Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Daging. Show all posts
Showing posts with label Masakan Daging. Show all posts

Wednesday, July 29, 2015

Resipi: Sedapnya Bihun Sup Tulang dan Sambal Kicap Cili Padi Power! ;p

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera... 

Alhamdulillah...akhirnya hari ni sempat jugak menghapdate blog. Masih meneruskan puasa sunat 6, so mehla mengisi masa lunch dengan menghapdate...

Raya tahun ni turn beraya di Ipoh je sebelah aku. Tahun ni beraya sederhana, banyak sangat ups and down tahun 2015 ni. Apa pun alhamdulillah...nantilah ek aku hapdate kisah raya..gambar raya pun xberapa nak banyak.. ;-) ade gambar kat sini..ade gambar kat sana.. ;p nanti aku kumpulkan yer..dan hapdate sekaligus. Macam biasalah bila raya kat Ipoh..lebih banyak kat dapur dari kat ruang depan..hahhaha!

Ok..ok..ni nak share saja main masak2 Ahad lepas, buat bihun sup tulang siap dengan begedil sekali. Si kakak pagi tu bawak dia makan bihun sup, tiba xcukup plak..nak lagi katanya. So aku pun sebagai ibu yang mithali dan bertali2..hahahah...jomlah kita buat bihun sup tulang. Buat Sup Tulang sebab bapaknya suka makan sup tulang. So ajaklah mak datang makan sekali.

Tadaaaa....


Makan-makan family aje...simple aje..tapi xsimple sangatlah kan kalau aku kata ini dinner..hahaha...camne ni..


Fish cake tu aku rebuskan sekali dengan sup tulang bila dah nak masak tu. Then aku toskan, hiris nipis-nipis untuk kakak. Kakak xmakan daging..buat masa ni lah..kakak sedang cuba nak explore skit2 makanan baru..so let her take her own time.. ;-)

Sebelah kanan tu begedil daging...aku buat bulat kecik2..ye..kecik2 comel bulatnya waktu mula-mula buat..dah lama-lama..dia membesar sedikit demi sedikit sebab nak bagi abis cepat...hahhaha...

Resipi Begedil aku pernah share dekat blog ni dulu..ni link dia ek..BEGEDIL UBI KENTANG DAN DAGING



Inilah Sup Tulang Daging Versi Cik Puan Erny..hehehhehe....meh aku sharekan resipi kat bawah ni, mana tahu boleh dijadikan hidangan Rumah Terbuka nanti kan..yang kat atas tu yang gelap kalernye tu..itu Sambal Kicap Cili Padi versi erny jugak.. ;-)

Bahan-bahan yang diperlukan...

1kg tulang daging (ambil yang ada isi-isi skit kat tepi-tepi tulang tu)
500gm isi daging
1 paket kecil rempah sup (aku pakai jenama Cap 'O' ..kat Tesco ada..kalau sebelah Utara memang banyaklah jenis ni)
2 kiub pati daging (aku pakai jenama Knorr)
Garam dan gula penambah perisa.

Bahan Menumis:
2 bunjut sup (aku pakai jenama Puteri yang khas untuk Sup Tulang)
*2 biji bawang
*4 biji bawang putih
*Halia
- Semua bahan yang bertanda (*) dihiris nipis.
2 batang kulit kayu manis
Bunga Lawang (dalam 2,3)
Buah pelaga (agak-agaklah, skit je pun ok)

Daun Bawang
Daun Sup
* Kedua bahan ini dihiris nipis untuk hiasan. 

Cara Membuat:

1. Masukkan tulang dan isi daging yang telah dibersihkan ke dalam air secukupnya. Rebus dalam api sederhana. Kalau pakai pressure cooker lagi senang kot. Tapi sebab aku pakai dapur gas biasa tu je..so aku rebus selama 3jam. Rebus lama ni nak bagi daging tu empuk dan lembut. Aku masukkan juga hirisan halia waktu merebus daging ni. Saja letak halia ekstra nak bagi bau harum halia tu.
2. Dalam 30 minit terakhir rebus tu, aku masukkan rempah sup dan kiub pati daging.
3. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak. Tumisan ni namanya tumis darat. ;-)
4. Tumiskan semua bahan untuk menumis tadi termasuklah bunjut sup tu. Goreng sampai kekuningan dan naik bau. Bila dah naik bau, angkat dan tuangkan bahan tumisan ni ke dalam rebusan sup tadi. Masukkan semua tau, dengan minyak menumis tu sekali.
5. Kacau sup seketika, perisakan dengan garam dan gula sebelum taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.

