Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Hai
anda semua…minggu ni I’m back…minggu lepas tak sihatlah…kakak pun masih belum
sihat sepenuhnya..then sibuk dengan pindah office lagi…bukan tukar kerja
ya..hehhe..itu belum lagi..hahaha…baru pindah pejabat… ;p
Minggu
ini aku nak marathon kisah percutian ke Pulau Pinang pula. Trip ini kami
rancang khas buat Mak Siah…hehehe..teringin benor katanya nak naik Bukit
Bendera yang dah berwajah baru itu. Actually, taklah baru sangat, Cuma anaknya
ini yang lambat sikit bawa ke sana…
Jadinya,
bila percutian keluarga kami, apalah percutian tanpa hentian makan yang banyak.
Memang hobi kami suka jalan-jalan cari makan…hehehe…Kak Maria I alls…hahahha!
Dalam
perjalanan ke Penang, kami singgah makan Ikan Bawal Panas Juru yang sangat
popular itu..namanya Warung Kelapa Sawit Juru. Bagi yang tak tahu, lokasinya
adalah selepas exit Tol Juru. Belakang Autocity Juru tu, lebih kurang
landmarknya. Tapi bukanlah tepi highway tu, jalannya kena masuk ke dalam
sedikit. Takpe, aku pun guna waze aje..nanti aku share alamatnya okay….
Maka
setelah hampir terlepas simpang, kami pun tiba ke destinasi.
Teruja
sangatlah sebab dah lama pun teringin sangat nak kembali singgah di sini. Last
aku pergi adalah berbelas tahun lalu masa masih lagi bertugas di company lama
di Shah Alam. Bukan main lagi kan, masa kerja kat Shah Alam boleh plak singgah
Juru nak makan. Bila kerja dah dekat Ipoh, tak pula reti nak mencari
jalan..aishhh…forget the land betullah..hahaha!
Kawasannya
agak tersembunyi dan dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Redup dan rileks
saja aku rasakan…
Sementara
mak dan angah ‘cop’ tempat, aku dan Incik Daus pantas menjalankan tanggungjawab
mengambil makanan. Ada banyak pilihan makanan tapi sebab orang ramai
sangat..ini sajalah sempat aku snap… *errrrr…ke sebab lapar sangat..ahaks!*
Kami
tiba agak awal, sekitar jam 12 tengahari.
Nampak tak dah mula beratur panjang
untuk ambil ikan bawal panas yang dikatakan ‘signature dish’ Warung Kelapa
Sawit ini.
Taraaaaa….inilah
meja kami yang dah hampir penuh dengan makanan…
Beginilah
caranya makan Ikan Bawal Panas ni…kahwinkan dengan kari barulah umpphhh..hehhe…
Secara
peribadi, ikan bawal goreng di sini, bukanlah rasa sangat berbeza dengan rempah
berlainan ke..rasanya biasa saja di mana ikan bawal dilumur kunyit dan garam.
Kemudiannya digoreng. Cuma yang buatkan hidangan ini special adalah kerana ikan
tersebut digoreng panas. Side dish bagi hidangan ini seperti kari, haruslah
pekat dan sedap..barulah anda akan terasa satu kombinasi yang baik.
Istimewanya
makan di sini juga, airnya kalau kita pilih teh o ais, percuma.
Air
kelapa di sini juga fresh dari sebiji kelapa. Segelas besar ni dalam RM 3-RM 5
tak salah aku.
See,
ramai kan orang. Penuh sehingga ke hujung.
Eh..eh..model
Ikan Bawal….aummm….
Santai makan di sini sebab kita boleh rileks, ambil angin sambil makan ramai-ramai.
Kakak as usual...bila ada Opah maka kakak pun terus tak pandai nak suap makan sendiri...nak Opah juga yang suap...ngada-ngada namanya... aishhh...
Ok,
pada yang nak cuba makan di sini, untuk makluman anda semua Warung Kelapa Sawit
Juru ni dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan tutup hari Ahad.
Alamatnya
adalah seperti berikut…
Warung
Kelapa Sawit
Jalan
Tok Kangar, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang
assalamualaikum
ReplyDeletesinggah pagi isnin
wsalam..mekasih anum sudi singgah.. ;-)
Delete