Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Friday, May 15, 2015

Senarai Lokasi menarik+ Tempat makan best di Johor + Tip ke Legoland dan Hello Kitty

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Alhamdulillah..setelah penat lelah membanting keringat *bukan main sangat mereka citer ni..hahahah..* akhirnya siap juga berkongsi pengalaman berjalan-jalan di JB. So dalam entry ni aku nak conclude semua lokasi percutian menarik dan tempat makan yang sedap sepanjang kami berada di JB…senang nanti kalau nak jadi rujukan di masa akan datang.... 




LOKASI MENARIK DI JOHOR



Selain tu, ni antara beberapa tip yang aku nak share jika anda ingin ke Legoland dan Hello Kitty.

TIP KE LEGOLAND

1.      Pakailah pakaian yang selesa dan sebaiknya dari fabrik cotton atau light chiffon yang dialas lining dari kain yang sejuk. Ini kerana kawasan Legoland ni sangat terbuka, dan panas. Luas  pun luas juga…
2.      Kalau membawa anak kecil, eloklah bawakan topi juga..jangan jadi macam aku..hehehe..nanti Atuk, Nenek, Opah, Tok Wan plak yang nak kena belikan. ;p
3.      Kasut, silalah pakai kasut yang selesa. Tak perlu kot nak pakai heels atau yang bertumit..takut tumit patah sebelum tamat sesi pusing2 di Legoland ini..hehehhe…
4.      Bawalah bekalan air minuman yang secukupnya. Waktu di Legoland, beg tak diperiksa. Aku tak sure adakah keistimewaan itu pada yang beli tiket online sahaja atau sama rule applied pada yang beli tiket secara walk-in. I believe, the same rule applied.  Tapi aku memang dah siap isi air masak dalam bekas air. Sedikit biskut pun aku isi dalam Tupperware takut kakak atau mak lapar.
5.      Jangan lupa juga bawa wet tissue…at least boleh buat lap muka kalau panas sangat. 
6. Untuk kakak, aku bawakan juga baju spare. Budak, main nanti bukan setakat peluh, macam-macam lagilah. Bagi yang dewasa pun, silalah bawa jugak sebab ada je kat dalam ni permainan berasaskan air. Tapi kalau musim panas, sempat kot baju tu kering semula.. ;-)
7. Bagi yang membawa anak-anak sebaya anak aku iaitu di antara umur 4-8 tahun, adalah disarankan memulakan perjalanan di dalam Legoland itu dari sebelah kanan. Lebih banyak permainan yang bersesuaian dengan usia ini. Kalau start dari sebelah kiri, banyak permainan yang adventure skit. Takut xsempat nak pusing, so kena plan objektif. ;p
8. Kalau plan nak masuk Legoland untuk satu hari sahaja, silalah masuk lebih awal. Kalau boleh bukak2 je u all masuklah..atau at least before noon. Tempat ni besar, nanti sedih plak tak abis pusing..huhuhuhu...maksud aku pusing tu, adalah pusing dan main. Kalau korang semata nak 'walkhaton'' aje..cukuplah masa tu..heheheh...
9. Buat pengetahuan semua, air dalam ni semuanya bermula dengan harga RM5. So, preparelah apa yang patut...hehehehe...
10. Kalau ada yang plan nak main permainan melibatkan air dalam ni..selain baju spare, kalau nak bawak jenis baju hujan tu pun boleh...semua ni penting bila hati melonjak mau main..hehehe...


