Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Udang. Show all posts
Showing posts with label Masakan Udang. Show all posts

Friday, April 21, 2017

Resipi: Sambut Birthday dengan home-cooked shell out....



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

YA ALLAH, Alhamdulillah..Jumaat menjelma lagi, maksudnya bolehlah bercuti dari suasana office selama dua hari…phewww! 

Hari ini nak tentang sambutan hari lahir mak dengan angah pertengahan bulan march yang lalu. Selalunya aku memang akan plan awal, prepare hadiah dan sebagainya. This year, disebabkan masalah yang tiba-tiba muncul, everything jadi upside down. Jadinya, aku plan untuk masak sendiri saja, duduk ramai-ramai…gelak-gelak and sharing stories. Beli hadiah pun aku lari kejap time break Jumaat tu. 

Aku decide nak cuba bershell-out dekat rumah. Google la resipi mana yang patut dan akhirnya aku follow resipi dari blog https://cinta-caramel-latte.blogspot.my dengan sedikit pengolahan mengikut selera kami sekeluarga. 


Awal pagi tu bergegas ke Pasar Besar Ipoh. Selalunya di sini yang banyak seafood yang best dan saiznya besar. 

Jadinya, watak utama shell out aku terdiri daripada:
Ketam (5 ekor saiz besar)
Udang (1 kg)
Lala (1kg)
Sotong (10 ekor)

Anggaran kos kasar untuk semua makanan laut ini: RM 132
*Kesemua makanan laut ini, dicuci terlebih dahulu sehingga bersih. Kemudian, rendam seketika dengan air asam jawa. Then bilas. Selepas bilas kembali dengan air bersih, perapkan seketika dengan sedikit kunyit dan serbuk lada hitam (jenis kasar). 

Sambil itu, silalah sediakan bahan kisar untuk dijadikan pes. 

Bagi sayuran pula, aku hanya guna brokoli sahaja. Jagung tak dilupa. 

Di antara bahan untuk dikisar:

Cili Kering (aku campurkan yang jenis halus-pedas, dan saiz besar-tak pedas)
Udang kering.
Sedikit belacan.
Bawang besar ( 3 biji)
Bawang Putih (10 biji)
2 batang serai (hiris nipis)
Sedikit halia.
3 tangkai daun kari (ambil daunnya sahaja)

*Bahan untuk kisar ini, sukatannya mengikut kuantiti bahan yang ingin dimasak. Bahan kisar ini akan bertindak sebagai pes, so pandai-pandailah ya mengagak kuantitinya. 

Bahan untuk menumis:

Bawang Holland (dihiris nipis, kalau nak rasa lebih manis, gunakan ekstra bawang)
Bawang Putih
Halia
Daun Kari
Buttercup (1 buku)
Rempah Kari Ikan
Sos Tiram
Sos Ikan
Kiub Pati Ayam (1)


Cara Memasak:



  1. Makanan laut yang telah diperap tadi direbus dahulu. Didihkan air terlebih dahulu. Rebuskan seketika sehingga half-cooked. Asingkan kesemuanya.
  2. Panaskan buttercup di dalam kuali sehingga cair.
  3. Tumiskan bawang Holland, bawang putih, halia dan juga daun kari sehingga naik bau. Anggarannya juga mengikut selera dan keperluan. Aku main agak-agak juga.
  4. Masukkan pula bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  5. Kemudian, masukkan dua sudu besar rempah ikan. Kacau segera supaya tak bergumpal.
  6. Masukkan sos tiram, sos ikan. (tak perlu masukkan garam dah)
  7. Akhir sekali masukkan 1 kiub pati ayam dengan serbuk lada hitam. Goreng sehingga masak dan padamkan api.
  8. Selesai semuanya, barulah aku ambil pes ini dan digoreng dengan makanan laut tadi. Anggaran scoop senduk tu mengikut jumlah makanan laut. Tak payah masak lama, sebab pes tersebut dah dimasak dan makanan laut pun dah half-cooked.


Bagi sayuran:
Didihkan air dengan sedikit garam. Rebus seketika brokoli. Angkat dan toskan. Kemudian taburkan serbuk lada hitam.

Bagi Jagung:
Didihkan air. Rebus jagung seketika. Angkat dan toskan. Kemudian, sapukan dengan soft marjerin. Aku guna jenis Nutri-Lite. 


