Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Apa khabar weekend anda-anda
sekalian Hebat tak? Aku minggu lepas ni tak taulah nak kata..lemau sangat
rasenye..apa pun xde mood. Mood masih tertinggal di Penang kot….hahhaha! Nak
bercuti aje kerjanya ye… :p So weekend ni harapnya dapatlah gain back
semangat yang hilang itu…cewaaaahhhh…
So, aku kalau stress, aku suka masak..then makan..hehhee..siapa macam aku..angkat tangan sketttt!!! Yesss lahhh…! So tekak hari Sabtu tu terasa nak makan Sup Ikan Merah. Maka mintaklah Incik Daus belikan ikan merah dekat pasar, jenuh aku describe bagi terang rupa paras ikan merah itu sebab takut dia ingat ikan kaler merah yang lagi satu tu…
Ya..ikan merah yang ini..okay…
OOO…btw, entry Langkawi tu nanti aku
sambung ye…banyak benor gambar nak di resize…huhuhuhu…
Ini setelah dipotong..warna
kulitnya hijau lembut je…labu air yang segar bila dibuat sup, manis semulajadi
rasanya. Lama dah aku xmasak labu air ni…persediaannya, buang kulit, kemudian
belah dua…dan belah lagi kemudiannya kepada dua bahagian lagi..maksudnya empat
bahagianlah semuanya…then potong kecil macam dalam gambar di atas..cuci, dan
rendam seketika.
Bawang Holland (aku suka guna
bawang ni untuk sesetengah masakan sebab rasa dia rangup manis pada aku),
bawang putih, lada hitam, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga, halia.
Selain itu aku ada tambah serbuk lada hitam dan 1 kiub ikan bilis juga.
Cara membuatnya pun mudah
sangat…
1. Panaskan sedikit
minyak, kemudian tumiskan bahan-bahan untuk menumis tadi. Kacau sehingga naik
bau atau sehingga kekuningan.
2. Masukkan air,
sukatan ikut kuantiti ikan dan labu air. Macam aku, aku guna ikan merah saiz
biasa je..sb dua orang makan..labu air sebiji. Aku masukkan dalam dua mangkuk
air.
3. Masukkan pula labu
air dan biar sehingga mendidih.
4. Masukkan 1 kiub
perisa ikan bilis, dan sedikit serbuk lada hitam. Perisakan sedikit dengan
garam. Rasa dululah ye sebab kiub ikan bilis pun dah ada garam dia.
5. Akhir sekali
masukkan ikan. Tutup periuk dan biarkan sehingga mendidih.
Dah siaaaappppp..taburkan
hirisan daun bawang dan daun sup sebagai hiasan.
Memang sedaplah sangat bila ada ikan goreng..sambal belacan dan telur masin kan…Perfect Combo for lunch! Alhamdulillah….
Memang sedaplah sangat bila ada ikan goreng..sambal belacan dan telur masin kan…Perfect Combo for lunch! Alhamdulillah….
Ok..itu saja..jumpa lagi ye
kengkawan sekalian… ;p
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)