Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, December 7, 2016

Resipi: Cara Membuat Aiskrim Sumi Jelly Yang Pernah Viral Itu….

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Berapa ramai di antara anda semua yang masih sukakan aiskrim Malaysia? Pada aku, aiskrim Malaysia ini sangat klasik malah menjadi di antara memori yang sangat berharga dalam hidup jika diimbas kembali saat kanak-kanak. Arwah Opah memang rajin buat aiskrim Malaysia. Selalunya aiskrim Asam Ko yang menjadi kegemaran seisi keluarga kami. Incik Daus pun memang suka Aiskrim Asam Ko berbeza dengan aku dan kakak yang lebih gemarkan aiskrim Milo. Mungkin sebab aku tak makan asam. ;p

Jadinya, untuk majlis sambutan harijadi kakak tempoh hari, aku cuba buat aiskrim yang pernah menjadi fenomena Masyarakat Malaysia di laman sosial…

Tadaaaaaaa….


 Aiskrim Sumi Jelly

Bahan-bahan yang diperlukan:


3 paket sumi jelly (ikut juga pada jenis sumi dan saiz, jadinya jumlah boleh jadi lebih banyak atau lebih sedikit)
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
4 tin air (disukat menggunakan tin susu yang telah kosong tadi)
Secubit garam bagi membangkitkan rasa lemak manis

Cara Membuat:

1.    Masukkan susu cair, susu pekat, air dan garam ke dalam periuk. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih. Pastikan anda kacau perlahan dan tidak meninggalkan campuran ini mendidih dengan sendiri bagi mengelakkan dia masak mendadak dan berbuih keterlaluan.
2.    Apabila sudah mendidih, padamkan api dan biarkan sejuk dahulu.
3.    Sumi Jelly yang telah dibuka tadi, di potong (saiz tak kisah) menggunakan sudu. Aku gunakan sudu sebab senang, lepas potong boleh dicedok masukkan terus ke dalam plastik aiskrim.
4.    Kemudian masukkan adunan susu tadi, diikat dan digoncang.
5.    Sejukkan dalam peti sejuk anda, paling bagus biarkan semalaman barulah beku elok.



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)