NOTA: Untuk udang, aku xguna pes yang sama. Aku buat sambal tumis…hahhaha…letak je sekali. Udang untuk kakak pula, aku buat udang masak kicap. Gitewww, macam-macam style home shell out kami…takpelah, kami je pun nak makan ye tak..hehehheh…


Kami lengkapkan lagi sambutan burfday ini dengan aiskrim harijadi. Idea si kakak dan of courselah, kakak pilih aiskrim Milo..hahhaha….ikut tekak dia aje… then aku ambik mango sebab mak selalunya suka perisa  fruity macam tu. First time beli jenama La Cremeria ini. Sedap juga….ada cebisan mango lagi dalam tu..best!

Alhamdulillah….seronok dapat makan bersama. Chit chat with each other. Alhamdulillah….





Thursday, March 17, 2016

Kisah kakak dengan resipi Udang Masak Kicap

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Udang Masak Kicap…serius, selama hayat, aku tak pernah tefikir tau nak masak udang masak kicap. Tapi semua tu berlaku sekelip mata bila kakak request nak makan udang masak kicap. Aku macam terfikir-fikir, pernah tak orang buat udang masak kicap ni? Udang goreng kunyit, aku tahulah jugak.

Setelah tiga kali aku tanya soalan yang sama, akhirnya aku pasti, kakak memang serius nak makan udang masak kicap. Satu lagi yang aku buat aku tak yakin, sebab kakak xsuka makan udang. Pernah suruh kakak cuba tapi dia xnak. “Ibu, kakak nak udang big okay, yang small kakak xnak..” Amboi, anak, bukan main demand ya…

Aku pun pergilah ke Giant, cari udang. Tapi udang saiz sederhana je yang ada, so bolehlah. Aku pun beli. Dalam hati, cammana nak masak udang masak kicap bagi sedap? Takkan udang, then letak kicap je…hahaha..tetiba masakan yang senang pun jadi susah kan.

Aku pun balik dan godek-godek, maka inilah resipi paling ringkas dapat aku fikirkan. To consider that kakak memang tak makan pedas.

Bahan-Bahan:

Isi Udang
1 biji bawang Holland (dihiris nipis bentuk bulatan)
3 biji bawang Putih (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap
Sedikit sos tomato
·         Aku main letak je serba sedikit semua, tanpa sukatan yang tepat. Aku tak letak garam sebab dah cukup perisa.

Cara Memasak:
1.    Panaskan minyak dan tumiskan bawang.
2.    Masukkan sedikit air dan campurkan kesemua sos.
3.    Masukkan udang dan kacau seketika. Biarkan sehingga mendidih dan padamkan api.

See…amat mudah kan. Aku pun terkejut…hahahhaa…sebenarnya kakak, bawang pun dia tak makan okay. Tapi aku rasa macam tak sedap pula kalau tumis tak ada bawang. Jadi aku masukkan juga. Nanti dia nak makan, selalunya dia akan suruh asingkan juga.

Kakak makan sampai habis okay. Satu mangkuk tu dia sorang yang habiskan. Lepas makan, kakak cakap…

“Ermmm…sedapnya ibu..kakak xtahu pula yang rasa udang ni lebih sedap dari ikan rupanya….”


Hahahhaha…lawak! Aduiii, nak terburai aku tahan gelak..kakak..kakak….

Itulah kisah kakak dengan lauk udang buat pertama kalinya….

Thursday, January 29, 2015

Resipi: Udang Goreng Kari Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Selalunya kan..ada waktunya, kita macam dah tepu kan..tak tau nak masak apa. Haaa..itu bila mood tengah malas, lagilah tak tau nak masak apa. Last-lasak jadiklah masakan simple macam aku buat ni haaaaa….hehehhe..simple2 pun sedap plak aku meratah kan.. kih..kih..



Bahan-Bahan yang digunakan:

Udang (aku guna setengah kilo..)
1 biji bawang besar (bawang Bombay)
5 biji bawang Putih
1 tangkai daun kari
1 batang lobak merah (dihiris panjang)
1 biji cili hijau
Sedikit air
Sedikit garam
Minyak untuk menumis

Bahan Perapan Udang:

Udang diperapkan bersama serbuk kunyit, serbuk paprika (atau serbuk cili), serbuk lada sulah, dua sudu besar sos tiram, dua sudu besar rempah kari daging dan sedikit garam dan gula. Digaul sebati dan perapkan selama 15 minit untuk biarkan rempah tu bersatu dulu.

