Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Monday, February 29, 2016

Percutian Pulau Langkawi Part 11: Wildlife Park & Bird Paradise

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Aishhh…bilalah agaknya nak habis kisah Langkawi aku ni..hahaha..u all semua jangan muak ya… sikit je lagi ni okay… *nangis sambil kesat airmata* huhuhuhu…
Sesungguhnya perjalanan ke Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise ni sangatlah jauh dari Pekan Kuah, terasa jauh sebab kami naik motor..hahahha…dalam 30 minit tak salah aku. Kami ke sini hari nak balik dah sebab kakak bersungguh-sungguh sangat nak see birds..nak see birds…ok..ok..we go and see birds.


Sebaik sahaja kami sampai, hati berasa lega sebab nampak masih lengang kawasan parkirnya. Ini bermaksud..bolehlah ‘terover mesra’ dengan haiwan-haiwan di sini. Yang buatkan tempat ni special adalah dia meletakkan haiwan-haiwan ini dalam kandang terbuka. Jadi pengunjung boleh merasai sendiri memberi haiwan-haiwan ini makan dan bolehlah kalau nak belai2..kalau beranilah..aku adalah penakut..kucing pun aku jerit..inikan plak binatang lain..sila ambik maklumlah kan..hehehe…

Harga tiket masuk adalah seperti yang tertera di bawah..silalah baca ya…



Aku kan masa kakak sibuk nak ambik gambar kat sini..aku ingatkan burung tipu..sebab dia statik je tak bergerak-gerak. 


Ni depan kaunter masuk..so belum masuk lagi. Jadi itu yang aku mati-mati ingat burung tipu. Adulahai… Terperanjat aku bila aku nak pegang dia bergerak..hahahha..! Terus jadi suara pitching bagaikan Ning Baizura..hahaha….


Kakak memang kaya dengan naluri ingin tahu…jadi ibu dengan bapak dia kena lebih tahu supaya anak tak kata tak tahu..hehehhe…


Dalam almari kaca yang sebesar gedabak ini ada kulit ular sawa.


Ok, makanan haiwan-haiwan ini boleh dibeli sebaik sahaja anda masuk. Aku tak ingat sangat harga dia tetapi di antara RM 6- RM 11. Ikut pek apa yang anda pilih.


Then bolehlah bagi makan. Errr..aku bukan takut tetapi sibuk jadi tukang ambik gambor..huhuhuhu…. dan juga Dietician… sebab anak-beranak ni asyiklah salah menu nak bagi..kenalah bagi ikut pola pemakanan haiwan tu..eh..eh..dah macam doktor haiwan dah plak aku ni.. *tutup mata*




Bangau oh bangau..ko janganla patuk kami…I’m coming PEACE!!!...


Ikan..ni aku tak takut..malah aku suka sangat duduk tepi kolam ikan. Yes, aku dari kecik suka dengan ikan..so dulu kat rumah memang ada aquarium..bila stress, suka duduk tepi aquarium tengok ikan berenang….


Comel plak anak-anak itik ni…


Kat sini memang sesuai untuk bawa anak-anak sebab banyak yang kita boleh bagi pendedahan kepada mereka. Cuma siap sedia baca penerangan sebelum anak-anak mula tanyalah ya…


Anak suka bertanya...manakala ibu suka berposing..eh..eh...buleh cam gitu..ahaks!


Kawasan sekitar adalah sangat bersih dan terjaga. Walaupun open concept, banyak burung dan segala..tapi bau-bauan yang kurang menyenangkan tu sangat minima. Takdalah rasa macam geli-geli nak jalan seperti sesetengah wildlife park tu.






Satu lagi yang aku suka tentang tempat ini adalah kreativiti mereka dalam membuat poster-poster info..Cuba tengok…ayat-ayat tu sangat simple dan catchy…




Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise ini dari pemerhatian aku disusun secara teratur dan dibahagi kepada empat bahagian utama. 


Mula masuk, kita akan lihat burung, then ada kawasan untuk haiwan dalam kurungan yang mostly ada yang bahaya dan ada yang tidak. Then kita akan masuk ke dalam sangkar yang banyak burung terbang bebas atas kepala kita. 








Last sekali kita akan sampai ke kawasan macam mini zoo.





Kakak muka sangat happy...kenapalah suka sangat lawatan ke tempat-tempat haiwan ni kakak...asihhh...


Apalah ertinya kalau ke Pulau Sang Helang..tanpa ‘STAR’ itu sendiri kan..betul x?

So marilah kita beramah mesra dengan Sang Helang..


Hahahha…nampak sangat penakut…cemas sangat tu mukanya..hihihihi…


Besar kot burung helang ni…walaupun dia ikatkan kakinya pada palang sangkar ni tapi tetap jugaklah ngeri…kang dia patuk..abislah tangan I yang suci mulus ni…hehehhe….

Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi bererti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. 

Lepas tu boleh merasa bermain dan bagi makan arnab...




Errr...aku xenjoy langsung aktiviti ni sebab aku sibuk berlari bila arnab datang dekat ke kaki..hahaha..menjerit2 sampaikan adik yang jaga kawasan arnab ni pun gelakkan aku...




Ishh..xtau nak kata aku macam gelilah..peliknya, ular boleh plak aku pegang...rabbit ni geli sebab berbulu kot..hahaha...


See...luas kan kawasan dia dan sangat lapang, xterlalu padat dan xserabut. Laluan dia pun berbumbung, jadi sesuailah kalau bawa anak-anak.



Then ada buaya..besar dan pemalas buaya ni..hahaha..dudukla situ..tapi ngeri jugaklah kalau dia tetibe mengganas kan…so sambil ambik gambor sambil berdoa..selamatlah hendaknya tangan aku ni…hahahha…



Muka macam tegar beranilah sangat kan...tak usah berlakon sangat wahai Incik Suami... like daaaaa....

Dalam kawasan ni pun ada ostrich. Tapi hati-hatilah kalau nak bagi dia makan. 


Memang gangster ostrich ni. Takut aku…nyaris nak kena patuk Incik Daus..memang kelaparan sangat ke pun…rilekslah babe… ;p

Apa yang uniknya, selain haiwan, ada pameran batu dan mutiara kat dalam ni…


Best masuk sini sebab sejuk ada aircond..hahahha…Kat dalam ni macam-macam jenis batu you all boleh jumpa. 





Siapa yang minat batu-batuan ni, memang sukalah tempat ni. Orang macam aku yang tak berapa minat ni…errrr…bolehlah…harga-harga aksesori dari batuan ni pun sendiri mau pahamlah kan….





So we end our journey here dengan family photo..oh ya, staf2 kat dalam ni semuanya peramah okay…dieorang bagi penerangan details, tak lokek senyuman malah kalau tengok kita terkial-kial nak ‘wefie’, dieorang akan offer je nak tolong….


Yes…Wo Ai Nee…. Mmmuah ciked! Eh..eh…

Jadi bagi anda yang ingin ke sini, aku share segala details di bawah okay… 

Langkawi Wildlife Park & Bird Paradise  
Alamat: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat , Kampung Belanga Pecah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
Phone: +60 4-966 5855

Waktu Operasi: 8:30AM–6PM

4 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)