Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera.
Hari
ini.
31
Disember 2016.
Ya,
hari terakhir di tahun 2016.
365
hari.
Itu
tempoh bilangan hari yang telah dilalui.
Jika
dihitung saat dan masa, pasti terasa takut.
Lama
detik waktu yang telah kita lalui, adakah kita lalui dengan sebaiknya?
Dunia
dan akhirat, seimbangkah kita?
Aku
akui 2016 adalah di antara tahun yang paling sukar bagi aku. Walaupun nampak
tenang, tetapi terlalu banyak ujian yang datang.
Alhamdulillah,
aku bersyukur kerana di sebalik dugaan itu aku belajar lebih tenang dan
positif.
Aku
adalah orang yang ceria, suka ketawa. Maka jadinya, aku cuba divert segala yang
negatif di persekitaran 2016 menjadikan sesuatu yang positif.
Apa
yang aku buat?
1. Aku declare putus cinta dengan MR. LEMAK.
Azam
nak kuruskan badan memang azam setiap tahun. Namun setiap tahun jugalah aku
bertangguh. Tahun 2016, alhamdulillah, berjaya juga aku realitikan.
Bayangkanlah, berat aku mencecah 80kg awal tahun 2016. Baju semua tak muat,
sendat padat! Alhamdulillah, by end of 2016 ini, aku berjaya turunkan 10kg.
Tahniah, syabas Erny!!! Hahahah….
Inilah
aku dulu dan sekarang…..
Nanti
Insya-Allah, aku kongsikan macam mana aku turunkan 10kg itu, tanpa sebarang
ubat kurus okay…..
2. Masuk marathon, walkhaton…dan
segala yang ada ‘Kak Ton’ di belakang…
Ini
pun bukan part of my azam. Semuanya salahkan adik office, Cik Nisa kita. Dia
yang mula pergi register masuk acara larian di UTP somewhere in August 2016.
Dan dari situlah kami mula masuk pelbagai acara lain.
Antaranya….
Walkhaton
6.6km sempena World Alzheimer Day
Run
For Reading, Oktober 2016 (10km)
Larian
Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah, November 2016 (10 km)
3. Hiking
Inilah
perkara yang paling lama aku tinggalkan. Alhamdulillah, berjaya juga aku panjat
satu bukit dalam tahun 2016 ini. Tapi dah jadi kontroversi…menyampah rasa hati
ini. Bayangkan kalau 10 bukit aku panjat, terus aku boleh masuk MELODIII!! Hahhaha….
So dah, lantaklah…malas aku dah….silalah yang dengki itu panjat…..!
4. Menunaikan ibadah korban.
Alhamdulillah,
terlaksana niat itu…hajat disimpan agak lama. Syukur pada rezeki yang dikurniakan Allah. Aku doakan semoga anda semua dilimpahi rezeki untuk menunaikan ibadah korban ini....Insya-Allah....
5. Siapkan renovation rumah.
Inilah
part paling kontroversi dalam hubungan kami this year…hahahha…susah betul nak
dapatkan masa dan jalankan kerja. Akhirnya, alhamdulillah….major renovation
done! This coming January, kami nak feeling2 décor bersama Eric untuk bilik
kami saja….save the best for last orang kata…hehehehhe….
6. Buatkan birthday party untuk
kakak di rumah
Despite
segala huru-hara antara renovation rumah dan sebagainya, dapat juga planned
theme party for kakak. Seronok tengok semua orang happy. Itulah harta paling
bernilai pada aku.
7. Tunaikan permintaan mak untuk
Discover Penang…done!
Mak
dulu dibesarkan di Pulau Pinang. Jadinya, tempat ini seakan memberikan memori
yang penuh sentimental buat mak. Mak suka ke Penang sebab makan-makan dan saja
nak jalan-jalan tengok perubahan Penang.
So here we go, Penang!
8. Perbaiki diri
This
is what I wanted to do every year. Memperbaiki diri untuk menjadi muslimah yang
lebih baik. Alhamdulillah, aku berjaya memperbaiki apa yang aku niatkan. Cuma
tak manis untuk dibicarakan lanjut di sini, dibimbangi menjadi riak. Cuma, aku
yakin, Allah akan gerakkan hati kita pada satu ketika yang tak kita jangka.
Teruskan berdoa, muhasabah diri dan istiqamah…Insya-Allah. Semoga kami dan kita
semua menjadi lebih baik hari demi hari. Insya-Allah…..
Ok,
itu 7 perkara yang paling ‘Wow’ bagi aku di tahun 2017. Bagaimana dengan anda
semua? J
Apa
azam 2017? Shhhhh…Biarlah Rahsia…
Nanti
aku recap je end of next year…..hehehhehe…
Apa
pun, mohon doa kalian untuk yang terbaik buat kami sekeluarga. Begitu juga kami
mendoakan yang terbaik untuk anda semua……
2017….
Please be good!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)