Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, January 16, 2017

Kisah Kakak:Perkongsian Pengalaman anak nak masuk Darjah 1

Assalamualaikum dan Salam sejahtera…

Hello!! Selamat tahun baru 2017! Tahun yang menyaksikan aku bakal busy sebagai ‘runner’, ‘master chef’ ‘cikgu tuisyen’ dan sebagainya…hehehhe…dan semuanya harus dilakukan dengan ikhlas, lillahitaala… ;-) demi kakak yang sudah melangkahkan kaki kea lam sekolah rendah. 7.20 pagi setiap hari adalah call time ok….dah kena sampai sekolah…marilah tayang muscle tanda kegigihan! Hehehhe….


Ya, budak kecik ini dah masuk sekolah…darjah satu..hailahhh anak…


Tak tahu nak digambarkan perasaan bila kakak masuk Darjah 1. Paling berdebar bila kenangkan yang nak kena sampai sekolah sebelum 7.20a.m dan menguruskan semuanya seorang. Ya, I adalah ibu solo selama 5 hari. Cuma marilah bina keyakinan diri, Insya-Allah….ibu boleh! J

Pengalaman pertama kali ada anak sekolah ini memanglah memeningkan. Sistem persekolahan yang banyak beza berbanding zaman kita dulu…so banyak yang nak kena adapt. Antaranya bab nak memahami singkatan nama subjek untuk susun buku sekolah yang nak dibawa setiap hari. Darjah satu ada 8 subjek termasuk Bahasa Arab. Ok, ibu bolehlah mula beli kamus Arab…heheheh….

Antara persediaan kami menghadapi kakak nak masuk darjah 1…meh kita kongsi di sini…tapi ini perkongsian saja tau, untuk first timer mommy macam aku..dan untuk kakak baca kembali bila dah besar esok…betapa ibu pening menyusunatur..hahahah….

PENDAFTARAN SEKOLAH

Seperti yang anda semua tahu… (yang selalu baca blog ini), kakak memulakan alam persekolahan seawal usia 4 tahun. Masa itu, kami hantar kakak ke Permata Kemas TAMBUN. Very basic learning, alhamdulillah, kakak survived first day at school tanpa menangis. Then bila usia kakak 5 dan 6 tahun, kami hantar kakak ke Little Caliphs Bandar Baru Putera.


Dilema yang aku rasakan bagi semua parents adalah mana nak hantar anak sekolah? Sekolah sekarang pun dah macam-macam jenis. Ada sekolah berprestasi tinggi, ada sekolah yang telah dikategorikan mengikut band dan sebagainya. Naik pening juga untuk aku memaham. Ok, konsep kami berdua mudah. Kami nak kakak belajar dan nikmati zaman kanak-kanak kakak seadanya. Not too pushy dan taklah santai sangat. Selain itu, lokasi juga memainkan peranan sebab I have to manage her everyday alone. Jadinya, kami daftarkan kakak ke sekolah berdekatan rumah, sekolah yang sama yang aku pegi masa Darjah 1 sampai 6. Sekolah biasa dan berdasarkan semakan Band 2 tahapnya. Band ini berdasarkan pemahaman aku adalah pencapaian akademik murid dan ko-kurikulum total sekolah. Pada aku, alhamdulillah, lokasi ok, tahap sekolah pun ok. Tak jauh juga dari rumah mak, just in case. Kami mula daftarkan kakak masa hujung tahun 2015. Untuk makluman, masa nak daftar, sila bawa surat beranak anak ke sekolah berkenaan. Nanti dia akan cop pada surat beranak tersebut di bahagian belakang. Kalau u all nak tukar sekolah dalam tempoh sebelum daftar tu, bawa kembali surat beranak berkenaan dan sekolah akan cancelkan. Then barulah u all boleh daftar ke sekolah yang baru. Ok, panjang dah karangan ahkak..baru item no. 1….hahhahah….


Ini panggilan exam kemasukan darjah satu…actually exam ini untuk menentukan kelas. Antara yang diambil kira adalah student tu boleh tulis nama sendiri ke belum, dah boleh mengira, boleh membaca…itulah antara soalannya. Dua jam ok parents menunggu. 


So masa yang ada digunakan pihak sekolah untuk menerangkan tentang peraturan sekolah, sukatan matapelajaran dan sebagainya.



