So tekak hari Sabtu tu terasa nak makan Sup Ikan Merah. Maka mintaklah Incik Daus belikan ikan merah dekat pasar, jenuh aku describe bagi terang rupa paras ikan merah itu sebab takut dia ingat ikan kaler merah yang lagi satu tu…


Ya..ikan merah yang ini..okay…

OOO…btw, entry Langkawi tu nanti aku sambung ye…banyak benor gambar nak di resize…huhuhuhu…

Sup Ikan Merah kali ini aku gabungkan bersama Labu Air. Labu air seperti di bawah…



Ini setelah dipotong..warna kulitnya hijau lembut je…labu air yang segar bila dibuat sup, manis semulajadi rasanya. Lama dah aku xmasak labu air ni…persediaannya, buang kulit, kemudian belah dua…dan belah lagi kemudiannya kepada dua bahagian lagi..maksudnya empat bahagianlah semuanya…then potong kecil macam dalam gambar di atas..cuci, dan rendam seketika.

Ini plak bahan-bahan untuk menumis.



Bawang Holland (aku suka guna bawang ni untuk sesetengah masakan sebab rasa dia rangup manis pada aku), bawang putih, lada hitam, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia. Selain itu aku ada tambah serbuk lada hitam dan 1 kiub ikan bilis juga.

Cara membuatnya pun mudah sangat…
1.    Panaskan sedikit minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan untuk menumis tadi. Kacau sehingga naik bau atau sehingga kekuningan.
2.    Masukkan air, sukatan ikut kuantiti ikan dan labu air. Macam aku, aku guna ikan merah saiz biasa je..sb dua orang makan..labu air sebiji. Aku masukkan dalam dua mangkuk air.
3.    Masukkan pula labu air dan biar sehingga mendidih.
4.    Masukkan 1 kiub perisa ikan bilis, dan sedikit serbuk lada hitam. Perisakan sedikit dengan garam. Rasa dululah ye sebab kiub ikan bilis pun dah ada garam dia.
5.    Akhir sekali masukkan ikan. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.


Dah siaaaappppp..taburkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan. 


Memang sedaplah sangat bila ada ikan goreng..sambal belacan dan telur masin kan…Perfect Combo for lunch! Alhamdulillah….

Ok..itu saja..jumpa lagi ye kengkawan sekalian… ;p





Tuesday, December 22, 2015

Resipi: Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin yang mudah sangat...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Lama sungguh tak memasak beria kat rumah…dan actually memang lama jugak x masak..ada dalam dua minggu kot… 6 hari je last week dah bertapa kat Pulau Langkawi…bertapa u all..mencari ketenangan…hehhehehhe…selebihnya minggu sebelum tu out station…see..see..ahkak bukan malas masak..Cuma xsempat… *tutup muka skittt..*

So weekend baru ni, mehla memasak…sabtu tu teman mak pi makan kenduri..diaorang ada hidang masak lemak ikan masin..aishhh..macam sodappp plak..tapi dieorng letak nenas..aku tak leh makan nenas..gatal…gatal tau..bukan menggatal..ahaks!


Ya..itulah dua menu aku Ahad baru ni..udang goreng kunyit simple tu menu permintaan si kakak. Aku masa kakak mintak masakkan tu ada sedikit musykil sebab kakak memang tak suka makan udang. Bertanyalah aku pada kakak banyak kali…so kakak kata firm..dia nak makan udang…so aku pun buatlah..mujur senang aje requestnya..

Dan untuk tekak ibu dan bapaknya..meh kita masak..Masak Lemak Cili Padi Ikan Masin Duri…peeewwwwiiiitttt….