Resipi Sambal Kicap Cili Padi Power plak...bukan main power lagi namanyer..hahhaa...up skittt kan...

Kisahnya, aku memang suka makan sambal kicap cili padi ni dengan sup..kalau Incik Daus makan sup dia suka sambal cili kering tu...tapi kali ni aku nak buat ape yang aku suka..hahaha..sebab aku yang masak..eh..eh..boleh gitu..ala..sesekali u alls...

Senang je nak bikin sambal kicap ni..

Cili Padi (ikutlah nak buat banyak, gunalah banyak. Aku pakai dalam 30 biji cili padi kampung..yang kecik2 tu)
Sedikit belacan
2 biji bawang merah
Sedikit ikan bilis
Sedikit air
Sedikit kicap

Cara Membuat: 

1. Semua bahan di atas dikisar sehingga halus.
2. Kemudian, masakkan di dalam kuali (tak perlu tumis dengan minyak). Masak sampai mendidih dan pekat sedikit.
3. Masukkan kicap dan gaul lagi. Bila dah pekat, bolehlah padamkan api.






Muka kakak dah tak sabar nak makan..bukan main suka..dinner awal malam ni, kul 7pm dah dinner..kejayaan! ;-)


Kakak pun suka makan bihun sup dengan kicap..tapi bukan sambal kicap tulah..kakak makan dengan kicap biasa..


Hmmm..bismillah....suka sangat ni...


 3 kali tambah si kakak..alhamdulillah..bapaknya tok sah katalah..berkali-kali tambah..begedil abis diratah meninggalkan mangkuk kosong di atas meja... :-)

Ooo..bihun tu aku rendam dengan serbuk kunyit..tu yang kaler kuning tu..barulah Utttttaaaarrrraaa! hehehhehe..

Ok u alls..selamat mencuba...dan doakan kerajinan ku marrrriiii... uhuhuhu...


Thursday, January 8, 2015

Resipi: Daging Masak Kicap Cili Padi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Yeayyy..dah hari Khamis…esok Jumaat, then cuti..boleh ek gitu? Ahaks! ;p
So kengkawan, weekend ni apa nak masak ek? *hebattt, piker nak masak apa weekend dari hari nih ni..hhehehe*

Jom, jom, nak share ni, satu resipi mudah, ringkas, tapi Insya-Allah berjaya membuka selera.. *sekurang2nya selera aku ngan Incik Dauslah ya.. *

Last week, waktu hujan-hujan dan sangat malas nak ke mana, bukaklah fridge, ok, ada daging..so meh menggodek resipi daging. Kalau nak buat daging goreng kunyit semata-mata, macam malas pulak nak masak satu lagi lauk berkuah..so marilah masak juadah yang ala-ala 2 in 1.



Bahan-Bahan:

500 gm daging (dihiris nipis)
*1 biji bawang Bombay (kalau saiz besar melampau, pakai 1 biji dah cukup, tapi kalau saiz kecik, pakailah dua biji)
*5 biji bawang Putih
*20 biji cili padi kampung (kami memang suka pedas)
*Sedikit halia
*Sedikit daun kari
* 2 biji tomato

SEMUA BAHAN YANG BERTANDA (*), HENDAKLAH DIKISAR SEHINGGA HALUS

2 biji tomato (dipotong empat)
Kicap Masin dan Kicap Lemak Manis
2 sudu besar Sos Tiram
1 cawan air.

Cara Membuat:

1.      Panaskan minyak secukupnya.
2.      Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar tadi sehingga naik bau atau sedikit garing.
3.      Kemudian, masukkan air (kuantiti air ni pun boleh disesuaikan mengikut keadaan), diikuti dengan kicap masin dan kicap lemak manis. Aku agak-agak je, so x ada specific sukatan.
4.      Kemudian, masukkan daging tadi dan perlahankan api. Biar sehingga empuk.
5.      Masukkan pula sos tiram.
Setelah daging masak empuk, padamkan api dan masukkan hirisan tomato. (Aku masuk tomato last sekali sebab tak suka makan tomato yang lunyai, lembik..)