Then, parents diminta untuk mengisi semua borang dan buku yang ada….jadinya apa yang penting untuk pendaftaran?

  • Sijil Kelahiran Anak
  • MyKid Anak
  • Rekod Imunisasi Anak
  • Maklumat ibu bapa
  • Duit Yuran jangan dilupa…hehehhe…anggaran dalam RM 60++ untuk sekolah kakaklah. Beza-beza juga tak salah aku. 


NOTA: Rekod Imunisasi tu sangat penting untuk disimpan ya parents. Sila simpan di tempat selamat supaya xhilang.

Then, kami uruskan pula pendaftaran Sekolah Agama Rakyat untuk kakak. Kakak sekolah sesi pagi, jadi sebelah petangnya kakak akan memulakan sesi Sekolah Agama Rakyat dalam jam 3,00 p.m.

Ini pula keperluan sekolah agama….


Pendaftaran sekolah agama kami buat agak lewat, dalam minggu terakhir disember.

KELENGKAPAN SEKOLAH


Haaa..part ini part paling memeningkan…hehehhe…Berapa pasang nak beli? Hahahah…haihhh…

So bagi permulaan, kami beli 4 pasang dulu…dua untuk sekolah rendah dan dua pasang untuk sekolah agama. *Ibu dah leh bayangkan muscle tangan ibu berketul-ketul dek menggosok baju….* J

Tapi kami berdua bijak, lupa nak belikan kakak tracksuit..sebab dok fikir tracksuit sekolah dah ada…hahahha….yang kami lupa, tracksuit tu tak mungkin dapat awal..sekian..jangan jadi bijak sangat macam kami..hahahha…. kakak dah nak start PJ, barulah ibu perasan..selama ini track kakak semua warna kelabu…sepasang je warna hitam. Mengelupurlah pi cari tracksuit warna gelap.

Kasut kakak…tetap dengan ciri fairy tale..sepasang frozen, sepasang lagi Hello Kitty. Oh anakkk…ibu dulu pakai Pallas Jazz je…itu pun dah feeling habis glamour….hehehhe….

Lagi satu, tak sukalah gam lencana sekolah tu…dari zaman dulu sampailah sekarang….maka terpaksalah ibu jadi tukang jahit jugak..mengasah bakat yang lama terpendam…err..ke bakat yang terendam… :p *Flip Shawl* hehehhe


Nampak x gaya seorang diva….nak duduk dalam trolley je…semua dia nak try dari dalam trolley…haihhlah kakak…tapi bagus juga actually. Kalau dia xnak duduk dalam trolley, rasanya lagi lama kami nak pilih. Kakak jenis yang tak boleh duduk diam. Memang kalau bawa dia keluar, penatnya sama je macam masuk larian 5km. Dari ibu sumbangkan suara pitching tinggi, baiklah kakak duduk dalam trolley..lapang sikit perasaan membeli…hehehe

Apa pun, harga uniform sekolah sekarang amatlah menyesakkan dada…..sekian… *tutup muka* sambil membayangkan macam mana dengan yang punya anak ramai….semoga dipermudahkan urusan kalian, dan diberikan rezeki yang lapang….Aammiinnn….

Mendobi, Melabel dan Membalut

Syabas….minggu pertama anak sekolah…ibu dengan bapak lupa nak basuh kasut sekolah…hahahhaha…..boleh kami tak ingat….aduhaiii…tergelak-gelak bila diingatkan….sedang asyik melayan HBO..tiba ibu tersentak macam nampak toyol lalu…hahaha…sebab jam dah 11.00 a.m, Ahad,  dan kasut anak lupa nak cuci…terus mencanak bangun…Alhamdulillah cuaca panas…sempatlah kering…. Kalau tak, terpaksa bawa kasut rumah mak, sebab nak bagi kering bawah fridge..hehhehe…siapa ada kenangan macam aku ni? Tapi fridge sekarang dah tak ada stand kebanyanyakkannya…


Inilah deretan baju di Kedai Dobi Ibu..hehehe..ni baru baju kakak tau..belum baju bapak dan seluar keja yang tebal-tebal belaka….aku selalu bebel..rumah ni 3 orang je…tapi basuh baju tiap minggu berpusingan..xjuga abis.,,then malam marathon melipat plak…siapa yang pakai baju banyak sangat ni..hahhaha….tapi aku memang tak bagi Incik Daus bantu bab membasuh dengan melipat ini sebab aku ada undang-undang sikit bab semua ni…dalam erti kata lain sangat particular bab menyusun..hehehe…kalau bab membasuh tu cannot….orang lelaki semua pun dia nak masuk ke washing machine kan..habis manik-manik berterabur nanti..luluh hati ahkak okay….

