Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, March 3, 2016

Percutian Pulau Langkawi Part 12: Taman Lagenda & Dataran Helang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Seriously, dasar kaki jalan kan…selagi ada tempat yang boleh singgah…abis semua nak singgah kan. 

Actually, Taman Lagenda ni, accidently terjumpa je on our way back from Dataran Helang. Ye, ye..aku tau..Dataran Helang tu bukan ada apa sangat melainkan seekor burung helang gergasi yang tercongok di situ..sampaikan kakak siap tanya aku penuh sinis… “Ibu, ibu kata kita nak pergi tengok helang…this is not helang ibu…ini BATU”, hahahhaha…can u imagine macam mana sengkak perutnya Incik Daus nak tahan gelak..bukan gelakkan anak tapi gelakkan akulah…aduiiiii… yes kakak, this is not helang, a real helang..this is batu or put it in a nice way, Mercu Tanda of Pulau Langkawi okay….


Susah payah buat PR mintak orang ambikkan gambar kami satu family. So terpaksa pose skema..hahhaha..malu2 miawwww…

Then ni bila kakak berposing bersama bapak..


Ini plak yang terjadi bila ibu dan kakak berposing..barulah sweet like candy…ewah!


Melihat ke laut luas, Subhanallah….


Inilah antara pemandangan yang paling dirindui..sunset…


Selesai di sini, masa nak balik itulah ternampak signboard ini…


So ape lagi..stop pak supir stop…no actually sendiri bawak sendirilah stopkan diri sendiri…hehehhe….

Sewaktu kami sampai di sini hari pun dah lewat. Jadinya kami tidak berkesempatan untuk explore tempat ini dengan berhabis-habisan.

Ada peta di luar kawasan dan sedikit penerangan mengenai tempat ni…



Taman Lagenda Langkawi ini sebenarnya terletak berhampiran dengan Pelabuhan Kuah (Kuah Jetty) dan telah mula dibuka dari tahun 1996 lagi. Konsepnya lebih kepada ‘open air garden museum’ dan menempatkan kira-kira 17 buah monumen. 

So ini antara monument di bahagian terawal pintu masuk.



Pose okay..jangan xpose…



Ini pula laluan masuk ke dalam kawasan taman yang menempatkan lebih banyak monument lain. 

Kakak sibuk nak buat aksi lompat bintang...hehhee..pengaruh ibu la tu... ;p


Idea di sebalik mewujudkan seperti taman adalah untuk menawarkan taman rekreasi kepada penduduk dan pelancong yang boleh datang ke sini untuk menikmati hamparan luas taman-taman berlandskap dengan pokok buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan banyak yang tempatan ke pulau, mempunyai berkelah keluarga dan mempelajari banyak legenda pulau yang kini berkait rapat dengan banyak tarikan pelancong dan tempat.

Bagi yang ingin menghayati lagenda Langkawi di dalam konsep taman…bolehlah ke sini ya..tapi datang awal pagilah, tak panas sangat…

Waktu Operasi: 9.00 a.m – 7.00 p.m (dibuka setiap hari)

Kemasukan adalah PERCUMA. 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)