Jom aku share bahan-bahan dia…ni bahan-bahan ikut kaedah aku la ya…


2 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 tangkai serai (satu tangkai aku kisar manakala satu lagi aku masukkan dalam masakan)
Daun Kunyit (satu helai aku racik dan kisar bersama, manakala satu helai lagi aku carikkan masuk di dalam masakan nanti..bagi lebih harum)
Sedikit kunyit hidup
30 biji cili padi (anggaran ikut tahap pedas masing-masing ya…)
·         Kesemua bahan di atas perlu dikisar)

Ok..memandangkan aku tak boleh makan nenas, jadinya aku gantikan dengan dua bahan ini iaitu terung dan petai. 


Mulanya petai tu konon nak buat sambal ikan bilis..sebabkan macam banyak pula lauk so kita masukkan je sekali dalam masak lemak ini.


Ikan, aku guna ikan masin duri. Kalau nak guna ikan masin lain pun boleh, ikan masin kurau misalnya. Basuh dulu ikan ni ya. Ikan ni aku guna tiga ekor, dan dipotong sederhana. Kemudiannya aku goreng sedikit bagi nampak garing sedikit..tak perlu garing sangat ya. Aku goreng dulu sebab nak bagi ikan ni tak mudah pecah, nanti isi dia kalau dipanas ulang kali dah jadi sebati dengan kuah. Kalau goreng tu, dia oklah.

Santan- Aku guna ½ kg santan.
2 biji cili merah (hiris tengah)
Asam Keping (aku letak dalam 3 keping)

Cara memasak dia pula sangat mudah…
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar.
  2. Gaulkan sehingga tumisan naik bau dan kekuningan sedikit.
  3. Kemudian, masukkan air. Agak-agaklah ya… Biarkan mendidih.
  4. Masukkan pula terung dan juga petai. Perisakan bersama sedikit garam dan gula. Tak perlu banyak sebab ikan masin pun dah masin. Biarkan sehingga terung empuk sedikit. Kemudian masukkan asam keping.
  5. Masukkan santan, dan serai. Masukkan juga ikan masin tadi.
  6. Racikkan daun kunyit dan masukkan bersama dengan cili/cabai merah. Kacau seketika sehingga mendidih sedikit dan terus padamkan api.


Hasilnya….taaadddaaaa….


Makanlah bersama nasi panas dan ikan goreng garing jangan dilupa..ewahhhh!!




Friday, June 26, 2015

Resipi: Asam Pedas Untuk Dia...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hy u alls..hari ni feeling nak gedik santai..santai je tau..kalau gedik over no..no..no..nanti pahala puasa kureeennnggg...hehhehe..

Takdelah gedik mana pun..tajuk resipi ni aje yang gedik...masakannya tak gedik..ok gitu..ewah!

Asam Pedas...

Incik Daus memang peberet dia Asam Pedas ni..selain asam pedas die suka juga kuah singgang..yang bubuh cuka tu..Incik Daus ni dia kurang skit makanan berkuah melainkan asam pedas dan juga segala jenis sambal. Atau paling simple telur goreng dengan kicap. Bab makan memang xcerewet tapi dia memang suka makan di rumah..dimasak ye..sebab baru puas makan katanya.

So masah Ahad lepas, masakkanlah Incik Daus asam pedas tenggiri. Memang aku bagi pedas kaw-kaw punya..sebab Incik Daus level pedas dia kalau tahap 10, mmg dia tahap 10 tula... ;-)


Dulu aku suka asam pedas ikan pari..tapi sekarang selera beralih ke ikan tenggiri plak..macam sesuai je kan..kadang tu kalau dapat ikan kembung lemak pun sedap jugak weiiii...

