Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts
Showing posts with label Masakan Ayam. Show all posts

Friday, September 16, 2016

Resipi: Ayam Goreng Vanggey yang mudah dicuba!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Salam semua, Selamat Menyambut Hari Malaysia….apa aktiviti u all hari ni? Lepak-lepak dengan family atau nak pi tengok Train to Busan? Macam aku hari ni, we all plan nak panjat bukit...xtaulah passaipa lately ni banyak sangat terlibat dengan aktiviti berstamina tinggi...hahaha...aku nak kurus balik macam dulu...help..help... tapi cammana ni cakap soal kurus tapi tetiba hari ni aku nak share entry makanan ni...saborlah ya wahai teman.. ;-) 

So sempena Public Holiday ni, sure u all pening fikir nak masak apa kan…meh..meh..aku share resipi cubaan pertama aku hasil invention ikut logik tekak aku..hehehe..

Dipersembahkan….


Ayam Vanggey versi diri sendiri…hahhaha

Bahan-bahan yang diperlukan sangatlah mudah didapati dan ringkas sahaja…


1 ekor ayam (saiz biasa)
4 biji bawang besar (dikisar halus)
8 biji bawang merah kecil (dihiris nipis)
3 tangkai daun kari
Kulit kayu manis
Sedikit buah pelaga
1 paket serbuk cili
Sos tiram
Kicap lemak manis
Serbuk cili kasar (chillies flake) – sukatan ikut sukalah ya, kalau suka pedas, letaklah banyak. Aku as usual, sejenis yang suka pedas…hehhehe…

BAHAN PERAPAN AYAM:
Serbuk kunyit
Rempah daging
Sedikit garam
·         Aku perapkan dalam satu jam

Cara memasak:
1.    Ayam yang telah diperap tadi, digoreng dahulu dan ketepikan. Aku suka ayam goreng garing, jadinya aku goreng garing sedikit.
2.    Kemudian, tumiskan bawang yang telah dikisar, diikuti dengan hirisan bawang kecil, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau. Aku gunakan baki minyak menggoreng ayam tadi. Kalau ada serdak-serdak gorengan tadi, biarkan sahaja. Sedap sebab dia garing rangup kalau dicampur sekali.
3.    Masukkan sedikit air, dan masukkan serbuk cili. Perisakan juga dengan sedikit sos tiram, kicap lemak manis dan sedikit garam. Biar mendidih sedikit atau bila kuah dan memekat, masukkan ayam.
4.    Kacau gaul sehingga sebati. Masukkan serbuk cili kasar pula. Biarkan seketika, sampai nampak dah kering, barulah dipadamkan api.

Dari segi rasa, sedap…hahahha…Cuma kurang pedas bagi aku. Next time aku nak cuba masukkan cili kering dan kisarkan bersama bawang.

So, hidangan Ayam Goreng Vanggey ini aku kombokan seperti di bawah…heheheh….

Dari atas sebelah kiri: Udang Goreng Kunyit, Ayam Vanggey, Ikan Goreng, Ulam Timun 
Selamat memasak ya u alls.... 


Monday, September 15, 2014

Resipi: Ayam Masak Kicap dengan Minyak Bijan untuk anak ku...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Hai u alls..hari ni ahkak nak share resipi lagilah..hehehe..mood tengah rajin kan…untung siapa dapat ahkak jadi isteri..mithali sangat…ahaks! Takdelah, gurau-gurau je…btw, ahkak cuti hari ni..balik Kedah...ada engagement u alls... ;-)

Ok..menu kali ni simple je, masak untuk si kakak. Mula-mula kenal menu ni masa pergi makan dengan Restoran Hj. Sharin Low Grand tu..leh refer entry ini..Jom Makan Best di Ipoh: Makanan Cina Muslim di Restoran Sharin Low Grand

Nama menu ni asal namanya adalah Marmite Chicken...

Tapi version aku, Ayam Masak Kicap Bijan udahle..tak usah glamer sangat nama menunya berbanding nama tuan kan…hehehe..resipinya pun bukanlah aku dapat dari menemuramah Chef dia..sekadar aku reka cipta aje berdasarkan apa yang aku rasa di lidah…

Bahan-Bahan dia..

Ayam, ambil bahagian isi jugaklah..potong kecik-kecik..lumurkan garam kunyit, sedikit serbuk paprika, lada sulah, dengan satu sudu besar tepung jagung..asingkan.



Kemudian jangan dilupa dua bahan utama ini...



Sedikit minyak bijan, kicap pekat dengan sos tiram..sos tiram takde dalam gambar tapi tetap ditambah juga..anggaran 1 sudu besar. Begitu juga sukatan bagi minyak bijan adalah 1 sudu besar. Kicap pekat tu, kuantiti adalah mengikut kuantiti ayam. Aku tambah juga 1 sudu besar gula. Kalau ikut resipi asal tu, dia masak memang agak kering, ngam-ngam je ayam tu bersalut kicap..tapi aku punya ni aku buat bagi ada kuah sikit.



