Aku cuba untuk jatuh cinta
Berkali aku cuba
Aku cuba tanamkan keikhlasan..
Ya Allah, sungguh berkali aku cuba…
Mencari rezeki perlu dengan keikhlasan, atas dasar cinta
pada-MU..
Namun aku semakin tidak mampu…
Cuba dan cuba, namu makin aku rasakan aku menipu diri
Mana hujungnya pencarian ini…
Aku tak boleh teruskan tanpa CINTA ini…
Aku cuba cari namun masih belum aku temui
Semakin jauh pergi..KOSONG
Pagi ini mandat aku terima..
Kalau menjadi aku yang dulu, pastinya aku akan melonjak
gembira
Pencarianku penuh ketelusan dan bercambah kecintaan..
Tapi mandat ini aku galas penuh kekosongan..
Yang mengukuhkan gerakku di sini..hanyalah wajah si comel..
Aku perlu teruskan kelangsungan hidup ini..
Demi masa depan dia..
Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini..
Kuatkanlah hatiku Ya Allah…
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)