TIP KE HELLO KITTY 


1.      Kat sini sebelum masuk, memang dia akan check beg. Semua benda makan dan minum xboleh bawa. Pengecualian kalau air tu u all letak dalam botol air..alaa..botol air macam anak bawak pi sekolah tu… ;-)
2.      Hello Kitty Town ni, dia berkonsep indoor. Jadinya kat sini boleh la pakai melaram skit..hahaha..tapi casual melaramlah..jangan plak berlabuci lip lap lip lap..sat gi sangkut kat buaian mainan..haaaa..jadi bahan berita muka depan plak kan… kih..kih…
3.      Hello Kitty ni 3 tingkat aje..ada Hello Kitty, Thomas n Friends dengan Bob The Builder..aku suggest ambiklah tiket all park in. Sebab kalau x…jadi agak bosan sikit.
4.      Hello Kitty Town ni, aku rasa lebih disarankan untuk ada anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah..sebab kalau dah belasan tahun pada aku agak xmencabar. Mainan dia mostly girlish (untuk Hello Kitty) dan banyak bersifat show. Selain itu, dia banyak konsep mainan yang jenis ‘Playland’ dan sesuai untuk anak-anak kecik sebab banyak show2 menarik. Budak-budak setahun dua umurnya tu..kan suka tengok karaktor kartun..dieorang menari…menyanyi..so sangat sesuai untuk stimulate mind function…
5.      Kat sini kalau tempat makan, sama ada Hello Kitty Café dekat kaunter pendaftaran atau atas sekali..yang atas sekali ni konsep food court. Harga dia, xsure sebab kami xmakan situ. Tapi kat area luar pun ada tempat makan lain macam DC Café dan Lat’s Café.
6.      Surau dia dekat bahagian luar, dan sangatlah kecik. Ini antara kelemahan Hello Kitty Town ni berbanding Legoland. Surau dia kat sini kalau satu2 masa solat, bolehlah kot sekadar muatkan 3 orang. Pengudaraan pun xda..so lembap air tu buatkan ada bau-bau sikitlah…

Ok..itu sajalah serba sedikit info yang aku leh share sebagai panduan kengkawan atau sesiapa yang nak meneroka negeri Johor ni nanti...

Mekasih sudi baca..tatatititutu... 












Tuesday, May 12, 2015

Cuti-Cuti Johor: Mandi-manda dikelilingi 'ABANG DINOSAUR'... aummmmm!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok, as promise sahabat2 maya ku sekalian..hari ni aku nak share camana havocnya mandi di kelilingi dinosaur yang hampir nak pupus ni…macam feeling2 Jurassic Park gituuu…padehal… ;p



Pemandangan water theme park ni dari apartment kami...

Inilah the main reason why did I choose to stay in KSL. Sebab dia ada Dinosaur Water Theme Park ini…bagi mereka yang stay di sini, kemasukan adalah percuma. Tuliskan aje nama pada buku kat guard post tu. Kalau anda yang tak menginap di sini bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

Dewasa:           RM 50.00
Kanak-Kanak: RM 30.00

Berpatutan atau tidak? Terpulang pada persepsi masing-masing tapi facilities kat sini pada tahap basic pada aku. Maksudnya memang ngam untuk mandi manda dengan tarikan dinosaur. Kalau u all expect ada papan gelungsur berkaki2 panjangnya..memang tak ada. Pendek kata memang sesuai untuk kanak-kanak.


Yang Water Theme Park ni betul-betul di hadapan unit apartment aku duduk. So senang Opah leh menengok sambil melambai dari tingkat 20 nunnnn…ye, tingkat 20 unit aku ni..ada 39 tingkat semuanya tak salah aku.



Awal pagi lagi si kakak dah nak mandi..kalau hari Isnin-Jumaat, waktu operasinya adalah dari jam 10.00 a.m sehingga 7.00 p.m. Kalau di hujung minggu, public holiday atau cuti sekolah..dari jam 9.00 a.m – 7.00 p.m. Kami turun awal..so sementara nak tunggu Dinosour Water Theme Park ni dibuka, kakak mandi dulu kat swimming pool hotel. Ala..sebelah-menyebelah je pun, versi jiran-tetangga…hehehhe..


Bukan main suka kakak dapat berendam…suka sangat..





Bukan main manja lagi haaaaa, anak dara bapak... ;p


Ehhh..mana ibu? Ibu tak mandi sama ke?

Ibuuuu…


Di sini..lepak2 di kerusi malas sambil ber ‘selfie’..ewahhh!


Once dia bukak je…jom terjah…tapi kakak lama kelamaan dia lebih suka mandi kat pool biasa aje sebab takutkan dinosaur tu..lawak plak aku menengok. 


Tapi dalam takut2 pun..sampai ke petang nak hujan pun sanggup lagi si kakak mandi tak mau naik..errmmmlaaahaaaiii…


Meh kasik nengok satu lagi dinosaur yang BBBIIIGGGGG….



Mana kakak xtakut..sebab dinosaur ni everytime kita lalu dia akan nganga mulut besar2 sambil mengaummm..eh..eh..dinosaur mengaum k eek? Hahaha…buat bunyilah..aku pun xtau tatabahasa apa untuk dinosaur..ahaks! Maafkan saya lecturer BM ku..huuhu…

Cewah..cewahhh..


Ni cerita lawak..kunun2 nak test power hp dalam air..kami sepakat memakai Sony Xperia Z3 yang boleh kena air tu..leh masuk dalam air not more that 30m feet tak salah aku…tapi lepas kami celupkan dalam air..masing2 menggelupor nak lapkan hp tu semula..hahahha…jakun sungguh!

