Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Skybridge
ni memang dari bawah lagi aku doklah beria-ia nak pergi. Masa 2012 dulu,
Skybridge ni masih ditutup. Masa beli tiket di kaunter tu, xda la plak adik tu
explain apa-apa. DIa Cuma cakap akak xnak cuba ke Sky Glide, RM 15 tak salah
aku per ride. Aku tanya kalua jalan biasa cammana? Dia kata, daki tangga..ok je
kak..tapi sempit skit laluan dia. Maka aku pun dengan penuh bergaya memilih
untuk menggunakan jalan biasa sahaja.
Ok..cuba
lihat pemandangan pertama ini…
Huhuhuhu..aku
dah mula gayat…bolehke ni..bukan setakat kecik jalan dia..tapi sangat mencabar.
Kiri kanan adalah hutan di mana kalau tergelincir agaklah malang.
U all hanya
ada batang paip ke besi ntah tu yang disambung sebagai pemegang. Kalau ada
orang dari arah bertentangan..pandai-pandailah kecikkan badan dan beri laluan.
Tengoklah pada waktu dan ketika itu laluan siapa yang banyak skit space untuk ‘parking
tepi’. Kesian aku tengok ada makcik-makcik mengah2 naik. Ada one Chinese auntie
tu siap bebel..teruknya..jauhnya..kita sudah bayar pun ini macam ka jalan…hmmm..ye..walau
setakat lalu kat laluan cam gini pun kena bayar jugak ye..dalam RM 5 per entry bagi dewasa manakala RM 3 bagi kanak-kanak.
Perjalanan
untuk sampai ke Skybridge ni adalah mengambil masa di antara 20-30 minit.
Nampak macam ala kejap je..tapi nak naik turun tangga yang curam tu yang
masalah dan memakan tenaga yang banyak jugaklah. Kalau ada yang bawa anak
kecil, bawa warga emas..aku nasihatkan skippedlah lawatan ke Skybridge ni atau
mungkin boleh cuba naik Skyglides (tapi bukan untuk yang ada masalah penyakit
jantung).
Bagaimanapun..Subhanallah..Alhamdulillah..segala
penat lelah dan bebelan tu terhenti saat menghayati keindahan saujana alam dari
Skybridge ini….
Jambatan
yang dibina di atas Gunung Mat Chinchang ini adalah tempat di mana anda dan
keluarga dapat melihat kawasan pulau Langkawi hinggalah kawasan pulau negara
Thailand dari sebuah jambatan gantung yang dipegang oleh hanya satu tiang besi.
Skybridge ini mula dibuka kembali kepada pengunjung pada Februari 2015. Just nicelah..dulu masa kunjungan 2012, tempat ni masih ditutup. Pergi kali ni pun masih nampak ada lagi kerja2 menaiktaraf dijalankan.
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia dan dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang diangkut menggunakan helikopter.
Skybridge ini mula dibuka kembali kepada pengunjung pada Februari 2015. Just nicelah..dulu masa kunjungan 2012, tempat ni masih ditutup. Pergi kali ni pun masih nampak ada lagi kerja2 menaiktaraf dijalankan.
Jambatan yang panjangnya 125m ini juga adalah antara jambatan melengkung terpanjang di dunia dan dibuat dengan menggunakan bahan-bahan yang diangkut menggunakan helikopter.
Kakak mula2 gayat nak berdiri dekat..lagi satu tak tahan panas ya..sangat DIVA okay..ibu xkira..ibu bawak jugak..hahahha...
Then lama-lama dah mula okay..mula berani nak buat lompatan kat atas ni..aikk..kakak..biar betul..bergegar satgi..ibu plak muka cuak..muka cuak..hahaha...
Boleh see through ye....antara takut dan berani je meletakkan kaki di situ...hehehhee....angin dekat atas ni boleh tahan jugak...berasa angin meniup tapi kuat jugak..ngeri jugakla...cuma waktu kami sampai sini tengahari jadi cuaca agak panas...
Menghabiskan masa menikmati pemandangan di sini..sambil borak-borak. Ada satu family tu siap melepak macam piknik lagi..tapi kebanyakannya sibuk berposinglah..hehhehe...then kami pun membawa diri turun...
Sampai ke bawah perut pun menyanyi...memang lapar sangat..so kebetulan di perkarangan Oriental Village waktu ini ada Malaysian Food Festival...
Pulut ngan ayam goreng..nyam..nyam...
Kakak muka letih...tapi our journey not end here..banyak lagi tempat nak explore dalam Oriental Village ni..tunggu ya sambungannya...
Babai kengkawan... ;-)
Best kn naik cable car tu... View pon cun... Lama x mai langkawi...
ReplyDeletenaik cable car tu best..tp nak ke sky bridge ni azabbbbb..nampak sgt stamina ala 'warga emas'..hahahha...tp yes, the view..Subhanallah...
ReplyDelete