Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, December 10, 2016

Donut Paling Sedap, Lembut, Gebu dan murah di Ipoh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Orang kata, barang baik kena kongsi..jangan simpan sorang..heheh..

So hari ini aku nak share di mana nak dapatkan donut gebu dan sedap di Ipoh ini. 

Lokasinya adalah seperti berikut:

Kisya Bakery

Alamat:              No. 20, Jalan Greentown 1, Greentown Nova,, 30450 Ipoh, Malaysia
Waktu Perniagaan:  10a.m – 7.00 p.m
No. Tel:                       012-5188501(Puan Zakina Mohamad Zohaidi)


Nampak tak kakak dan Opah berjalan penuh keterujaan menuju ke Kisya Bakery itu… ok, kalau ditanya landmark, lokasi kedai ini terletak satu row dengan Butik Ariani dan Butik Ratu, di seberang jalan pula adalah UniKL.

Inilah donut yang sangat best itu…


Gambar ini aku ambil dari FB Kisya Bakery sebab aku tak sempat nak ambil gambar proper…hehehhe…


Inilah gambar dari dalam plastik sebelum donut ini selamat menuju ke perut…heheheh…

Besar dan gebu kan..dan harganya adalah sangat-sangat berpatutan…Hanya RM 1 sahaja untuk sebiji donut ini.

Selain dari size biasa ini, anda juga boleh memilih untuk beli dalam saize comel-comel begini…


Harga 1 cucuk pun masih sama iaitu RM 1.

Donut inilah yang kami tempah untuk birthday kakak hari itu. Bagusnya, donut ini tetap lembut walaupun setelah dua hari. Gulanya juga masih kekal jika disimpan dalam bekas dengan elok.

Selain dari donut, mak sangat menggemari egg tart Kisya Bakery ini.


Mak kata rasanya sangat sedap..lemak elok dan tak muak makan. Aku tak boleh nak komen sebab aku tak makan egg tart. :p

Jadinya, bagi yang teringin nak rasa donut best ini bolehlah ke Kisya Bakery. Better datang awal sebab cepat sangat habisnya. Masa aku datang ini kedai baru dibuka tapi dah ada yang beratur memborong donut berbungkus-bungkus.

Ok u alls…tatatititutu…dan selamat berhujung minggu! 



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)