Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, March 11, 2016

Jom Makan Best di Pulau Langkawi : Lunch yang sedap dan meleTOP!

Assaalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Bila pergi bercuti, u all cerewet tak tentang makan? Kalau macam kami, kami xkisah sangat tetapi lebih suka memilih makanan tempatan di sesuatu lokasi yang dikunjungi. Saja tukar selera dan explore the food. Cumanya bila di tempat orang, adakalanya selera tu kena, dan ada juga kita yang terkena..hahaha..kena cekik…harga mahal tapi food tak sedap. Selalunya kalau aku, aku suka juga baca review restoran dan makanan di blog-blog. Then jom cuba nasib….hehehhe

Ok, meh aku nak share info tentang tempat makan yang kami singgah sepanjang ada di Langkawi.

WARUNG JATI AISYAH, KEDAWANG adalah kedai makan yang kami singgah untuk lunch pada hari pertama dan kedua. Incik Daus yang cadangkan kedai ini sebab selalu kalau dia datang kerja di sini, memang inilah kedai pilihan..katanya! So, jomlah.


Kedai ni biasa sahaja dan letaknya di tepi jalan di antara Pantai Cenang dan juga Pekan Kuah. Tapi tak salah aku kalau dari Pantai Cenang, lebih dekat.

Pilihan lauk-pauk tengaharinya sangat banyak dan harganya juga berpatutan. 
Incik Daus kata gulai dia sedap. Tau tak gulai? Hehehe…ya, gulai adalah kari.
Nak datang ke sini, kena awal. Waktu kami sampai dah dalam jam 2 lebih, jadinya banyak lauk dah habis.


Ini deretan lauk-pauk yang ada. Sebahagiannya sahaja okay..penuh tau, boleh pusing keliling.

Ini pilihan lunch menu diri ini..hehehe




Ini plak menu Incik Daus…dia memang bab makan sangat ringkas ya…

Sambal belacan ni sedap okay…patut cuba…



Kat warung jati ini jugalah ada sorang Atuk datang ke meja kami dan berikan duit pada kakak. Katanya anggaplah sebagai duit raya tahun depan. Dia suka tengok kakak..comel katanya…alahai terharu sangat. Rindukan cucu katanya…sedih plak aku dengar….bagi yang masih ada mak ayah, selalulah ya bawa anak-anak balik kampung. Pesanan penaja ikhlas dari aku ni…

RESTORAN TRIMULA MESRA BBQ, PEKAN KUAH

Kalau di Pekan Kuah pula, Incik Daus bawa kami makan di sini….



Lokasinya berdekatan juga dengan De Baron Resort. 


Nampak tak Menara comel itu..ya..kalau dari De Baron, sebelum jumpa menara tu..ambik simpang kiri, macam naik jambatan dulu…atau jika anda dari pelabuhan feri Pekan Kuah, ambil simpang kiri selepas traffic light pertama. Kedai makan ini juga berhampiran dengan Poliklinik Perdana.


Pelbagai pilihan sajian turut disediakan di sini. Memang kena datang seawal jam 12 tengahari kalau nak senang dpat tempat duduk. Selalunya full.Menu sihat..ikan bakar…sihatlah kalau makan itu aje..tapi kalau campur macam-macam, jawabnya bertambah sihat..hahahha!


Macam-macam ulam dan jenis sambal pun ada.

Aku ni ada masalah, bila lauk banyak mulalah jadi tak tahu nak pilih. Last sekali, ini pilihan aku…


Ini plak pilihan kakak, daging goreng kunyit dengan kentang.



Menu Incik Daus, daging dengan perut rebus cicah sambal. Jangan pelik ya, dia memang selalu makan macam tu..hehhehe


Ini plak yang paling WIN kalau datang ke sebelah Utara ni..


air oren bancuh depa panggil. Actually oren sunquick tu…tapi rasa dia memang pekat dan kaw… *slurp*


Memang wajib tau datang sini kalau u all ke Langkawi. Jalanlah keliling meja, banyak lauk dia. Rasa pun sedap dan harga sangat berpatutan….

6 comments:

  1. aduss sedapnya semua menu nya erny, mmg tk tolak punya kalau dpt ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak noor..selalunya masakan kampung memang membuka selera.... ;-)

      Delete
  2. Replies
    1. memang pun...aduiii lapar balik...heheheh... makan aje kan..

      Delete
  3. SS rasa menyesal nengok entry ni! Skrg SS dah lapo giler! Rasa nak jilat skrin! Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila..sila...best tak rasa skrin tu..hahaha...

      Delete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)