Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Apa
khabar u all semua….aku semenjak minggu sudah badan terasa macam nak demam.
Masih cuba bertahan untuk tidak mengambil MC. Pekerja cemerlang memang macam
ni..hahahah….
So, hari ini aku nak sudahkah kisah birthday girl
iaitu aku dan kakak…weehuuu…
Tahun
ini aku baru perasan kami kurang bercuti sebaliknya masa lebih banyak digunakan
untuk organise acara makan-makan bersama keluarga…factor usia barangkali…ewah!
Insya-Allah kakak, tahun depan kita cuba untuk berholiday kembali ya…
Jujurnya,
ini adalah kali pertama kami membuat keputusan untuk menganjurkan Majlis
Sambutan Hari Lahir kakak di rumah. Setiap tahun dari usia kakak setahun,
selalunya kami akan buat di tempat lain. Aku ada takrifan tersendiri tentang
sambutan hari lahir kakak. Jadinya aku nak kakak tahu bawaha tak semua orang
mempunyai hidup yang indah. Rezeki harus dikongsi dan jangan dilupa pada arwah
adik yang telah tiada.
Bagi
tahun ini, idea nak buat majlis ini pun actually sangat last minute. Antara nak
atau tak..sebab rumah pun baru sudah renovate, memang ada rupa kapal Titanic
nak karam jugaklah. Then after some discussions dengan family, kami teruskan
juga dan rumah mak dijadikan lokasi. Kebetulan angah pun nak buat kenduri
kesyukuran sempena kenaikan pangkat dia.
Tahun
ini kami memilih untuk buat tema My Little Pony as requested by the birthday
girl. Alhamdulillah, kakak dah makin berani mengendalikan kuda. Ya, kakak
tengah belajar menunggang kuda. Pada aku, bagus juga belajar bawa kuda ini
sebab dia melatih keseimbangan tubuh dan fokus. Nanti Insya-Allah, aku up kan
entry tentang kelas kuda kakak.
In
about one week, aku bertungkus lumus cuba usahakan juga tema My Little Pony.
Masalahnya, masa ini belum banyak barangan Little Pony yang ada di Ipoh. So aku
buatlah sendiri mana yang mampu dengan nilai kekreatifan yang ada..ewah…
Goodies
beg kakak all done…. Sticker tu ibu custom made sendiri okay…takda tempah2,
jimat…hahahha….
Semua
wording pun buat sendiri…ampunkanlah saya ye…saya bukan graphic designer…hahahha…so
mana yang mampu diusahakan sajalah ye….in fact like I said, ini her first
birthday yang beria macam ni..sebelum2 ni, beria juga tapi dari sisi yang amat
berbeza….
Ya,
kita perlu gunakan semua tenaga kerja yang ada….ditemani mandor kecik…she
exactly like me…pandai bab memantau ni…hahahha…so dua2 Daus kat belakang tu
silalah bekerja dengan penuh kesopanan…. She watching u both! ;-)
Stok
aiskrim Malaysia, ini pun aku gigih buat sendiri. Aku actually ada perangai
sikit, aku lebih suka tetamu makan makanan yang dihasilkan dari air tangan tuan
rumah…so mana yang selagi upaya buat sendiri, jomlah kita buat. Mana yang tak
upaya tu, kita tempahlah juga. Memang jenuh juga aku menggentel plastic aiskrim
ni, aku buat dalam 100 lebih jugakla…dalam masa sehari. Ada perisa milo, sumi
jelly, asam ko dan oren.
Tadaaaa…wording
banner siap ditampal….aku print guna art card glossy dekat kedai Taman Cempaka.
Ini
antara sajian manisan untuk birthday kakak.
Rainbow
Dash Cake. Istimewa untuk kakak dibuat oleh Bake O’Clock Homemade. Kalau nak
terjah, silalah ke FB Sis Diyana. Aku sangat berpuas hati melihat hasil kek
ini. Tak sangka sebesar itu Rainbow Dash kakak. Keknya sangat sedap, xmuak bila
makan. Rainbow cake with cream cheese. Aku tak fancy sangat kalau kek terlampau
manis tapi kek ini sangatlah balance dari segi rasanya. Dan lembut gebu.