Ok...resipi asam pedas ni xda beza..sama je macam sebelum ni..leh rujuk entry aku yang ini:

RESIPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Aku masak banyak..senang leh makan sahur sekali..perut Incik Daus memang kebal makan pedas pagi2..aku xupayalah sebab aku ada gastrik...so sahur pagi Isnin tu..aku rebus telur masin..Incik Daus punya makan..sampai 3x tambah..errrrr..musykil gak ni sahur ke berbuka? ;p

Apa pun...selamat mencuba...resipi memikat suami..pikat suami kita aje.. *intonasi kena Jihan Muse skit okay geng...hehehhe *


Monday, February 23, 2015

Resipi: Kari Ikan dan Telur Sedap dan Pekat.. ;-)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Meh nak share sikit teknik-teknik memasak kari yang mampan pekat kuahnya dan mengancam rasanya…ewah! Macam hebat sangat ni mukadimah aku…no..no..ngeri ahkak sendiri membacanya..hehhehe..

Mukadimahnya adalah..ini adalah menu aku lebih kurang dua minggu yang lepas. Aku actually memang dah lama dah teringin nak makan telur ikan ni. Last makan, rasanya time ni kot..
So memang dah lama pun mntak Incik Daus tolong belikan. Asyiklah tak sempat..lupa memanjang..so akhirnya dua minggu lepas, berjaya jugak telur ikan ni mendarat kat dalam periuk aku..hehhee..itu pun, org suruh beli yang dah siap masak tapi dibeli yang raw, So takpelah, aku pun dah lama tak masak memasak kari ni.

Gigih ke pasar, pi cari ikan sebab telur ni takdalah banyak sangat. Ada banyak ni saja.



Haaa..sure pelik kan? Sure ada jugak yang tak pernah tengok. Aku ‘berkenalan’ dengan telur ni semenjak aku kecil lagi. Dulu tinggal kat Penang, memang banyak jual telur ni kat pasar dia. Ntah kenapa kat ipoh ni susah nak dapat telur ni. Kalau dekat Shah Alam..hmmm..lagilah susah nak jumpa kan..

Ini telur ikan plotan kalau orang utara panggil..aku tak sure negeri lain panggil ikan apa..nak tau camner rupa ikan tu..lehlah google ek..tapi bentuknya ala2 ikan keli gaklah skit..dia ada misai..

Ok, dah banyak sangat sembang sejarah telur ikan ni..kih..kih..so ini bahan yang aku gunakan ya, untuk bikin ini kari..




Telur Ikan (kuantiti macam dalam gambar)
1 ekor Ikan Nyok2.. (ikan bawal pun boleh)
2 biji tomato (dibelah empat)
Kacang bendi (ikutlah nak letak banyak mana ya)
2 biji cili hijau (dibelah tengah sedikit)
½ mangkuk serbuk kari dan 2 sudu serbuk cili (dibancuh dengan air suam dan diasing tepi. Aku suka pakai jenama Kari O..)
Sedikit air asam jawa
1 biji santan

Bahan dikisar:
1 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
2 biji tomato
Sedikit cili kering
Sedikit cili padi

Bahan Menumis:
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
2 biji bawang Putih (dihiris nipis)
1 tangkai daun kari (dileraikan daun dan tangkai)
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil jintan manis

NOTA: Aku memang sukakan kari yang pedas dan pekat, sebab itu aku ada buat bahan kisar tu juga. Aku belajar dari kawan aku time kat UiTM dulu, dia orang Penang.


Cara Membuat: 

1. Panaskan Minyak.
2. Kemudian tumiskan semua bahan untuk menumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
4. Sentiasa kacau sebab takut nanti bahan tumisan ni dia hangit di bahagian bawah dan elok di bahagian atas. Nanti tak sedap pula bau dan rasa. 
5. Dah pecah minyak, atau dah masak bahan kisar tu, masukkan air dan sedikit air asam jawa. 
6. Masukkan kacang bendi dan juga cili hijau. Perisakan dengan sedikit garam dan gula. 
7. Masukkan pula ikan dan telur ikan. Biar seketika, sehingga mendidih. Jangan lama sangat, nanti telur tu akan masak keras. Aku suka makan telur ikan yang jenis bila masuk mulut aje, dia macam meletup-letup lembut. Ewah! 
8. Kacau slow2 sebab ikan mudah hancur kan...
9. Bila dah mendidih tadi masukkan tomato diikuti dengan santan. Biarkan dalam 5 minit macam tu, then padamkan api. 
10. Sedia dihidang... 



