Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, March 16, 2016

Tip 'Beli Jiwa' Si Isteri...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…


Cewah..cewah…nak feeling feeling la tu dapat ucapan..hahahha…ok, kali jom kita sembang santai. Aku tahu ramai wanita di luar sana, biar muka ganas macam mana pun, tapi suka kan kalau dapat ucapan dihargai. Kadang-kadang, setuju tak kalau aku katakana ucapan TERIMA KASIH pun sudah memadai berbanding dengan teddy bear mahu pun coklat? Itulah realiti kehidupan suami isteri ni, bercinta lain ya…bercinta semua pun sanggup..ke lautan api bagai..cer betul-betul suruh dia berenang kat lautan api tu..sanggup ke tidak? Hahahha…

Apa ya yang disukai oleh wanita? Kaum lelaki selalu mengatakan bahawa golongan wanita itu ‘complicated’ atau sukar untuk difahami. So, siapa yang suruh u all faham? Kami suruh u all hargai je wahai cik abang sekalian. Kalau nak faham, memang sampai ke sudahlah u all tak faham kan….so berhentilah untuk memahami jika memahami itu satu hal yang sulit untuk dilakukan. Just rileks, dan cuba menghargai. Penghargaan yang seorang isteri inginkan bukanlah satu hal yang payah. As simple as thank you, like I said… Apa tu cik abang bebelnya? Perempuan ni tak pernah puas, dah bagi betis nak peha? Amboiiiiii…silap tu, 90% wanita tidak begitu…

So apa kata kaum Adam, silalah cuba belajar menghargai si isteri..yang anak ramai tu lagilah harus, wajib menghargai isteri. Jangan nak buat muka toya je tengok TV bila anak sorang menangis, sorang memanjat…cuba ringan-ringankan tangan membantu..itu pun satu penghargaan tau buat isteri…
Jom, jom kita tengok, apa yang boleh dilakukan sebagai langkah permulaan untuk menghargai pasangan anda…

1.    Hormati Si dia…

Menghormati pasangan anda tidak bererti anda seorang lelaki yang tidak sado….hehehe..rileks. Kadang-kadang ungkapan menghormati ini bukan bermaksud membiarkan perempuan itu menjadi ‘queen control’. Contoh hormat dalam konteks yang mudah sama seperti jika sesekali isteri membuat keputusan perihal di mana mahu bercuti. Si isteri nak ke Penang manakala anda nak ke Cameron Highlands misalnya. Apa kata sesekali beri peluang si isteri pergi ke tempat yang dia inginkan. Begitu juga sebaliknya. Jika selalu isteri yang membuat pilihan, apa kata sesekali bagi suami pula kuasa memilih.

Contoh lain, jika pasangan anda perlu membuat keputusan pantas berhubung sesuatu hal melibatkan anak. Dengar dulu penjelasannya sebelum anda menunjukkan rasa tidak puas hati. Ada masanya, justifikasi kita berbeza.

Hormat ini termasuklah juga kalau anda suka tengok filem aksi, si isteri suka tengok romantic comedy…cuba sesekali luangkan masa dan hormati minat pasangan. Buat movie marathon ke. Atau kalau isteri jenis yang suka memasak, cubalah bagi dia masa memasak dengan tenang dan bereksperimen di dapur sambil anda jagakan anak. Ok kan… untung-untung lepas tu isteri bagi green light pi mengeteh ngan kengkawan.

2.    Langgar peraturan asas

Ini peraturan rumahtangga tau. Bukan peraturan undang-undang. Itu kalau anda langgar, hmmmm…xtau nak komen….! Ok, berapa ramai suami-suami di sini yang sanggup pergi pasar? Ada tak yang boleh pergi sendiri atau temankan isteri pergi? Atau anda jenis suami yang… “U beli jelah apa pun, I tunggu dalam kereta je…”
Mana satukah diri anda?


Cuba sesekali, takpelah yang..biar abang temankan. Cuba tolong dia angkut barang. Sure si isteri berbunga je rasa hatinya. Ini kadang tu, kalau isteri tanya, “Abang..hari ni kita nak masak apa ya..”, pun jawab tak tahulah..masak je la apa-apa! Dah plak…ermm..tahu tak kalau u all bagi cadangan lauk ikan masak kicap je pun, si isteri ni dah berkobar-kobar dah nak pergi memasak. Kadang penat tau nak fikir semua benda..bantulah sama kan..kata sayang-menyayang..ewah!

3.    Mulakan hari dan akhiri hari dengan bersolat bersama.

Inilah di antara rutin yang boleh mengakrabkan lagi hubungan. Sama-sama berdoa apa yang diinginkan dalam hubungan. Selalu maafkan pasangan anda juga sebelum tidur.

4.    Bukan sekadar memuji!

Ni satu bab lagi. Cuba jangan lokek puji isteri tu. U all tak suka ke kalau tengok si isteri muka blushing, sebab kena puji. Puji tu biarlah nampak real dan spesifik. Macam contoh, cantiklah awak dengan warna pink, nama naik seri! Contohnyalah… Suka juga diingatkan pada si isteri, dah suami puji, janganlah plak dijawab…ishhh..pandai jela awak ni…buang tabiat ke tetiba puji! Hmmm, ucaplah terima kasih. Kan best…

5.    Cari masa berdua

Memang  betul, masa berdua adalah benda yang paling susah nak dicari bila dah ada anak-anak. Tapi kalau betul kita mahukan masa tu, boleh je kan? Apa kata sesekali plan, ambil half day cuti ke. Spend masa bersama walaupun hanya dengan pergi sarapan bersama. Masa berdua perlu supaya anda boleh berkomunikasi dengan baik dan jelas. Jadilah pendengar yang baik sebab isteri ni akan mudah terasa kalau suami tak mendengar keluhan dia. Bayangkanlah kalau 24/7 uruskan hal rumahtangga. Bilanya yang dia nak dapat makan dengan penuh ketenangan. Waktu macam nil ah, santai dan tenang. Selain bersarapan bersama, mungkin boleh ajak si isteri shopping. Shopping ni tak semestinya habis beratus-ratus sebab pada aku kalau suami isteri tu berkomunikasi dengan baik, pasti si isteri faham akan kedudukan kewangan si suami. Katakanlah isteri suka baca novel, kalau dapat bawa dia belikan sebuah novel pun dia dah cukup happy. As simple as that!

Kepada semua wanita di luar sana...hopefully it is not too late to wish all of us..Selamat Hari Wanita... ;-) 




8 comments:

  1. Replies
    1. dah nak 8 tahun kawin baru dia mai nak sweet cam tu...dulu hmmm...jenuh...hahaha...tapi Alhamdulillah..improve..improve... ;-)

      Delete
  2. Time anak2 dah tido baru ada masa berdua... Ha ha ha

    ReplyDelete

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)