Untuk Menumis:

1.      Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang Putih tadi. Masukkan daun kari dan tumis sehingga naik bau .
2.      Kemudian masukkan udang dan sedikit air. Kuantiti air ni ikut pada citarasa anda. Kalau gemar nak berkuah sikit, letaklah banyak skit air ya.
3.      Masukkan pula hirisan lobak merah dan sedikit garam. Tapi sebelum tambah garam ni, rasalah dulu sebabnya waktu perapkan udang tadi pun kan dah ada garamnya. Masukkan jua hirisan cili hijau tadi.
4.      Tunggu sehingga mendidih dan padamkan api. Udang jangan masak lama sangat, nanti mengeras, tak sedap pula.
5.      Hmmm..senang kan..dan yummy rasa rempah2 tu..aku suka je.. ;p







Monday, July 1, 2013

Resipi: Masak Lemak Udang Nenas

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Ini menu yang dimasak agak berminggu-minggu jugak lamanye…iya, baru skrang sempat nak update…maklumlah, balik umah aje dah kalut ngan si kakak..bile die tidor dan kalau aku larat, barulah menaip ni..

Nak story skit pasal Masak Lemak Udang Nenas…yummy! Teringin nak makan ni sebab adelah satu malam tu aku pi dinner, ade jemputan..kemain sedap lagi makan masak lemak udang nenas ni..tapi nak ambik bebanyak, aku agak malu-malu ayam skit..maklumlah, I is jaga my manner… *Kunun-kunun*…
So katekan dinner itu adalah rabu malam, sabtu itu jugak aku merancang baik punya mau masak ini menu..so jangan tunggu2, ini resipi dari Ipoh Masterchef..ahaks!



Bahan-Bahan:

1 kg udang (saiz sederhana)
1 biji nenas bersaiz kecil (potong kecil/sederhana, ikut selera masing2)
1 biji santan
Air
1 batang serai
Daun kunyit
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
Sedikit kunyit hidup
10 biji cili padi
(bawang, kunyit, cili padi dikisar)
Sedikit garam dan gula.
2 biji cili hijau (hiris tengah, untuk hiasan)

Senang je nak masak ni..caranya adalah:

  1.  Panaskan minyak dan tumis bahan kisar.
  2. Biar sampai naik baud an kekuningan, barulah dimasukkan air.
  3.  Masukkan udang dan serai yang dititik.
  4.   Bila air mendidih, masukkan santan. Kalau nak lebih kuning warna kuahnya, masukkan sedikit serbuk kunyit.
  5. Masukkan nenas dan daun kunyit.
  6. Masukkan garam skit, gula skit dan biarkan mendidih seketika. Terus padamkan api.
  7.  Siapppppppp!!!!




Saturday, May 4, 2013

Resipi: Tom Yam Pok Tek...pedas tapi syiokkk!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hoyeiiii!!! Hari Sabtu di rumah…sangat bersyukur!!! ;-)

Hari ni kan, terlebih rajin..nak buat Tom Yam ‘Pok Tek’ (betooiii ka aku eja tu..? )…tapi untuk yang suka dengan makanan Thai ni mesti pernah dengar Tom Yam Pok Tek. Tom Yam Pok Tek adalah tom yam gabungan makanan laut sahaja, dan dicampur dengan santan sedikit. Dan ada jugak yang masukkan air kelapa sbg ganti santan.

Asalnya idea nak buat tom yam ini adalah kerana banyak stok sayuran segar yang dibawa balik dari percutian kami di Cameron Highlands cuti 1 May yang lalu. Errrr..nantilah ya aku curik masa untuk update story di Cameron itu…Ok, cut it short, meh ambik pisau..potong sayur2 ni….hehehehhe….



Bahan-Bahan:

1 ekor ikan merah (yang aku beli ni ni 1.2 kg)
15 ekor udang (saiz besar)
500 gm sotong
500 gm lala
1 biji lobak merah (dipotong semi bulatan)
Kubis Bunga (aku pakai separuh)
500 gm cendawan
4 biji tomato (dipotong dua)
2 batang serai (dititik)
5 helai daun limau purut
Sedikit halia
Sedikit lengkuas
1 biji bawang Holland (saiz besar, dipotong bulat)
2 jug air
10 sudu besar pes tom yam
3 keping asam keping
1 cawan santan
Sedikit garam dan gula

Bahan Menumis:

2 biji bawang besar
10 biji tomato ceri
20 biji cili padi
1 genggam cili kering (cili ini ikut tahap kepedasan masing-masingla ya…kami memang suka pedas so aku guna cili kering kecik yang keriting tuh...)