Ni antara game air yang ada..






Kalau nak sewa pelampung pun boleh..macam-macam jenis dan saiz pun ada…


Si kakak sudahnya asyik dok main ini aje lah haaa..naik turun, naik turun…ni yang untuk kanak-kanak..




Kalau untuk dewasa, dia ada satu lagi slider tu..besar dan tinggi skit.

Selesai mandi…ape aje pun aktiviti si kakak….


Haaaa…

Niiiinnnn diaaaa…


Baik punya zzzzzzzz…. *warna kuku kat Hello Kitty tu masih ada..balik nanti ibu hilangkan..*

Apa pun, on the last day..rasa sedihnya nak balik…alangkah indahnya kalau hidup terus di alam fairy tale..ewah…!

Selamat Jalan Johor..Selamat Tinggal KSL..ada rezeki kita jumpa lagi ya…



Monday, May 11, 2015

Penginapan super selesa di JB: KSL Hotel & Resort

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam Pagi Isnin kengkawan sekalian? Buat apa hujung minggu ni? Sibukkah? Aku sibuklah jugak..sibuk macam ada anak 8, hehhehe…

Ok, jom sambung lagi entry JB ni..Insya-Allah akan abis tak lama je lagggiiii…doa2kan yer… ;-)
As I mention earlier, mulanya aku memang nak booked KSL Hotel ini tapi penuh u alls. Aku call nak booked dalam 3minggu sebelum ke sana. Jadinya dua hari awal, kami stay di sini….. manakala bagi dua hari lagi di KSL Hotel and Resort ini. Bukan apa, sebabnya dah janji nak bawa kakak swimming dan kebetulan di KSL ni memang ada Dino Water Park. Sebab kalau nak bawa ke Legoland Water Park kesian plak kat mak nakj duduk tunggu bawah panas terik.


Di sini aku booked apartment dua bilik, harganya dalam RM 450 semalam sebab cuti sekolah dan weekend plak tu. Cuma aku rasa sangat berbaloi sebab kalau booked bilik pun, dah kena booked dua bilik..so plus minus dari segi harga..pada aku ok. Bukan selalu..rezeki untuk dikongsi..ye tak? ;-)
KSL Hotel & Resort ni terletak di tengah pusat bandar. Jadi jalan ke sana memang sangat jammed. KSL Hotel & Resort ni juga attach dengan mall. So senang bagi yang bawa keluarga kalau ada tertinggal barang kea pa kan. Dan senang sangat bagi yang memang penggila shopping macam aku ni haaa. *** Ehhhhh..selingan…hahahha!*

Bagi yang first time nak stay sini macam aku ni..jangan konpius tau..lobi check in untuk yang tinggal di apartment adalah berbeza dengan yang check in di hotel (tempahan bilik). Bagi yang check in di apartment macam aku ni..masuklah ke parking area yang tertulis D’ Esplanade Residence. Jangan gi baik punya check in kat lobi hotel..sure kena patah balik. Actually, hotel dengan apartment ni connected dekat level 6 ke 7 ntah..aku terlupeee..hehehe, tapi area swimming pool ni la, sila baca signboard dalam lif okay… Cuma tempat check in sahaja berbeza.

Bila u all turun ke parking D’ Esplanade Residence, u all semua akan tibalah ke lobi ini…


Ada parking sementara di hadapan lobi check in, so silalah parking. Kat tepi kaunter check in ni, seram weeeyyyhhh melihat betapa banyaknya cctv yang sedang dipantau sekuriti…aku tak berani nak snap, takut aku plak yang kena snap..hahahah!

So settle ambik kunci dan dengar penerangan…bolehlah gi parking keta betul2. Parking kereta dia terbahagi kepada berapa area..in fact lif dia pun dilabel mengikut blok. So sila dengar arahan waktu check in betul-betul ya. Telinga kena bukak besar2 ala2 telinga gajah..hahaha…aku pun at first naik konpius. Siap ada sekali tu, salah masuk lif..terus ke rumah orang lain..hambekkkk! Sebabnye, lif yang kita masuk akan direct bawa kita ke unit apartment kita. Iya, ko tak payah nak jalan ape dah sebab lif bukak aje, itulah pintu rumah korang..kiranya privacy abislah dan itulah pentingnya menghafal unit dan blok apartment dengan betul.