MELABEL….aku tak tahulah sejauh mana ini membantu untuk mengurangkan risiko kehilangan barang si kakak. Tapi aku ikhtiarkan juga pergi AEON Kinta City buatkan label…cute tak? Hehehe..



Ya, ibunya yang over..as usual..sambil bapaknye tersadai kat tepi geleng-geleng kepala….rileks bapak..kami kan #teamcomeyyyy!


Maka inilah hasilnya..semua aku labelkan..untuk sekolah dan sekolah agama.


MEMBALUT BUKU…ini kita serahkan kepada bapak..eleh…mula-mula bapaknya suruh ibu juga yang balut. Tapi bila aku bagi tahu dah ada pembalut instant tu…terus bapak angkat tangan penuh rela hati nak bantu….sabor ajelah…tapi bagus juga..silalah balut…hehehe..yang tak bagusnya, bab tulis nama semua ibu. Alasan- Tulisan ibu halus mulus kiut…iyolah sangat…. :p

HARI PERTAMA DI SEKOLAH



Hari pertama bagi pelajar Darjah 1, dimulakan dengan pembahagian kelas berdasarkan exam hari itu. Di sekolah kakak, ada 4 buah kelas semuanya.

Alhamdulillah, kakak tak menangis walau mukanya nampak takut-takut.


Kakak dah siap nak masuk kelas. Kelasnya banyak perempuan, lelaki dalam 7 orang sahaja. Gurl Power! Heheheh…



BEKAL MAKAN


Masa temankan kakak ambil exam that day, sempatlah aku meninjau harga makanan di kantin sekolah. Mahal juga ya. Rindu nostalgia mee goreng sepiring 20 sen. Haiihhh…rindu nak jadi kanak-kanak..hehehhe….

Antara yang aku notice makanan ada size, kecil, sederhana dan besar. Harga bermula dari RM1.20 sehinggalah ke RM3. Nugget biasa seketul 40 sen, nugget tempura seketul 50 sen. Air range harga dari RM0.70.


Buat masa ini aku masih gigih buatkan kakak bekal, a.k.a bento. Masih dalam peringkat mengajar kakak memahami penggunaan duit. Cuma semalam, sambil temankan kakak buat kerja sekolah, I did asked her, “Kakak, kawan-kawan semua beli makanan, kakak nak ibu bagi duit belanja ke?”

Jawapan kakak, “Tak mengapalah ibu, kakak lebih selesa bawa bekal makanan ke sekolah. Ibu masaklah, tak payah bagi duit belanja….”

Ya, kakak bercakap memang bahasa skema macam buku sekolah….kalau mai time kelakar, kakak akan guna bahasa komik..hahahhaha….

Macam kalau kakak nak minta aku belikan sesuatu… kakak akan cakap..”Ibu, kalau ibu dah kaya sikit nanti..boleh tak ibu belikan kakak…something…something…bila ibu dah kaya sikit nantilah, kakak x maksudkan sekarang…”

Hahhahaha….ayat dia kan…aaammiiinnn…semoga apa yang kakak doakan dan cakapkan itu makbul…. J


Jadinya, aku masih gigihlah siapkan bekal, bangun seawal 5a.m. Kalau bahan-bahan nak masak, aku dah siap2 prepare malam tu. Senang jimatkan masa.




Setakat ini, alhamdulillah…semuanya berjalan lancar. Kami masih lagi cuba menyesuaikan diri. Doakanlah semuanya berjalan lancar sampailah ke hujung tahun. Anak-anak ini susah nak jangka…. Doakan kami ya…


Ohhh dan Opah dengan sukacitanya menghadiahkan kakak scooter idaman sebab behave pergi sekolah....sukalah sangat kakak tu...mana tak suka..ke dapur pun naik scooter..haihhh....




Ok..itu je yang nak dikongsikan.....Babai dululah ye… hehehhe


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)