Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, October 24, 2016

Jom Terokai Perak: 7 lokasi Art of Oldtown hasil terjemahan kehidupan di Oldtown Ipoh…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Last week bercuti seketika daripada blog…mood ke laut china selatan plak…busy juga last week, maka balik nak tidur je mata ni…Suri Hati Mr. Pilot pun jadi surirumahtangga mencari bantal dan katil aje..ahaks!

Ok, jom nak sambung sikit lagi story masa bersiar-siar di Pekan Ipoh tempoh hari. Pekan Lama Ipoh, sememangnya terkenal dengan kepelbagaian keindahan budaya masyarakat majmuknya. Pelbagai latar kehidupan menjadikan Ipoh sebuah pekan yang unik dan sangat klasik pada aku.

Bagi mengabadikan segala memori kehidupan masyarakat majmuknya ke layar mural, Projek Art of Oldtown telah dilaksanakan dengan ilham seni oleh Ernest Zacharevic pada sekitar tahun 2014 yang lalu. Bermula dari 7 lukisan mural, kini jika aku perhatikan sudah terdapat lebih banyak dari itu di mana ada di antaranya adalah ilham anak muda dari Ipoh sendiri. Pengunjung kini boleh juga menemui berbelas-belas mural tiga dimensi (3D) dan lukisan dinding yang memiliki pelbagai cerita tersendiri di belakang deretan bangunan lama di Jalan Sultan Yussuf, Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Sultan Iskandar dan Jalan Masjid yang terletak berdekatan.
Ok, untuk sesi lawatan kali ini aku bawa melawat ke 7 lukisan di bawah Projek Art of Oldtown terlebih dahulu. Itu pun, yang berjaya kami jengah dalam 4 lukisan. Baki 3 mural, dah tak larat nak jalan. Insya-Allah, kalau ada peluang lagi lepas ni…akan ku usahakan… ;-)



Ini adalah peta lokasi kesemua kawasan lukisan mural berkenaan. Ada GPS koordinat juga bagi memudahkan pengunjung untuk menjejaki kesemua lukisan mural ini.


Hummingbird. Pekan lama Ipoh sememangnya dikenali dengan pepohon tinggi yang masih setia di tengah bandar. Bangunan-bangunan lama juga kebanyakannya masih dikekalkan dengan di kelilingi keindahan alam. Pokok-pokok tinggi ini masih lagi dihinggapi burung-burung dan anda boleh dengar dengan jelas kicauan burung sewaktu lewat petang di sesetengah kawasan. Inilah di antara keunikan yang diambil untuk dijadikan lukisan mural yang terletak di Jalan Panglima, Ipoh.


Ipoh dan keenakan citarasa kopi sebenar. Apa yang dapat menyangkal fakta tentang ini. Malahan Ipoh White Coffee sering menjadi sebutan penggemar kopi. Inilah cara pelbagai lapisan masyarakat di sini menikmati kehidupan di kala santai…menyisip kopi O kaw yang beraroma…sedar-sedar, dah habis…hehehe…


Dalam banyak-banyak mural, mural inilah yang paling aku suka. Ia menggambarkan evolusi Perak khususnya di Ipoh ini dari sebuah pecan bijih timah kepada sebuah bandaraya yang membangun pesat. Pembangunan yang berlaku di sekitar Ipoh pada aku masih lagi diimbangi dengan pengekalan warisan sejarah dan budaya yang menjadikan Pekan Lama Ipoh ini bagaikan sebuah pekan yang sangat klasik.


Satu lagi lukisan yang menggambarkan Ipoh dengan satu menu yang paling simbolik- WHITE COFFEE. Lukisan mural ini boleh anda temui di Jalan Bandar, Ipoh.
Oh dan di bawah ini adalah lukisan paling cantik sepanjang perjalanan kami ini…


Hahha..xlah…mudah terhibur…hahaha…ini tuan punya blog beria bergambor hilangkan penat berjalan…


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)