Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Seperti
yang dah dirancang…kami naik feri awal pagi tu, jam 8.15 a.m. Kalau feri
pertama dalam kul 7.00 pagi tu. Ada anak kecik ni tak gagah sangatla nak seawal
itu kan. Tiket masa sampai semalam Incik Daus dah beli siap-siap. Kalau x
jenuh, memang beratur panjang. Cuti sekolah kan…Cuma yang xbestnya, orang tiket
tu salah bagi tempat duduk. Nombor tu memang berturutan tapi jauh antara satu
sama lain. Kiranya satu nombor di hujung kanan, dan dua lagi sambungan dia di sebelah
kiri. Adeyyy, maka xdapatla kami duduk bertiga pagi tu.
Si
kecik ni, dia pun nak juga bawak beg galas. Galaslah beg ibu…aku pakaikan kasut
sport senang…xda nak tercicir ke..tercabut manik ke..tercabut tali ke apa
ke..maklumlah..si kakak ni pun ade ciri2 keganasan rumahtangga macam aku
jugak..hahahha..kasor!
Macam
ni kami kalau travel. Tak ada beg-beg ala-ala “Percaya…pada diri…” hehehe…AF le
tu..kami semua dilatih pakai bag pack macam gini je..senang..lipat baju gulung2
kecik2 je…jimat space…tak gitu?
Kakak
teruja naik bot. Dulu masa datang tahun 2012, kakak baru masuk 2 tahun..tak
paham apa lagi.
Suasana
pagi di Jeti Kuala Perlis…sejuk..damai aje…
Manja
ibu.. ;-)
Sekarang
ni suka sangat selfie dengan macam-macam mimic muka..adeyy kakak ni..ibu dahlah
signature pose senyum sengih nampak gigi…ni terpaksa plak buat muka
xcute..canner ni kakak? Hahahah…
Kalau
naik dari Jeti Kuala Perlis ni perjalanan ke Pulau Langkawi mengambil masa
kira-kira satu jam. Kejap je..sambil-sambil menikmati pemandangan luas lautan.
Tiket dari Kuala Perlis harganya RM 18 (bagi satu hala). Untuk kanak-kanak pula RM 13 bagi satu hala.
Bagi yang nak naik dari Kuala Kedah, perjalanan lebih kurang 1 jam 45 minit dengan kadar harga tiket seperti berikut:
Dewasa: RM 23 (satu hala)
Kanak-Kanak: RM 17 (satu hala)
Actually
percutian ke Pulau Langkawi ni bukanlah rancangan asal. Banyak tempat yang kami
list kan. Sekejap nak ke sana, sekejap nak ke sini. Tapi Incik Daus memang suka
je nak ke Pulau Langkawi. Dia dah khatam jugalah Pulau Langkawi tu sebab selalu
ke sana atas urusan kerja. So oklah..kali ni kita bagi peluang ikut pilihan
Incik Daus. So aku terus-terang, memang aku biarkan Incik Daus je uruskan semua
termasuklah tempat penginapan. Aku tawakal je bab tempat penginapan
tu..hehehhe..sebab selalunya memang aku yang booked semua. Incik Daus hanya
bagi sumbangan dana je selama ni..hehehe..sesekali nak gak merasa x menjadi
event planner kan…
Feri
yang kami naik nak ke sana ni best..ada pramugara..hahhaha…jual air dan
kuih-muih dari customer ke customer. Tapi waktu balik tak ada plak..agaknye
sebab pagi kot.
Sampai
saja ke Pulau Langkawi..memanglah lapar teramat sangat. Maka jadinya kami pun
cari makan dulu. Dekat jeti Pulau Langkawi ni tak banyak pilihan makanan. Ada
satu kedai mamak, food court, bread story..dan ada Kenny Rogers tak salah aku
di seberang jalan. So kami pilih nak makan di food court ingatkan banyak
pilihan. Ermmm, tak sangatlah. Dan kebetulan kami sampai awal pagi, ada yang
masih xstart jualan.
Alih-alih..bedal
rotilah dulu…
Si
kakak setia dengan makanan berasaskan mee dan sup…ish..ish..kakak ni susah nak
makan nasi..pening kepala sebab ibu ngan bapak hantu nasik..sekali dia..mee,
pasta…adeyyy…
Muka marah sebab ibu ambik gambar kakak tengah makan..heheheh....masam sangat tu..kih..kih..
Selesai
makan semua..jommmmm…
Apa
lagi check-in lah…kami check in dulu..then tinggal beg kat stor simpanan
barang. Bilik usah haraplah dapat masuk sebab baru kul brapa..12…
So
mana kami selepas ini…tunggguuuuu..esok I story ye… ;-)
Babaik
u alls…..
wah seronoknya
ReplyDeleteye betul anumm...teruja all the way...hehhehe...
Delete