Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, May 9, 2013

Sekadar Renungan: Ingatan buat diri sendiri...


“Saya amat kasihan melihat orang Melayu. Satu bangsa yang cukup layu dari segi pemikiran mereka. Satu bangsa yang cukup beremosi dari segi perasaan mereka. Satu bangsa yang cukup merendah diri dari segi pergaulan mereka. Satu bangsa yang cukup apologetik (satu istilah yang cukup popular sekarang ini) terhadap orang lain.Bangsa Melayu yang cukup pemalas dari segi berusaha (itu bukan saya cakap tetapi orang yang mula menjajah Tanah Melayu ini dahulu). Bangsa yang tak kaya-kaya, walaupun segala macam diberikan kepada mereka hasil Dasar Ekonomi Baru (DEB).Satu bangsa yang tidak peduli apa pun yang akan berlaku kepada tanah air sendiri walaupun terpaksa akhirnya merempat.
 Itulah Melayu.”


Inilah komentar yang aku baca awal pagi ini dari Utusan Malaysia. En Zaini Hassan yang dahulunya pernah menjadi pensyarah aku waktu di UiTM, melontarkan bicara halus tapi cukup tajam menusuk ke jantung aku sebagai orang Melayu. Aku sendiri kadang tertanya pada diri sendiri, benarkan aku sendiri sudah cukup kompetetif dalam arus kemodenan kini?

Memang benar, kebanyakan kita terlalu sibuk dengan hal masing-masing tanpa peduli apa bakal berlaku pada negara sendiri. Masih beranggapan Malaysia akan terus kekal. Memang akan kekal, tapi adakah yang diimpikan hanya kekal dengan namanya sahaja atau benderanya sahaja? Kedaulatannya pula bagaimana?

AKU: Saat terasa ingin mengabaikan jati diri sebagai ANAK MELAYU..kilaslah pandangan pada anak-anak kecil yang baru mahu bertatih..saat terasa ingin lupa diri, bayangkanlah masa depan anak-anak kita..Mahukah kita kekal menjadi yang dipimpin atau kita masih ingin memimpin?

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)