Selamat Mencuba.. ;-) 

Thursday, May 22, 2014

Resipi: Nasi Goreng Daging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kadang-kadang nak memasak pun boleh jadi buntu…nak-nak bila badan letih, rasa nak masak yang ringkas-ringkas saja. Yang semuanya ada dalam satu hidangan. Macam hidangan makan tengahari kami Ahad baru ini. Fikir punya fikir, jomlah masak nasi goreng daging. Dapat ilham ni sebab asyiklah teringat nasi goreng daging pasar malam hari Sabtu dekat Taman Perpaduan tu…so dengan kreativiti mengagak, maka terhasillah hidangan ini..ewah!


Bahan-bahan:

Nasi  (aku masak 1 pot setengah)
1 biji bawang Bombay (hiris nipis, halus-halus)
10 biji cili padi (hiris nipis)
2 biji cili merah (hiris nipis)
10 batang kacang buncis (hiris nipis)
1 biji telur
Sos Tiram
Garam
Serbuk lada sulah

Bahan daging:

500 gram daging (sukatan ikut suka. Hiris daging ini nipis-nipis, supaya mudah masak dan empuk)

  • Lumur daging ini dengan serbuk kunyit, serbuk lada hitam, sos seasoning Maggi, sedikit garam dan sedikit serbuk kari daging. Perapkan dahulu dan biarkan dalam 15-30 minit.

Cara Membuat:

  1. Panaskan minyak. Gorengkan daging dahulu. Biar sampai garing dan masukkan pula bawang, cili padi dan cili merah. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit air, sos tiram, garam dan serbuk lada sulah.
  3. Masukkan telur dan hancurkan. Kemudian, masukkan kacang buncis.
  4. Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata.

Mudah saja kan…nasi, lauk, sayur..all in 1..siap untuk hari malas masak…hihihihi….



Thursday, April 18, 2013

Resipi: Daging Masak Hitam


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ok..tuan puan sekalian…seperti yang dijanjikan..resipi seterusnya yang enak dimakan bersama dengan nasi briyani adalah….

Daging Masak Hitam



Bahan-bahannya:

500 gm daging (nak best pakai daging batang pinang..dipotong nipis,dibersihkan dan diperap bersama kicap, serbuk lada hitam dan sedikit gula. Kalau pakai kicap manis, tak payahlah tambah gula dah..). Kalau tak suka lada hitam, boleh saja untuk tidak diletakkan tapi aku adalah peminat tegar lada sulah dan lada hitam…hehehhe

2 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk kas-kas
10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
3 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
(Cili Kering, bawang besar, bunga cengkih dan bunga lawang ini dimesin)
2 biji tomato (setiap satu dipotong empat)
2 biji bawang besar (dipotong bulat)
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Sedikit halia, bawang merah, bawang putih dan daun kari untuk menumis. Hidangan ini memang banyak guna bawang, nak bagi rasa manis bawang untuk membangkitkan rasa daging. Fuhhhh..dah rupa chef bertauliah dah..menangis kalau Chef nengok kaedah aku memberikan tip ini…hehehhe..

Ok..cara membuatnya:

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan untuk menumis.
  2. Kemudian, baru masukkan bahan yang dimesin halus pula.
  3. Biar sehingga kekuningan dan naik bau. Kemudian baru masukkan daging yang diperap. Kacau dan biarkan sehingga daging tadi masak atau lembut.
  4. Bila daging sudah masak, baru masukkan tomoto, bawang besar yang dipotong bulat, kulit kayu manis dan buah pelaga. 
  5. Akhir sekali baru masukkan daun bawang dan daun saderi yang telah dihiris halus. 

 Aku memang penggemar tegar daging masak hitam ni..huh, sambil mengupload gambar ini pun terasa sudah kecur liur...ok, aku hutang lagi dua resipi iaitu ayam masak merah dan dalca daging. Resipi nasi briyani yang aku buat ni, lauknya asing-asing. Kalau setengah resipi tu, lauknya dimasak sekali ke dalam nasi. Insya-Allah, mungkin next time aku akan cuba resipi yang itu pulak...

Sign off dulu ya..tatatititutu....