Bijan, untuk ditabur di atas hidangan. Bijan ni sedikit aja gunanya..sebelum ditabur, goreng dulu tanpa minyak. Goreng kejap aje..bagi kuning-kuning tu..

Ok, cara membuatnya, mudah aje..

1. Ayam yang telah digaul perap, digoreng garing dengan minyak panas. Asingkan.
2. Kemudian, masukkan 1 cawan air, diikuti dengan kicap pekat, sos tiram, gula dan minyak bijan. Aku dah tak tambah garam, sebab perisa dari bahan-bahan sos dan kicap dah cukup.
3. Bila dah agak pekat sedikit, masukkan ayam. Gaul sebati seketika. Padamkan api.
4. Sedia dihidang dengan taburan daun parsley dan cili merah yang dihiris nipis.

Mudah je kan, ayam masak kicap minyak bijan aku ni kan..hehehhehe..

Inilah hasilnya...


Selamat Mencuba!!!




Tuesday, September 9, 2014

Resipi: Sup Ayam Cendawan, Menu Pembangkit Selera waktu sakit tekak..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Bila sakit tekak, batuk..mulut pun mulalah terasa payau..makin apa pun macam tak berasa kan...makan pun terasa tak puas...maka terfikirlah nak buat sup..godek-godek fridge, susun atur bahan..oklah, jomlah buat Sup Ayam Cendawan..senang..lauk dan sayur, all in one dish kan...memang pilihan terbaiklah untuk aku yang memang tak larat nak masak banyak-banyak waktu ni...


Ni antara bahan-bahan yang diperlukan...

Ayam- Aku pakai 1/2 ekor je..



Then sayur-sayur dia, lobak merah, ubi kentang dan cendawan.

Aku guna 1 biji lobak merah, 2 biji kentang dan sebungkus cendawan..anggaran macam dalam bawah ni...



Ini pula bahan yang perlu untuk menumis..bawang merah, bawang putih, halia..dan cili padi. Cili padi tu aku tumbuk sikit..saja nak bagi rasa pedas-pedas sikit. Orang sakit tekak tak nak makan pedas, aku sebaliknya plak..


Aku hiris 1 biji bawang besar, 3 biji bawang putih, sedikit halia dan 5 biji cili padi, ditumbuk sedikit bagi bangkit rasa pedas tu...

Dan ini...Rempah Sup Cap 'O'..aku memang suka pakai rempah jenama ni sebab pada aku rasa dia lagi pekat berempah...rempah ni bancuh dengan satu cawan air...



Selain bahan-bahan yang ada di atas, jangan lupa lada hitam, kulit kayu manis, bunga lawang dan juga satu sup bunjut tu..ya, aku tambah jugak yang sup bunjut tu..satu je dahlah sebab dah bubuh serbuk sup juga kan..memang akan jadi sangat pekat jugaklah kuahnya...

Cara memasak dia, mudah je...

1. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan menumis iaitu hirisan bawang, bunga lawang, kulit kayu manis, lada hitam..tumis sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan bancuhan rempah sup. Tambah lagi 1 liter air. Masukkan ayam, lobak merah dan ubi kentang.
3. Bila air rebusan dah mendidih, masukkan ramuan dalam bunjut tu. Masukkan garam secukup rasa.
4. Bila daging ayam dah masak..masukkan cendawan. Biar seketika. Then, padamkan api.
5. Sedia dihidang.

Hasilnya...


Jom kita makan...hehehhe...

Sunday, July 20, 2014

Resipi: Ayam Goreng Berempah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Hari tu rasanya aku ada berjanji nak sharekan resipi Ayam Goreng Berempah yang dimasak untuk gandingan Nasi Lemak tu kan..so nil ah baru sempat nak share pun.
Ayam Goreng Berempah ni pada aku yang buat dia lagi sedaplah adalah pada bahan-bahan sampingan dia yang bersirat-birat tu..kalau macam kita makan goreng pisang, selalu nak request ‘keropok’ dia, macam tu lah.

Resipi ni aku buat mengikut citarasa akulah ya..

Bahan-Bahan:

Ayam (aku beli yang pek-pek tu, so aku pilih 4 ketul drumstick, 4 ketul kepak dan 2 ketul bahagian dada)

Bahan Perapan (Untuk dikisar)
4 biji bawang besar
5 biji bawang Putih
2 batang serai (dihiris nipis)
1 inci halia
Kunyit hidup
1 tangkai daun kari

Bahan Perapan (Akan digaulkan kemudian dengan bahan yang dikisar tadi)
Serbuk lada hitam
Serbuk kunyit
Serbuk paprika
Rempah kari daging (dalam 2 sudu besar)

Sedikit garam (salutkan garam dahulu dan biarkan ayam tersebut dalam 10 minit sebelum digaul bahan perapan lain)

Cara Membuat: 


1. Lumurkan semua bahan yang dikisar dan bahan perapan tambahan seperti yang dinyatakan di atas. Biarkan diperap selama satu jam.


