Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, May 31, 2013

Kuasa Lidah...Berkuasa gak tau!


Assalamualaikum & Salam Sejahtera…

Pic: Ihsan Mr. Google

Semalam saja bosan-bosan membaca..sebab aku rasa sangat mahu fikirkan sesuatu yang luar dari skop kerja…so aku terjumpa satu fakta menarik bahawasanya warna lidah juga boleh bantu kita kesan tahap kesihatan kita..hmmm…macam menarik kan?

So kengkawan, jom kita share2 info ini…

‘Diagnosis lidah’ ini mula dipraktikkan semenjak tahun 1600 S.M lagi di bawah pemerintahan maharaja cina, Dinasti Shang. Kemudian, kaedah ini mulai digunakan oleh tabib cina, pakar akupuntur dan mulai meluas dipraktikkan di kalangan pengamal perubatan.

Untuk permulaan, cuba kenal pasti apa warna lidah anda sekarang. Penunjuknya seperti berikut:

Sedikit kebiruan = Aliran darah yang lemah.

Pucat   = Kurang darah atau anda menghadapi gejala anemia.

Merah jelas = Anda mengalami gangguan tidur, stres, atau pengambilan kaffein berlebihan. 

Sedikit kekuningan = Anda mungkin mengalami gangguan fungsi hati.

Berbalam atau gelap = Sistem penghadaman yang terganggu.

Kesan gigi yang mudah tertera pada kiri dan kanan lidah = Sistem penghadaman yang   terganggu.

Permukaan lidah diselaputi keputihan yang tebal = Sembelit.

Gelap atau kehitaman   = Kesan merokok yang teruk.

Keputihan  =  Ketidakseimbangan hormon atau gangguan bakteria pada penghadaman atau mulut atau angin berlebihan dalam tubuh.

Merah jambu dan lembap  = Tahap kesihatan yang baik.

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)