Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Apa
khabar sahabat maya sekalian? Hari ini ingat nak berkongsi pengalaman waktu
pergi training baru-baru ini. Bukan pengalaman beria sangat, Cuma teruja nak
share apa rasa pergi training menaiki public transport.
Sejujurnya,
lama dah aku tak naik public transport ini. So rezeki agaknya bila kena pergi
training menaiki public transport. Actually aku boleh je drive kereta sendiri
bila transport company fully booked. Cumanya malas pula nak drive, so why not
to try naik ETS. Punyalah gayat, Uber, My Cab bagai, semua pun aku install kat
hadphone. Sesekali orang kata, apa salahnya explore. J
Aku
naik ETS dari KTM Ipoh. Harga tiket ETS adalah RM 35 (sehingga artikel ini
ditulis), dan dianggarkan perjalanan ke KL mengambil masa dalam 2 jam setengah.
ETS ini ada Gold dan Silver. Yang Gold tu tak salah aku, lebih cepat sebab
lebih kurang pit stop dia.
Bila
sampai KL Sentral, memusing aku cari kaunter tiket ETS…hahahha…punyalah rabun.
Walhal, sebaik sahaja keluar dari area ETS tu, kaunter tiket adalah sama aras.
Tip dia, you all keluar je dari ETS entrance tu, cari pintu yang menghala ke
Hotel Le Meriden, Nampak kaunter tiket teksi, u all ke kanan. Di hujung
tersembunyi sikit, itulah letaknya kaunter tiket ETS.
Sampai ke kaunter, berderau darah aku bila adik yang jaga kaunter tiket itu cakap, tiket ke Ipoh semua dah penuh untuk hari Jumaat yang aku nak balik itu. Kalau ada pun, hanya baki 8 tiket, itu pun jam 4.00p.m. Itu pun, aku kena ambil nombor giliran macam biasa. Bila aku tengok ramai yang menunggu, hati berdoa, semoga salah satu dari 8 tiket ke Ipoh tu jadi milik akulah hendaknya. Mintaklah yang menunggu ini nak beli tiket ke lain dan bukan ke Ipoh…hehehhe…boleh gitu.
Muka
masih mampu senyum walau dalam hati memang berdebar gila. Satu lagi aku nak
kena fikirkan, boleh tak trainer lepaskan aku balik awal sedangkan kelas habis
5.30p.m. Aku tawakal, beli dulu tiket.
Alhamdulillah,
berjaya juga aku dapat tiket. So settle satu bab.
Now,
macam mana ke gayanya nak beli tiket teksi untuk ke hotel. Aku tak sempat snap
gambar kaunter. Cumanya, di KL Sentral, memang you all kena beli tiket dulu
sebelum dapat naik teksi. Ini kalau di aras dualah. Kalau yang di bawah tu
(yang hala jalan besar ke Brickfields tu, aku rasa situ tak payah beli tiket).
So,
inilah tiket teksi dengan harganya. Satu hala untuk ke Hotel Crystal Crown,
Petaling Jaya harganya adalah RM 21.
Hujan
lebat mengiringi perjalanan aku ke Crystal Crown. Satu lagi tip aku bila naik
teksi ini adalah sms/wassap nombor kereta dan nama pemandu kepada keluarga,
kawan rapat dan juga suami. Ya, aku paranoid to that extend semenjak aku pernah
ada kes dengan pemandu teksi waktu kerja di NTV 7 dulu.
Alhamdulillah,
dalam setengah jam aku pun sampai ke hotel.
Buka
saja pintu bilik, syoknya sebab bilik sangat besar ok. Yang tak bestnya sebab
aku seorang …hehehhe…so marilah selesaikan tuntutan agama sebelum aku nak recce
tempat training aku. Then boleh aku rancang Plan A dan Plan B. Hahahhaha…yes,
aku memang sangat typical….suka plan. ;p
Di
Crystal Crown ini ada disediakan shuttle bus juga untuk perjalanan awal pagi
(8.00 a.m) dan juga perjalanan petang satu trip iaitu sekitar jam 3.00 p.m.
Antara hentian yang dilalui adalah Midvalley, LRT Asia Jaya, Sunway Pyramid….syok
betul kan…hehehhe….
Menurut
maklumat dari pihak MIIM..oh ya, aku training dekat Malaysian Institute Of
Management Malaysia (MIIM)….kalau walking distance ke sana dari hotel mengambil
masa anggaran 30 minit. Aku tanya pula pihak hotel, adik tu cakap dalam
15minit. Cumanya aku nak kena naik dua jejantas. So jom kita explore. Setkan
apps untuk rekod jarak dan masa.
Pada
aku, agak selesa untuk berjalan kaki ke MIIM sebab laluan pejalan kaki dia
sangat luas.
Ok, sebelah sana itulah destinasi aku. Di sebalik bangunan yang
aku tandakan bulat itu.
Aku
tak tahu pula Bangunan Finas adalah bersebelahan hotel. Bukan dekat Zoo Negara
ke? Ke dah pindah? :p
Then
aku lalu jejantas pertama yang menghubungkan dua buah sekolah.