Kat door access apartment ni pun u all boleh tengok siapa ada di luar dia macam ada satu sistem yang u all tekan aje, leh nampak area depan rumah..kleesss gitu kan..

So taraaaaaaaa…inilah ruang tamu kami…





Sangat selesa dan sangat luas….kalau nak bawak toto pun boleh…bentangkan aje depan ruang tamu ni dan dalam 2 family lagi boleh disumbat…

Ini plak pandangan dari balkoni…Subhanallah…



Haaa, nampakkah di bawah itu..itulah swimming poolnya..a.k.a Dino Water Theme Park itu…jadinya mudahlah kalau mak nak nengok cucunya mandi…tak payah mak turun…then nanti jerit2 ajelah dari bawah..buat macam mai dari kampungggg..hahaha…kampung sungguh pun..kami mai dari Ulu Kinta niiii…tapi tak cakap Perak, cakap utara..hahhaa..bantai ajelah!

Ini bilik mak dan angah..memang luas..


Ini plak bilik kami..ada tingkap juga view pool…




Ni plak toilet dia..bersih kemas..Cuma satu aje problem dia..air turun slowww..lambat sangat..sempat ‘mini banjir’..hahhaa…tak taulah unit kami ni aje kea tau unit lain pun masalah sama…


Eh..eh…practise selfie ke cik gayah? Ahaks!


Ni toiletries dia bagi..banyak kan…complete set!


Bilik air ni interconnected dengan bilik satu lagi..so jaga-jaga..takut ada yang kena!! Muahahaha!


Tapi kalau nak privacy (hamboiiii..mandi pun nak privacy)..pi pakai bilik ayaq belakang..kat area dapur..hahhaha!

Ni plak antara kemudahan dalam apartment ni yang bikin aku lagi teruja tahap gaban…
Meh..meh..aku bawak virtual tour…


Niiii haaaa..dapur dia..luas u alls..dan kemudahan memasak yang disediakan sangat-sangat lengkap..korang nak apa? Cakap aje haaaa….





Teruja kannnn?

Disebabkan sangat teruja..terus u alls, kami plan nak masak dinner..hamboiiii..sungguh2 kan…
Siap Incik Daus turun ke mall..dalam mall tu siap ada giant okay…tak payah bawak keta kuar pun..tekan aje lif ke lobi..then ambik satu pintu sebelah kaunter check in tadi…terus masuk ke mall…

Lepas tu..maka terjadilah adegan.. Jamie Oliver In The House..wearing kain pelikat lagi u allss..


Meh..kasik posing cute satu!!! Ahahahha!!! Suke sengih tak nampak gigi… ;-)


Hmmm..sibuknya memasak…memang Incik Daus offer diri nak masak..so aku biarkan aje…kih..kih…kih..bila lagi nak dera suami.. ;p


Hasil ketung ketang di dapur..maka inilah hasilnya…


Sambal Sardin (tumis cili, bawang dengan kentang), ikan masin bulu ayam digoreng garing..dengan telur dadar..kicap jangan dilupa..peberet si kakak tu…

Alhamdulillah..kenyang sungguh makan..rasa puas sangat walau lauk simple..sambil makan sambil gossip..eh…bukan gossip..tapi berbual…ewah!

Si kakak..


Tak hirau sape dah..sedap aje makan telur dadar dengan nasi gaul kicap…kakak kalau ‘selera melayu’ dia datang..memang simple ajer menu makan dia…kalau selera ‘omputeh’ dia datang yang feeeeennnniiingggg ibu… hehhee..

Ape pun mekasih chef..sedap sungguh!!! Leh masak lagi dan lagi… ahaks!

Abis settle makan..moh kakak kita sambung buat keja sekolah okay…ye, aku hangkut sekali keja sekolah kakak..sebab kalau balik nanti sure letih kan…




Selesai segala..mohlah kita pandang ke luar jendela sambil mensyukuri nikmat Allah..Subhanallah… 


Ok..bagi sesiapa yang nak datang dan stay di KSL Hotel & Resort ni.. ini alamat dia…

KSL RESORT,
33 Jalan Seladang, Taman Abad,
Johor Bahru 80250, Malaysia.

Tel:  +607-2882999 / +607-2882666
Fax: +607-2882988

Email: info@kslresorts.com.my
GPS Coordinates: 1.486196 , 103.76279

Ini link web dia.. 



Citer mandi-manda di kelilingi MR. DINO tu nanti aku up lepas ni ya..the last one from Jay Bee ok...

Babai ye kengkawan...