Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Selesai
dah recap perihal minggu pertama kedua kakak bersekolah….so sekarang barulah
boleh sembang-sembang tentang percutian pendek keluarga ‘mini’ kami.
Tahun
lepas, memang aku akui kami tak ke mana sangat pun. Sepanjang tahun dihabiskan dengan siapkan
rumah, tunaikan apa yang dah diniat…dan kalut sana kalut sini..hahahha…tup..tup
hujung tahun. Mulanya memang tak ada nak plan ke mana sebab menjangkakan Movie
Animation Theme Park (MAPS) ini akan siap by July 2016. Jadinya, oklah, bawa
kakak ke situ. Apakan daya, tak berjaya disiapkan lagi. Maka ibu mulalah
terkial-kial baru nak fikir nak ke mana kita ni….
Oleh
kerana sudah berjanji untuk bawa kakak stay di hotel, yang ada swimming pool dan
kakak nak tengok haiwan. Ya, itulah pakej permintaan si kecik itu maka ibunya
ini pun haruslah akur. Janji harus dikota. Kakak dah bagi berderet A, lagi tak
nak tunaikan…kang dia boikot tak mau belajar kang…ibu menangis plak di bucu
katil…hahahha…so lepas pecah kepala, siap perbahasan lagi ngan Incik Daus…. Maka
kami pilih Taiping. Alasan sebab dekat, dan situ ada Zoo Taiping. Sorry kakak,
tak taulah kenapa hujung tahun itu ibu dngan bapak sangat lemau nak pergi
jauh-jauh.
So
we decided to book our stay at Flemington Hotel Taiping. Lama dah aku teringin
nak merasa stay dekat hotel ini sambil feeling-feeling Hindustan dapat bilik
mengadap Taman Tasik Taiping…hahahha…over kan!
Total
stay kami di sini 3 hari 2 malam. Ini bilik kami...kami booked 3 bilik semuanya sebab Maksu dan sepupu aku joint sekali...
Tak ada plan beria bagai sebab niat hati
hanya nak santai-santai saja. Mandi pool, makan, and repeat…hehhehe….
Ini
view dari bilik..memang ambil bilik yang mengadap tasik. Subhanallah, cantic sangat
kan. Ini view lepas hujan, berkabus…nyaman sangat perasaan.
Hotel
ini juga sangat ideal sebab senang nak ke Taman Tasek dan juga dekat nak ke Zoo
Taiping. Paling penting, HOTEL INI ADA SWIMMING POOL. Itu bukan requirement
ahkak ye dikkk..itu requirement anak ahkak itu…. Dan pool hotel ini terletak di
bahagian roof top.
Apabila
itu ada matlamat asal, maka kerjanya tiap hari di sini…celik bijik mata…dussshhhhh…terjunnn!!!
Nak suruh breakfast dulu pun sikit punya payah.
Breakfast
dekat hotel ini biasa-biasa saja. Not too fancy neither too bad. Normal choices
of breakfast.
Semua
breakfast seawal 7.30 a.m gara-gara budak kecik manja Opah ni nak terjun kolam.
Sebelum ahkak bagi u all menerokai pool hotel ini...ahkak nak bagi tau ahkak berjaya juga memulakan hari dengan berjogging di Taman Tasek Taiping ini...weehuuuu...
So
mehlah ahkak bawak meninjau kawasan kolam hotel Flemington ini.
Hotel
Flemington ini mempunyai dua buah kolam sahaja. Satu kolam kanak-kanak dan satu
lagi kolam dewasa. Gambar di atas adalah kolam kanak-kanak. Yang gambar bawah ini untuk dewasa....
Kolam dewasa sangatlah dalam okay, minimum height 5m
kedalaman….tinggallah dua inci je kepala ahkak ni dikkk…adulahai…scary!
Nampak
tak kegirangan kakak mandi-manda. Itu sampai kecut pun boleh. Tak kisah punya….
Ibu
mulanya tak nak mandi. Acah-acah cecah kaki. Hmmmm tapi akhirnya…
Tu diaaa…siap
berphotoshoot bagai…. Underwater, beside the water…semua ada…hahahah! You name
it baby..sampai geleng kepala Mak Siah…hahahha….bukan selalu..kih..kih…kih.
Ini view di sekitar pool...
Bagi
sesiapa yang nak stay di Flemington hotel ini, harga bilik kalau mengadap Taman
Tasek Taiping di antara 200++. Kalau bilik tak mengadap tasek, dalam 170++.
Ini
info tentang hotel Flemington…
Alamat: 1, Jalan Samanea Saman, 34000 Taiping, Perak.
Tel: 05- 820 7777
So
ke mana destinasi kami sepanjang di Taiping? Nanti ya aku share..tak banyak
tempat dapat pergi sebab hujung tahun….mendung dan hujan…. J
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)