Ini
pula view dari Jejantas Kedua. Actually aku tak perlu naik pun jejantas kedua
ini. Sebabnya Jaya 33, adalah di sebelah kanan jalan.
Taraaa…itulah
dia tempat training aku…Jom cari Tower 1.
So
ini pula jarak dan masa yang aku ambil dari hotel untuk ke sini. Jalan santai
sahaja…
Hari
nak balik pun, aku hanya berjalan ke LRT Asia Jaya sebab aku Nampak ramai yang
berjalan. Aku check google maps, hanya 1.2km sahaja jaraknya dari Plaza 33. So
why not..ewah! Alhamdulillah, jogging and running banyak bantu pulihkan stamina
aku yang dulunya asyik ke laut dalam. J
Ini
pula total jarak dari hotel ke Plaza 33, dan dari Plaza 33 ke LRT Asia Jaya.
Sedikit
info, aku baru tahu yang kalau nak minta resit LRT kena minta dari kaunter. So
petugas kaunter akan tulis resit manual. Beli coin ticket tu tetap kena beli
dekat machine dia. Walaupun ada tertera perkataan resit pada mesin tersebut
tapi still tak boleh request resit dekat mesin itu. Pelik betullah…
Hari
aku balik adalah Jumaat. So kelas stop at 12.30noon, jadinya awal jugalah aku
sampai ke KL Sentral. Alhamdulillah trainer dan rakan sekelas sangat memahami
sebab tiket habis. Baru aku teringat, esoknya itu dah start cuti sekolah. Apa daaaa…padanlah
tiket habis.
Jadi
aku rancang nak ke NU Sentral sekejap sebab nak carikan gift untuk teacher.
Kakak ada konvo keesokkan harinya so boleh bayang tak kelam-kabutnya aku.
Aku
pun plan nak simpan beg. Barulah aku tahu rupanya kalau nak simpan beg dekat
locker di KL Sentral ini kena guna face detection. Fuyoooo…hahahha. Terasa diri
sangat ketinggalan zaman ok. Harga yang tertera adalam RM 30. Sibuk aku dok
baca instruction, pekerja dia bagi tau harga hanya RM 10 sahaja.
Inilah
dia..so u all kena ambil gambar muka tiga kali. Settle 3 kali barulah pintu
loacker yang telah ditempah (key in nombor dia), akan terbuka dengan
sendirinya. Hebat tak? Hahahha… Macam itu jugalah waktu nak ambil nanti. Kalau
tak sama mukanya, habislah…hahahah…
Oh ya, bagi sesiapa yang musykil...aku actually attend this training in MIIM...
Oh ya, bagi sesiapa yang musykil...aku actually attend this training in MIIM...
Key Account Management. Belajar macam mana untuk uruskan potential client atau investor bagi syarikat. Mula-mula tu, hati ada sedikit risau bila melihat kepada module dan memikirkan aku bukanlah minat sangat pun buat marketing atau sales atau apa sahaja yang berkaitan. Cumanya, kita sebagai pekerja terpaksalah redha dengan sebarang perubahan. Cewah..positif kan aku...hehehhe...
Jadinya..inilah hotel aku menginap dan dengan semangat penuh berkobar-kobar maka aku bawalah kaki ini melangkah...
Jadinya..inilah hotel aku menginap dan dengan semangat penuh berkobar-kobar maka aku bawalah kaki ini melangkah...
Bila first day masuk kelas, bertambah-tambah aku risau. Semua peserta adalah LELAKI. So terkontang-kanting kejap aku. Trainer pun LELAKI. Adulahai....ngeri tau. Namun alhamdulillah...segala urusan sepanjang di sini dipermudahkan. Semua baik-baik dan sangat banyak membantu memberikan idea, berkongsi pandangan dan juga memberikan motivasi pada aku yang sangat amatur ini...ewah! Yes, in this line aku sangatlah naif. Tapi aku yakin, Allah maha mengetahui..Insya-Allah...
Inilah rakan sekelas aku...rasa muda sikit pakai term rakan sekelas...semuanya otai2, tip top pengalaman masing-masing.... ;-) Terasa diri sangat kerdil dan comel..eh..eh..did I mention I comel? hahahha....
Oklah...itu jelah kot..ini pun dah jadi artikel panjang...hehhehe...Aku harap adalah isi perkongsian ini dapat dijadikan manfaat berguna bagi sesiapa yang mungkin nak travel ke area MIIM dan Crystal Crown guna public transport macam aku.
Inilah rakan sekelas aku...rasa muda sikit pakai term rakan sekelas...semuanya otai2, tip top pengalaman masing-masing.... ;-) Terasa diri sangat kerdil dan comel..eh..eh..did I mention I comel? hahahha....
Oklah...itu jelah kot..ini pun dah jadi artikel panjang...hehhehe...Aku harap adalah isi perkongsian ini dapat dijadikan manfaat berguna bagi sesiapa yang mungkin nak travel ke area MIIM dan Crystal Crown guna public transport macam aku.
Mehla
layan juice favourite aku sementara menunggu train sampai….
Jumpa
lagi dalam next entry ya kawan-kawan sekalian….
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)