Ini lah hasilnya..Selamat Mencuba tau! 

Friday, January 23, 2015

Resipi: Mudahnya Masak Asam Pedas Ikan Tenggiri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hujung minggu esok kak gayah, cik senah nak masak apa? Hahaha..soalan mak-mak sangat… ;-)

Asam Pedas..ini antara peberet food aku dengan Incik Dauslah. Tapi jenis aku ni kalau masak asam pedas memang suka buat jenis banyak ‘sampah-sarap’..heheheh.. a.k.a..daun kesum dengan bunga kantan tu..lagi banyak lagi best pada aku. Membangkitkan bau dan rasa. Ada tak orang yg sama citarasa dengan aku ni? ;-)

So meh nak share skit, asam pedas versi aku…

Bahan-bahan yang sering digunakan..


Ikan Tenggiri


Bahan Kisar: 1 mangkuk cili kering (aku guna jenis kecil, yang pedas), 20 biji cili padi kampung (memang jenis yang suka pedas), 2 biji tomato, Sedikit daun kesum, 2 biji bawang besar.



Seperti biasa, bunga kantan dan daun kesum. Selain itu, aku masukkan juga beberapa batang bendi. Aku masukkan juga lagi dua biji tomato (dibelah empat). Masukkan juga beberapa asam keping, air, garam dan gula secukup rasa.

Cara Memasak:

1. Panaskan Minyak. Tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau atau pecah minyak.
2. Kemudian, masukkan air secukupnya. Masukkan asam keping, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih seketika.
3. Masukkan kacang bendi, ikan dan bunga kantan. Apabila kacang bendi dan ikan tadi dah masak, baru masukkan daun kesum dan juga hirisan tomato.
4. Biarkan mendidih sekali lagi sebelum padamkan api.
5. Mudah bukan? Selamat mencuba.


Lagi satu, aku memang suka sangat kalau lawankan hidangan asam pedas ni, dengan dua benda ni..

TELUR MASIN @ TELUR DADAR..



Macam mengancam je kan..then buatkan ulam timun..perghhhh… *ok, I is kecuq ayaq lioq okay.. * 

Monday, October 20, 2014

Resipi: Ikan Siakap Masak Tiga Rasa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Nak share menu ni, masaknya macam biasalah dah lama juga. Tak salah aku masa Aidiladha yang lepas atau mungkin selepas tu ke…hehhee..biasalah dah tak ingat. Ikan siakap ni, rasanya memang kegemaran kebanyakan dari kita. Cara masaknya pun macam-macam, ikut kegemaran kitalah kan. Macam aku, lebih sukakan ikan siakap yang dimasak stim tapi Incik Daus lebih suka ikan siakap yang dimasak pedas atau tiga rasa. So selalunya asyik masak ikut tekak aku je kan, apa kata kali ni kita masak ikut citarasa Incik Daus plak kan..bagilah keadilan skit..heheheh…

Ini antara bahan-bahan yang aku gunakan..

Ikan, of coz lah kan..ikan siakap ya ni adik-adik..sampai dua ekor aku goreng, punyalah makan besor gayanya kan…



Ini plak bahan-bahan ramuan yang terdiri daripada tomato, timun dan lobak merah. Kali ni aku tak masukkan nenas kiub tu..kalau nak lebih umppphhh masam manisnya boleh juga ditambah nenas ya.


