Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera…
Pantai Cenang adalah
kawasan yang paling strategik untuk memilih penginapan jika anda adalah orang
sukakan suasana malam yang ‘happening’.
Bagi percutian kali
ini, kami memilih dua lokasi penginapan iaitu satu di Pantai Cenang dan satu
lagi di Pekan Kuah. Kehidupan malam di Pantai Cenang ni sangat meriah.
Banyak deretan kedai
serbanika, kedai baju, kedai jual barangan military, camouflage semua tu lah.
Tapi harganya, as usual mahal terutamanya bila musim cuti sekolah, atau hujung
tahun.
Kalau musim sejuk di negara luar, pun barangan di Langkawi ni akan naik
berkali ganda. Itu info yang aku dapat dari abang teksi di sini. Bila musim
sejuk selalunya mat salleh akan lebih gemar datang bercuti di pantai Langkawi
ini. Sun-bathing! Kita pula tak tahan panas…selalu gitulah kan…
So inilah antara
pemandangan malam di kawasan Pantai Cenang.
Selain itu, ini
antara lain tarikan sepanjang Jalan Utama Pantai Cenang diwaktu malam:
Kedai Makan:
Macam-macam kedai dari makanan seafood, masakan Thai, open food court, kedai
makanan arab, kedai kebab, kedai burger, street burger, pizza..semua ada.
Shopping Mall: Ada
sebuah shopping mall di tengah kawasan Pantai Cenang ini. Saiznya kecil sahaja
dalam dua tingkat tak salah aku. Depan mall ini ada Mc Donald, Chatime, The
Loaf dan di dalamnya ada Guardian, Maybank ATM dan kedai menjual baju mandi.
Tourist Centre: Di
sepanjang laluan utama Pantai Cenang ini juga ada terdapat banyak syarikat yang
menawarkan perkhidmatan seperti Island Hoping, Mangrove Tour dan pelbagai lagi.
So tak susah kalau nak berjalan tapi tak sewa kenderaan. Ambil sahaja Pakej
yang ada. Kalau Island Hoping, harganya di antara RM 30-RM 35. Kalau Mangrove
Tour, dalam RM 200 ke atas. Kalau nak sunset dinner ke apa, semuanya adalah.
Janji pandai pilih yang terbaik dan berpatutan harganya.
Ok, itu saja info
yang aku dapat share setakat ini. Nanti kalau ada lagi yang aku teringat
sebagai panduan u alls kalau nak ke sini, aku akan selit2 dalam entry yang lain
ya….
gud info...rindu langkawi..huhu...
ReplyDeletetq sis..kan, langkawi still among the best island to berehat....cam rileks je...kalau pi time bukan cuti sekolah lah..huhuhu..
DeleteHai Erny..lama x singgah sini
ReplyDeleteholllaaa miss JayEmm.. ok no hal..paham kesibukan travelling u tu...ahaks!
Deletekan!! kalau byk kemudahan mcm ni..sgt sesuailah nak check in
ReplyDeletepsst...emailkan sis JM alamat..nk pos ole2..ke email ni jarimanis4ever@gmail.com
ReplyDeletewahhhhh...terasa berkocak adrenaline ni dengor nak dapat ole-ole...weeehuuuu..mekasih in advanced.. ;-)
Delete