Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera…
Siapa yang kalau
pergi Langkawi tapi x shopping coklat,pinggan mangkuk atau kain batik, aku rasa
aku tabik hormat!! Hehehhee….kalau datang sini tapi xmembeli salah satu benda
dari yang aku nyatakan di atas, aku rasa memang bertuahlah…hehehe..aku memang
tak boleh sebab darah kaki shopping dah mengalir dalam diri sedari
azali..hahahha! Tapi pinggan mangkuk tu taklah this time.
Sebelum keberangkatan
pergi..ewah..jomlah kita berposing dulu bersama yang tercinta…
Nengoklah…sekarang
nampaknya lebih pandai bermimik muka, jenuh ibu nak mengikut.
As usual kakak, kalau
kena angin ke..kena aircond ke…sure mudah sangat melelapkan mata. Lentok di
mana jua..tak kisah punya! Anak..oh anak…
Mana lokasi kami hari
ini? Ohhh, kami nak ke Kawasan Beras Terbakar yang terletak di Kampung Raja,
Mukim Padang Matsirat. Kenapa aku nak ke sini? Adakah sebab aku nak tengok
beras terbakar? Hehehhehe..aku nak shopping kain batik sebenarnya. Kalau Beras
Terbakar tu, aku dah sedia maklum dari kunjungan aku tahun 2012, dah tinggal
sepinggan aje berasnya. Sayang sangat kan…
Tapi bagi menghargai
sejarah, kami masuk juga ke situ dan bercerita serba sedikit pada Kakak. Part
ni Incik Daus yang take over, dia memang rajin bercerita soal sejarah. Aku
asyiklah nak soh dia forward bagi laju..hahahhaa…tapi Sejarah masa SPM aku
dapat A tau..eh..eh..ada kena mengena ke? Hahahhaha…
Beras Terbakar ini
didakwa adalah lokasi beras dibakar atau kiranya keperluan utama masa itulah,
selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada
serangan musuh iaitu angkatan tentera Siam. Lepas kekalahan itu, penduduk di
Kedah diarahkan mengumpulkan beras di satu kawasan dan membakarnya. Ini bagi
mengelakkan keperluan asas penting itu dijadikan sebagai bekalan utama tentera
Siam untuk bertapak di Pulau Langkawi. Kisah selanjutnya boleh dibaca di
signage yang berada berhampiran dengan kawasan ini. Tapi sayangnya dakwat dia
pun dah hampir tak nampak.
Kakak dengan muka
bosan sebab tak faham apalah yang Bapak cerita ni..hehehhe…
Settle, ahkak pun apa
lagi memulakanlah misi yang dinanti selama ini..hehehhe…
Sepanjang laluan
menuju ke rumah atau lokasi Beras Terbakar ini, memang terdapat deretan kedai
yang menjual pelbagai kain batik, kain pelikat, baju kelawar, t-shirt, fridge
magnet dan sebagainya. Harga jualan di sini adalah lebih murah berbanding anda
beli di Pekan Kuah, terutamanya kain batik dan kain pelikat. Janji, kena pandai
tawar. Bab tawar-menawar ni memang bukan bidang kepakaran aku…maka, silalah
serahkan pada Incik Daus yang lebih pakar… pewwwiittt!
Naaaahhhhh..inilah
hasil borongan aku sepanjang di sini…Itu pun sebab langit mendung hampir nak
hujan. So kat bawah ni aku detailskan few je lah ya..aku borong dari dua buah kedai sahaja. Sebab kalau aku masuk lagi banyak kedai, nanti aku naik pening rambang mata segala yang memungkinkan keputusan akhirnya nanti aku tak jadi beli sebab aku dah confuse. Iya, itulah aku...hehhehe..
Cantik tak? Ini macam
batik Sarawak, yang ala-ala pua kumbu tu. Aku suka sangat. Harganya 2m, murah
sangat..dalam RM 16 sahaja.
Ini pula macam jenis
songket tenun, pun murahlah pada aku..dalam RM 18 untuk 2M. Aku memang spesis
yang suka beli kain corak macam ni untuk buat baju. Kalau bunga-bunga pun, aku
akan go for bunga kecil.
Kain pelikat Incik
Daus, harga RM12.
Kain dia ok, tebal
juga dan sedap pakai.
Kain batik ini pun
sama harganya RM12. Corak macam batik medan kan.
Kalau baju kelawar
corak batik-batik klasik pun murah di antara RM20-RM28. Ikut kualiti kain.
Begitulah orang
pompuan ni…die borong je dulu…macam mana nak berangkut bawa balik..nantilah ya
difikirkan bersama..ya..bila berfikir kena BERSAMA..hahahah!
Babaiiiii ye...
ahakss..sama..bila dha lbih muatan baru nk risau..time membeli x ingat dunia heeee
ReplyDeleteseeeettuuujjuu!!!
Delete