Bahan-bahan lain yang tak ada dalam gambar adalah seperti:

1 biji bawang Bombay (dihiris bulat)
Sos Tomato (Anggaran ikut saiz ikan dan kadar kepekatan yang u alls semua nak ya, macam aku, aku masukkan agak-agak je..tak ada plak sukat pakai sudu bagai)
Sos Cili (Sama juga, ikut pada selera masing-masing)
Sos Tiram ( Ini aku letak dalam dua sudu besar)
1 cawan pes cili
Sedikit garam dan gula
Daun Sup dan Daun Bawang (dihiris untuk hiasan)

Bahan Untuk Perapan Ikan



Sedikit Garam dan lada sulah (lumurkan pada ikan setengah jam sebelum menggoreng)
Putih Telur
Tepung Jagung

Cara Membuat:

1.      Panaskan kuali dengan minyak yang cukup untuk deep fried.
2.      Salutkan ikan dengan Putih telur sebelum dilumur dengan tepung jagung.
3.      Gorengkan sehingga garing keemasan. Angkat dan ketepikan.

Cara Membuat Sos:

1.      Macam aku, lebih suka buat sosnya dulu, sebab nanti ikan masih panas lepas goreng, boleh simbahkan terus.
2.      Mula-mula tumiskan dulu pes cili.
3.      Setelah naik bau, masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram dan sedikit garam dan gula.
4.      Setelah mendidih, masukkan pula bawang dan juga ramuan sayuran tadi.
5.      Biarkan sehingga mendidih kembali sebelum padamkan api.
6.      Tuangkan ke atas ikan yang tersedia digoreng dan taburkan dengan hirisan daun sup dan bawang tadi. Daun saderi pun boleh.

Dah siappp....!



 Kala u alls membaca entry ini, aku tengah tersadai di Swiss Garden Damai Laut, Lumut..kerjalah wei..uhukk..uhukkk..sedihnya...tak sabar tunggu esok boleh balik... ;-) 

Tuesday, May 6, 2014

Resipi: Ikan Kembung Masak Singgang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
 
Ok puan-puan, mai rapat-rapat, chef nak kongsi resipi kedua-dua berturut-turut minggu ini…ikan masak singgang..
Ikan masak singgang ni memang Incik Daus suka, tapi kalau aku masak untuk dia sahaja, syure tambah cili padi ngan cuka sikit. Tapi since masak untuk mak juga, aku tak bubuhlah cili padi ngan cuka. Nak rasa masam tu, gantikan aje dengan asam keping. Resipi ni mudah yang amat kalau nak buat, pejam mata je, bukak mata balik, dah siap.. *eh over gambaran pembuatannya di situ…hehehhe*



Dulu kan, time aku diet.. (wahhhh..diet u alls…yelah, tak diet, tak muat baju kawin karang..sanggup ke? Tak sanggup? Ha…makanlah ikan singgang okay… ;p )
Meh aku share bahan-bahan dan cara nak memasaknya…

Bahan-bahan:
Ikan kembung (dapat jenis lemak, lagilah sedap)

Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (dihiris)

Halia (dihiris)
Serai (diketuk)

Suhun (yang macam bihun tu, kalau ada yang tak tau ek..rendam dulu)
Ubi kentang (dipotong kiub saiz sederhana, aku masukkan ubi kentang sebab kakak suka makan ibi kentang..ermm…jadi ibu-ibu ni memang kalau masak kena fikir 2 dalam 1)

Cili merah (dihiris)
Asam keping (ikut tahap kemasaman masing-masing)

Tomato ceri
Garam secukup rasa

Serbuk kunyit sedikit

Cara membuatnya:

1.       Rebus air bersama bawang, halia, dengan ubi kentang.

2.       Bila dah mendidih, masukkan pula asam keping dengan suhun.

3.       Masukkan garam secukup rasa dan serai yang telah diketuk.

4.       Biarkan sampai mendidih semula, kemudian masukkan ikan. Tutup periuk dengan tudung periuk, biarkan dalam seminit dua.

5.       Bila Nampak ikan dah masak, masukkan sedikit serbuk kunyit untuk bagi warna kuning. Akhir sekali, masukkan tomato ceri dan bolehlah padamkan api.

6.       Sedia untuk dihidang.