Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Minggu
sudah hari Jumaat jugalah…dalam pukul 10 malam macam tu tiba-tiba rasa teringin
sangat nak makan butter cake. Punyalah teringin sampai aku nekad nak buat
sendiri. Hahahhaa…sindrom orang perempuan, biasalah. Kalau rajin, tak
menyempat, kalau mood malas…kirim salamlah nak buat… ;p
Aku
pilih untuk buat kek butter yang ringkas menggunakan resipi asas dari Kak Azie…Ini
link resipinya Resipi Asal Moist Butter CAke: Azie Kitchen , Cuma aku olah serba sedikit ikut keinginan tekak aku pada waktu
itu. Aku actually memang lebih prefer kek yang plain macam butter cake, orange
butter cake…dan aku juga lebih menggemari kek klasik seperti kek pandan, kek
pisang atau kek marble susu. Kalau kek yang moden sedikit, aku prefer cheese
cake.
Untuk
tak membebel panjang, jomlah kita segera melihat resipinya…hehhehe… Bahan-bahan,
gunakan apa yang ada di rumah sahaja.
Yang tak ada dalam gambar adalah susu segar, lupa pula nak masukkan dalam gambar... |
Bahan
bahan:
250
gram butter (aku guna jenama SCS
manakala kak Azie gunakan jenama Anchor)
250
gram tepung naik sendiri
180
gram gula kastor
4
biji telur
1/2
cawan susu segar
*2
sudu besar sunquick oren
*1
sudu kecil esen vanilla
(Bahan
bertanda * aku tambahkan sebab aku inginkan wangian oren dan perisanya di dalam
kek butter itu)
Cara Membuatnya:
- Panaskan oven dalam 20 atau 30 minit.
- Pukul butter dan gula hingga kembang, gebu dan bertukar warna menjadi putih (low speed kemudian sederhana kemudian high speed).
- Masukkan telur sebiji demi sebiji di selang seli dengan tepung. Masukkan susu segar dan pukul lagi sampai sebati.
- Masukkan dalam loyang saiz 8-9" yang telah dilapik baking paper atau dispray terlebih dahulu.
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 180C selama satu jam. (kalau mengikut resipi asal Kak Azie, Kak Azie hanya bakar kek ini selama 40 minit, tapi kek aku masih belum cukup masak setelah 40 minit). Jadinya aku tambahkan masa sehinggalah kek itu siap dimasak setelah satu jam. Api, gunakan atas bawah ya.
Aku sukakan bau kek ini apabila masak...wangi sangat bau oren tu. Sebenarnya kalau nak lebih wangi, gunakan pati oren yang asal tapi mana nak cari buah oren malam-malam kan....so guna sajalah apa yang ada..heheheh...
Tekstur kek ini sangat kena dengan tekak aku. Keknya tidak terlalu ringan tetapi moist dan tidak juga terlalu manis. Memang syok sangat makan kek dengan secawan teh o panas atau kopi o kaw. Incik Daus malam tu juga try makan...dalam dok try abis jugalah setengah kek...hehehhe...tak sempat tunggu sejuk betul.
Alhamdulillah.... resipi yang sangat mudah untuk ada cuba...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)