(Semua bahan tumisan ini dikisar sebelum ditumis)

Cara Membuat:

  1. Sediakan bahan menumis. Panaskan minyak dan sedia ditumis.
  2. Biarkan sehingga cili masak betul, sentiasa kacau.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih.
  4. Masukkan pes tom yam dan asam keping. Masukkan juga hirisan halia dan lengkuas.
  5. Masukkan sotong dan udang. Biarkan seketika sebelum masukkan lala dan juga ikan.
  6. Masukkan semua sayur-sayuran, dimulai dengan lobak merah, kubis bunga dan cendawan.
  7. Biarkan mendidih. Kemudian baru masukkan bawang, daun limau purut dan serai. Jangan lupa masukkan garam dan gula.
  8. Masukkan tomato dan santan. Setelah mendidih, padamkan api.
  9. Bolehlah dihidang…..



Inilah hidangan utama kami sekeluarga di hari Sabtu.....versi aku ini sedikit merah sebab cili aku letak banyak...sampai pijar tangan..hehehhe..oklah kengkawan, nak jamu selera jap..jemput2....

Tatatititutu!!!! 

Monday, January 21, 2013

Resipi: Butter Prawn Cubaan Pertama.. ;p

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Ni, semalam teruja sungguh..sebab dapat buat ‘sarang’ Butter Prawn dengan jayanye..hehehe…siap terloncat2 lagi kat dapur ngalahkan anak dara..cewah2! 


Citer Butter Prawn ni actually bukanlah menu yang dirancang. Mulanya Incik Hubby teringin nak bakar udang, so gigihlah pergi cari udang yang besar2 sikit. So bila balik, tetibe lupa nak beli arang. At last, dia pun kasik green light untuk masak apa pun ngan udang tu. Hmmm..mulalah plan resipi. Tergerak hati nak cuba buat Butter Prawn. Nak goreng udang tu ok, tapi macam mana nak buat ‘sarang’ dia tu..itu yang menjadi ‘aset’ penting kepada resipi. Ewah!


Jadi, dengan bantuan teknologi, mendaratlah aku ke www.secubitgaramnor67.com/ . Ok, dah tau dah rahsia macam mana nak buat ‘sarang’ dia. Baiklah, kumpulkan bahan dan mari kita mulakan. Resipi untuk udang tu adalah olahan sendiri..yang ‘sarang’ tu memang aku ikut step Kak Nor tu kasik.



Bahan-bahan:
10 ekor udang (dekat 1kg gaklah)
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 tangkai daun kari
Sedikit serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari dan garam.
½ cawan susu segar


Cara Membuat:


Udang ni diperap dulu dengan serbuk kunyit, lada sulah, serbuk kari dan garam. Barulah meresap rasa ke kulit udang. Lepas tu goreng dulu udang ni ya…lepas goreng,toskan minyak dan letak tepi dulu.
Semua bahan-bahan yang perlu dihiris, hiriskan dulu. Then, tumiskan dulu bahan-bahan yang telah dihihiris sehingga naik bau.
Masukkan susu segar. Kacau dulu seketika, kemudian masukkan udang semula. 

Angkat udang yang dah dimasak. Udang tak elok masak lama2, nanti keras. 


Ok, ni nak kasik tip buat ‘sarang’ untuk Butter Prawn tu..


Ini ‘SENJATA’ utama…



Acuan buat roti jala...
Bahan-bahan:
1 cawan minyak
2 sudu besar mentega atau marjerin

5 biji telur (ambil kuningnya sahaja)
Tip:

  1. Pastikan minyak betul-betul panas.
  2. Kemudian, gunakan garfu. Kacau minyak tadi perlahan-lahan dengan putaran jam. Jangan ganas2 ok, minyak panas tu..nanti kena jemarimu itu, susah…hehehe…
  3. Teruskan putaran itu manakala sebelah tangan lagi dah prepare untuk kirai (aku tak sure orang lain panggil ape, pusing, putar..mungkin…). Macam buat roti jala, terus kirai telur tu sampai abis. Kalau tak yakin nak buat sorang, boleh mintak assistance suami, anak, adik, mak atau sebagainya.
  4. Settle kirai, biarkan telur tu masak jap, macam dah kekuningan gitu..leh la angkat.
  5. Angkat dan toskan untuk keringkan minyak.
  6. Akhir sekali, tarrraaaaa…..sedia dihidang….

berjaya ya tuan puan..alhamdulillah... ;-)
Mak aku cakap : Ok dah ni, kira cantiklah untuk first trial…

Pewwwiiiitttt..kembang kempis sattttt…hehehehe.

Selamat mencuba ya..

P/S: Tapi tadi dah dekat nak balik opice, ada berita xberapa bestler..aku bakal kehilangan staff...hmmm...sedeyyyyy!!! ;-( anyway, aku yakin dia staff yang mempunyai masa depan yg cerah..and I should be happy for what he going to achieve!!! Insya-Allah...