Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Jom
meh sambung kisah jalan-jalan cari makan di Penang ya tuan-tuan dan puan-puan
sekalian….hehehhe…
Ok,
masa ke Penang baru-baru ini, aku cakaplah dengan Incik Daus aku teringin nak
pergi makan Nasi Kandar Line Clear ke, Nasi Kandar Beratur ke…bagaimanapun
usaha aku ke arah itu nampaknya menemui kegagalan. Nanti, sila jangan
hampa…hehehe…Incik Daus sebaliknya mencadangkan untuk kami menikmati makan
malam berhampiran dengan pejabatnya saja. Ya, makan malam yang sangat lewat
malam…nasi kandar some more, can you imagine? Ok, please do not imagine…scary
especially when you started to do the calories counting. *pejam mata sambil
menyesal tapi tetap nak makan*
Jadinya,
aku pun menerimalah cadangan berkenaan setelah puas disogokkan dengan pelbagai
kebaikan, kesedapan dan paling over, diberitahu tentang kewujudan telur sotong
sebagai menu di situ. Ok fine, aku memang penggemar telur sotong. So marilah
kita ke sana….
Nasi
Kandar Pokok Ketapang, begitulah nama diberi, ewah! Masa mula Incik Daus
parking kereta di tepi gerai, hujan sedang renyai-renyai. Aku masa tu, biar
betul ini kedainya. Yes, being me…hahahha…itu belum si kakak lagi. Dia lagi
over….hahahha….
Cuma
dalam hidup, kita kena cuba positif. Ini pula soal makan, haruslah cuba dulu
walau presentationnya agak tak tip top kan.
Bila
dah duduk, barulah Incik Daus bagi tahu yang Nasi Kandar Pokok Ketapang ini di
waktu siangnya di buka tidak jauh dari kawasan ini. Di bangunan rumah kedai
yang berhampiran dengan nama Restoran Nasi Kandar Jamal Mohamad. Jadinya kalau
pengunjung yang datang lebih awal, silalah ke restoran berkenaan. Restoran berkenaan
telah diusahakan sejak 1988 lagi. Kisahnya perniagaan warisan turun-temurunlah
ni.
Bila
waktu malam, mereka memilih untuk berniaga dalam suasana ‘open air’ begini.
Sepanjang di sini aku lihat ramai yang singgah beli adalah mereka yang habis
kerja syif malam.
Ok,
banyak pula aku membebel tentang sejarah kewujudan tempat makan ini. Marilah
sekarang kita ke agenda utama penulisan ini. *ok skema* hehehhe…
Haaa..ninnnnn
diaaaaaaa…banyak kan lauknya. Pilihlah komer sekalian nak lauk apa.
Ya,
berperiuk-periuk ada. Nak kuah kari ikan, ayam, daging, atau kuah
campur..banjir atau kemarau..eh…kemarau…hahahha…silalah pilih. Semua kuahnya
pekat dan berbau harum dari gabungan pelbagai rempah asli. Sedap nak habaq
mai….siap tangan boleh berbau sampai ke esoklah!
Aku
mulalah rambang mata..nak pilih lauk pun jadi macam nak pilih kasut. Pusing
sana sini, mata ke kanan ke kiri…still undecided.
Tapi
bila dah decide…hahahhaa….tentulah penuh meja makan.
Ini
kacang bendi rebus. Incik Daus memang sangat suka bendi rebus. So dia minta
mamak tu cedokkan kuah kari ikan sekali dengan bendi ini. Kari ikan dia sangat
sedap.
Kari
Telur Sotong….my always favourite food. Bestnya telur sotong kat sini, dia
bukan telur sotong yang semata-mata bahagian putihnya, tetapi the real telur
sotong pun dicampurkan sekali. Aku tak pandai nak explain sangat tetapi bagi
mereka yang memang meminati telur sotong, anda pasti boleh bayangkan beza telur
sotong yang putihnya saja (yang dijual di kebanyakan kedai mamak) atau telur
sotong yang sebenar yang warnanya kelabu cair tu… ok…payahnya…hahahha….tapi
sangat memuaskan hati aku kari telur sotong dia.
Ini
pula kari ikan. Dia guna ikan jenahak tak salah aku yang kami ambil ini. Ambil
bahagian isi tengahnya dengan bahagian pipi ikan sebab lemak. Kepala ikan dah
sold out. Sedap sangat kari dia. Kuahnya tak terlalu pekat rasa rempah yang
semacam tu, dia just nice. Rempahnya macam fresh sangat aroma dia dan tak
terlalu pekat tapi berasa semuanya.
Ini
pula telur ikan….aku memang pantang, semua benda yang namanya telur, mesti suka….hahahah….tapi
aku lebih suka telur ikan duri, yang bulat-bulat tu. Telur jenis tu susah nak
dapat.
Ini
pula ayam masak kicap….menu si kakak. Ayam masak kicap ala mamak ni kan boleh
rasa manis-manis halba dia tu….
Ok, yang di atas ini menu yang dikongsi berjemaah. Dalam pinggan masing-masing, ada je lauk
tambahan ikut selera masing-masing. Cumanya, aku lupa nak ambiklah. Ampunkan
aku…heheheh…..
Overall,
memang best makan kat sini. Sedap. Lauknya banyak untuk dipilih. Apa yang tak
best adalah kalau makan waktu hujan. Sebab tempatnya terbuka, ada satu khemah
macam tu saja di bahagian belakang. Kami hari tu tengah baik punya makan, hujan
turun lebat. Maka jadinya, jenuhlah kesejukan dan makan diiringi tempias hujan….tapi
makan tetap makan…hahahah!
Bagi
yang teringin nak merasa keenakan nasi kandar bawah pokok ini…alamatnya adalah
seperti berikut:
Lokasi:
Nasi Kandar Pokok Ketapang.
Bagan Ajam, Butterworth,
Malaysia
(Berhampiran Telekom)
Waktu
Operasi: 11 P.M - & 7.00 A.M
wow sedpanya
ReplyDeleteyummy... :p
Deletesedapnyer...
ReplyDeletesedap kari dia...
Delete