Ini
pula Chocolate Indulgence….ini kek surprise untuk IBU…eh..eh…ibu pun ada kek…hahahha..untung
birthday dekat-dekat dengan anak…so semua orang tak boleh buat-buat lupa
especially bapaknya…hehehhehe…errr, sorry, gambor terbalik…ampun…hehehe
Brownies
superlicious dari Tok Ma….khas untuk majlis hari ini. Tok Ma kakak pun memang
pakar bab2 buat kek.. untung kan… ;-)
Cheese
Tart juga dari Bake O’Clock Homemade…
Conga
Bar dari Tok Ma…
Kakak
bersama Opah dan kawan2…Opah and the Hologram…eh..eh… ;p
Untuk
birthday kali ini, Mak Ngah dan Opah buat kejutan mengimport maskot Marrybrown
ke rumah…. Kalau u all nak pun boleh juga, tapi kena ambik pakejlah…kena bayar
juga ya walaupun adik I kerja kat dalam tu…hidup ini janganlah asyik suka nak
benda free sebab ada orang dalam, mak I marah buat perangai cam tu… ;-)
Kemudian,
marilah kita memberikan perhatian sepenuhnya kepada gambar-gambar berikutnya….
Ya,
boleh agak tak siapa yang over excited? Adakah anaknya, atau ibunya atau
bapaknya…hahhaha..xpe..xpe, simpan saja dalam hati jawapan anda itu…. I faham…hehehehe…Oh
sebelum aku lupa, Incik Daus pakai gitu sebabnya kami mulakan majlis dengan
menjemput tetamu dari Masjid untuk turut serta bagi Doa Kesyukuran dan juga
Tahlil….so dia dah tak sempat nak tukar outfit..maka terpaksalah I redha dengan
Berboyfriendkan pakcik kopiah sepanjang majlis..hahaha….
Selain
daripada makanan manis-manisan…kami letakkan juga buffet line di luar. Aku
memang lupa langsung nak ambik gambar buffet line…
Antara
yang ada, kari daging, roti jala..doughnut, laksam, agar-agar, ayam goreng,
nugget…dan banyak lagilah.
Selesai
acara potong-potong kek, untuk anak-anak ada games yang dikendalikan oleh Team
Marrybrown yang sangat sporting. Adik bongsu I jadi Sound System Man…hahahha…apa
guna ada ahli keluarga multi-tasking kalau tak digunakan…sila..silalah guna..ya
tak… ;p
Alhamdulillah,
anak-anak semua happy sangat…
Dua
kembar lelaki ini, bukan main pandai lagi menari…suka aku menengoknya…lentik
betul bila dia gelek…hehehhe…
Bergambar
bersama family. Thank you so much for making time for us to celebrate this
happy moments….
Kakak
dengan kawan-kawan sekampung…. Dulu, ada di antara ibu ayah anak-anak ini kawan
sepermainan ibu…melasak bersama, pergi sekolah bersama. Ibu dulu taklah nakal
sangat tapi setakat bergayut mcm tarzan kat gua tepi rumah Opah ni dah macam
aktiviti rutin di petang hari. Hahahaha….
Ini
pula all the teachers and assistant from Little Caliph Bandar Baru Putera,
thank you so much for your presence on our precious day…we really appreciate
it!
Terima
kasih juga kepada rakan-rakan pejabat yang sudi meluangkan masa untuk hadir…I
tak jemput semua…orang limited edition macam I ni haruslah jemput yang limited
edition juga…hehehhe…. Cuma backdrop burfday makin hujung majlis dah makin
togel…hahahha…
Suka
kakak dengan hadiah-hadiah yang dapat. To all, thank you so much for the gifts
and most of all for your time… Kakak say thank you…kakak happy sangat.,… ;-)
Terima
kasih banyak-banyak kerana sudi hadir ikhlas dari kami sekeluarga. Semoga anda
semua mendoakan kesejahteraan hidup kami sekeluarga..dan kami juga mendoakan
kebahagian hidup anda semua dunia akhirat…Amminnn Ya Rabb….
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)