Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Ok…ok sambung cerita ke Pulau
Langkawi…semoga aku tabah untuk habiskan entry ni..sebab entry ke Penang pun
nak kena up juga sebelum aku diserang penyakit hilang ingatan…macam mana nak
tulis kalau si penulis semakin lupa fakta kan…hehehhe
Tak sah aku rasa kunjungan ke
Pulau Langkawi kalau tak singgah di Oriental Village.
Apa yang menariknya
Oriental Village ni?
Lokasinya agak jauh sedikit
dari Pantai Cenang malah untuk ke sini, jalannya juga sedikit berbukit dan
mencabar. Namun aku sukakan suasananya di waktu pagi yang nyaman dan masih
dikelilingi kehijauan tumbuhan dan panorama Gunung Machincang.Kami tiba awal
pagi sebab cadangnya banyak benda nak dibuat di sini.
Ini antara tarikan yang ada di
Oriental Village…
Pada yang nak tau senarai
harga, jom aku share senarai harga sehingga 15 Disember 2015. Tiket boleh
dibeli secara individu mahu pun pakej/kombo. Harga pakej lebih murah dan
menjimatkan masa.
Anda hanya perlu beratur sekali sahaja. Di sini orang memang
sangat ramai terutamanya kalau anda pergi lewat.
Hmm..jenuhlah beratur kan…ni
pemandangan waktu kami sampai sekitar jam 9a.m. Pun dah ramai kan…
Actually kami dah pernah merasa
naik skycab atau gondola ni. Tapi waktu tu kakak masih kecik, so we all decided
untuk naik sekali lagi. Mungkin pengalaman yang sama pada kita yang dewasa ni
tetapi pada kanak-kanak macam kakak, tentu ini boleh menjadi satu pengalaman
baru kan…so here we go…
Kali ni beli tiket naik sky
cab, dapat free masuk 3D Dome. Mula tu punyalah excited kan…ingatkan apalah
tadi. Alih-alih bile masuk..hahahha..aku pun xtau nak describe apa. Korang akan
Nampak slide ni.
Then merasalah tengok slide ni naik turun naik turun sampai
abis. Hahahhaha…itu jelah…takdalah merasa ada air ke..ada angin ke kena
pipi..atau merasa ditunggang-langgangkan ke..tidak ada ya…mujurlah masuknya
percuma… ;-)
Ok..sementara beratur..meh
jenguk ke bawah. See…dah ramai orang kan…panjang dah barisnya..huhuhuu..
Eh..Eh.. Merasa naik ke puncang
dengan Tun M la….. hehehe..
Kami naik gondola biasa je..kalau ada yang nak
merasa adventure..naiklah yang glass gondola. Memang boleh Nampak
semua…termasuklah boleh tengok direct ke bawah…lantai pun kaca…harga per
ride..aku tak ingat tapi beratus jugalah. U all boleh check di website dia…
Then berhentilah di station
pertama..ambik gambor jap…sebelum kami teruskan perjalanan MENUJU PUNCAK…
Ok, serba sedikit tip dari
aku..di sepanjang mendaki ke puncak ni..di setiap station..akan ada sesi
photoshoot… U all pilihlah wisely…dan aku suggest..belilah waktu gambar tu di
atas. Yang shooting di station pertama tu macam tak best sangat. Dan lagi atas,
lagi murah ye harga gambar. Kalau bawah dalam RM 30, dekat atas..boleh dapat
RM25 dan harga kombo barangannya pun jauh lebih berbaloi. Macam ada crystal
ball di station puncak dan ada fridge magnet di station nombor 2. ;-)
Ok, nanti aku sambung pengalaman menuju ke SKY BRIDGE plak ye...
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)