Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, December 17, 2016

Dear Zindagi.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Dear Zindagi, Dear Life…Ya, kehidupan….itulah maksud tersirat filem terbaru lakonan Shah Rukh Khan dan juga Alia Bhatt. Ok, aku bukan nak menulis ala-ala pengkritik filem..apa yang aku bakal tulis ini adalah berdasarkan apa yang aku rasa sepanjang menonton filem ini.


Aku bukanlah peminat filem Hindustan tegar. Memang semenjak banyak filem baru yang muncul, rasa macam tak minat dengan pelakon Hindustan versi baru. Over semacam aku rasa, semua sibuk nak tayang body.

Cuma bila terbaca sinopsis tentang Dear Zindagi, terasa macam nak pergi tengok. Dan ternyata, aku menangis beria-ia…hahahha….aku tak tahulah, mungkin most of the part terasa terkesan dihati.

KETAKUTAN…perasaan takut yang ada dalam diri yang adakalanya membuatkan kita pilih jalan yang sangat susah dalam hidup iaitu dengan menyeksa diri kita. Kita cuba membuat keputusan awal dengan mendahului KETAKUTAN lebih daripada rasional. Kita pilih untuk act like a cool girl in town walau hakikatnya kita tak cool langsung. Kita pilih untuk simpan rasa sedih, marah, dendam jauh ke dalam diri SENDIRIAN sebab kita rasa kita cool, kita hebat. Tapi kita tak sedar yang hakikaynya kita sedang mental tortured diri kita. Sedikit sebanyak itulah yang adakalanya aku lakukan.

Filem ini memaparkan Kaira seorang sinematografer muda yang mempunyai kisah hidup di zaman kanak-kanak yang menyedihkan bila mana perniagaan bapanya di Goa mengalami kerugian. Akibat itu, dia perlu untuk tinggal bersama datuk dan neneknya. Dalam dirinya sudah tertanam bahawa dia perlu untuk menjadi seorang yang kuat, segala masalah dirinya dia perlu atasi sendiri. Dia sering berperang dengan emosinya sendiri dan mengharapkan orang memahami dirinya tanpa dia mahu melepaskan kisah silamnya sendiri.

Memetik kata-kata Einstein, “He/She who does the same thing every day and expects a different result every time is crazy. Sometimes, we need to be the ones to set ourselves free”.

Aku bersetuju dengan apa yang cuba disampaikan menerusi watak SRK sebagai Dr. Jehangir Khan (Dr. Jug) dalam filem ini….





NOTA: Semua gambar adalah dari carian di google.

Ya, adakalanya dari zaman kanak-kanak kita telah diasuh dengan pelbagai peraturan dan adab cara kehidupan atau apa yang lebih mudah untuk kita sebut sebagai NORMAL. Apa yang NORMAL? Bila zaman kanak-kanak, kita menangis inginkan perhatian sebaliknya kita dimarah sebab mengada-ngada. Apabila kita rasa marah kepada yang lebih tua, menjadi taboo bahawasanya yang layak marah adalah orang tua dan bukannya budak-budak. Selamanya kita membesar dengan segala aturan sebagai UNDANG-UNDANG HIDUP tanpa kita sedar kita membiarkan ketidakstabilan emosi kita berpanjangan.

KESIHATAN MENTAL adalah di antara skop lain yang cuba diangkat sebagai mesej di dalam filem ini. Isu yang sering dibiar sepi oleh masyarakat kita. Bagaikan takut untuk berjumpa Pakar Psikologi atau Psikiatri jika mengalami tekanan perasaan. Bimbang dengan status GILA yang bakal dilabel oleh masyarakat. Aku akui topik ini sangat dekat dengan aku memandangkan arwah Abah bekerja dalam line berkaitan. Waktu kanak-kanak, aku sering ikut abah bekerja di Hospital Bahagia. Melihat abah melayan pelbagai karenah pesakit. Apa yang memeranjatkan ramai yang mengalami pelbagai masalah kesihatan mental zaman sekarang adalah GOLONGAN MUDA. Pastinya itu bukan satu petanda yang baik.

Terlalu banyak tekanan hidup yang dialami. Kita terlalu banyak membiarkan apa masyarakat ‘pandang’ kita sebagai satu ‘peraturan’ atau ‘hukum’ yang wajar kita ikuti. Kita takut membiarkan kita menjadi unik dalam cara kita yang tersendiri.
Banyak pula aku membebel kan..hehehe. Filem ini sangat ringkas dan tanpa lagu yang meleret-leret dan tukar baju sampai berkali-kali hanya untuk satu muzik video. Cumanya kalau anda sejenis yang cepat bosan dan tak sabar untuk mencantum setiap maksud tersirat…ini bukanlah filem yang wajar ditonton. Tapi bagi aku…menonton filem ini bagaikan satu kelegaan yang amat sangat.

Sebabnya, SRK pesan…..

Dear LIFE,
See the sun is up. The sky is blue.
Sort of beautiful. So it’s ok if you are not ok.
As long as you take care of one person….
And that one person is YOU…..


So, move on…and be good to your own self….


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)