2. Kukus terlebih dahulu selama 15-20 minit supaya isi ayam ini separuh masak. Lebih mudah untuk digoreng nanti dan supaya untuk mengelakkan ayam yang digoreng terlalu gelap dan garing di luar sedangkan tidak berapa masak di dalam.


3. Goreng ayam tersebut dengan taburan daun kari bagi membangkitkan bau dan rasa. Nampak tak yang macam berserat tu, itulah yang best tu... ;-)

Selamat Mencuba ya kawan-kawan....

Monday, May 5, 2014

Resipi: Ayam Goreng Kunyit


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Kengkawan..semalam masak apa? Saja nyibuk nak Tanya kan..atau makan kat luar aje? As for us, aku duduk umah je..sebab kakak macam dah xsihat…so aku pun taklah ke kedai semalam..duduk rumah, temankan kakak..sambil buatlah apa yang patut dibuat untuk mendapatkan title ‘Isteri Mithali’ kannnn…maka jomlah basuh baju yang berbeg-beg itu..ya, sebabnya last week, aku ke kursus di Cameron Highland, balik last Selasa, hari Rabu masuk office, bos antar aku pi satu lagi talk..khamis, off we go to Felda Residence Hotspring, Sungai Klah, Sungkai, Perak. Maka, beg aku pun tersadai. Incik Daus plak balik Rabu malam, dihumban lagi satu beg hasil outstationnya itu. Abis balik dari weekend getaway tu. U all rasa, berapa banyak lagi beg akan tersadai di hari Ahad yang permai ini… hmmm… akak terasa sangat pasrah…uhukk…uhukkk….
Wahhh..panjang dah intro aku ni..kate nak cite pasal masak-masak..skali pasal beg plak dah…ko nak masak beg ke kaedahnya ni Cik Puan Besar…??? Hehehhe..ampun akan kemelalutan aku okay…actually semalam, ajak mak aku melepak kat umah..saja, dah lama rasanya tak main masak-masak…buleh gitu? So aku pun menunjukkan master skills aku, eceh..ceh..master la sangat..setakat masak Ayam Goreng Kunyit, Ikan Kembung Singgang dengan sotong goreng tepung…sambil masak, sambil mendobi baju…  *tetap nak jugak citer pasal kain baju….orang lain pun basuh baju gak la erny oiiii…sudah2lah okay…*

So untuk hari Isnin yang permai ini, meh kita share resipi Ayam Goreng Kunyit dulu la ye…ringkas je, tapi saja..suke ati aku nak perasan hebat share resipi…hahahahh!
 
Bahan-bahan:

Isi Ayam (potong kecil-kecil, lumur garam kunyit, biarkan seketika)
Bawang Bombay (dihiris bulat)
Bawang putih (dihiris, kuantiti, ikut citarasa)
Cili merah (dihiris nipis)
Sedikit sos tiram

Sedikit serbuk lada hitam

Cara membuat:

1.       Goreng dulu isi ayam tadi, kalau suka garing, gorenglah sampai garing. Kalau tak suka, gorengla ikut yang you all suka ya…then toskan.

2.       Kemudian, tumislah bawang Bombay tadi ngan bawang putih. Agak naik bau, masukkan pula hirisan cili merah.

3.       Masukkan isi ayam yang dah goreng tadi, kemudian, masuk sos tiram dan serbuk lada hitam. AKu dh tak tambah garam dah sebab sos tiram tu pun dah masin kan…

4.       Tara…sudah siap! Tutup api tu, dah..silalah menghidang…

Friday, April 19, 2013

Resipi: Ayam Masak Merah


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Ok, seperti yang dijanjikan, ini resipi seterusnya iaitu Ayam Masak Merah…selain nasi briyani, ayam masak merah ini juga sangat padan kalau kita nikmati dengan nasi tomato…yummy!

Silalah cuba resipi ini…

Ayam Masak Merah



1 ekor ayam (1-1.5kg)
4 biji bawang besar
8 biji bawang putih
10 tangkai cili kering (kalau tak nak pedas, pakai cili kering yang saiznya besar atau lebar)
2 biji tomato segar
2 biji buah keras
Halia (dalam dua inci)
(Bawang, bawang putih, tomato dan halia dikisar)
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
(Sos tomato dan sos cili ini kuantitinya ikut selera masing-masing)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 batang serai (dititik)
Sedikit garam penambah perisa.

TAMBAHAN:

  1. 1 tin kecil kacang pis
  2. 1 biji bawang besar (dihiris bulat)

Cara Membuatnya:

  1. Ayam digoreng terlebih dahulu. Tak payah sampai garing, memadai separuh masak. Setelah siap, asingkan.
  2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang dimesin tadi. Kacau dan biarkan sehingga naik bau atau sehingga cili masak.
  3. Masukkan susu cair, air, sos tomato dan sos cili. Kacau dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ayam, serai, bunga lawang dan kulit kayu manis. Biarkan sehingga mendidih sekali lagi. Jangan lupa masukkan sedikit garam.
  5. Akhir sekali, masukkan kacang pis dan juga bawang yang dihiris bulat.