Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera
Aku
dengan Incik Daus memang suka makan pucuk paku. Tapi satu saja masalah aku bila
cerita bab nak memasak sayur pucuk paku. Aku malas sungguh nak siang sayur
pucuk paku ini. Adus, memang bercinta sangatlah. Sayur pucuk paku ini kalau
setakat beli dua ikat, dapatnya bila siap masak taklah banyak mana. So memang
kalau nak masak sayur pucuk paku, kena waktu angin rajin datang menyerbu si
tukang masak…
Incik
Daus, kalau sayur pucuk paku memang jenis suka dibuat goreng ringkas sahaja.
Maksudnya, tak perlu dibuat masak lemak. Jadinya, aku pun berkreatiflah
hasilkan resipi ringkas ni. Kreatiflah sangat, especially bagi yang nak sesuatu
yang ringkas dan mudah macam aku..hehehhe…
Bahan-Bahan:
Pucuk
Paku (aku guna dua ikat, cukuplah untuk kami berdua makan)
*4
biji bawang merah
*4
biji bawang Putih
*Sedikit
ikan bilis
*
5 biji cili padi
(Semua
bahan bertanda * ditumbuk halus)
Anggaran
3 sudu besar sos tiram
Sedikit
garam dan gula penambah perisa
Untuk
Hiasan:
Ikan
bilis (digoreng dan asingkan)
1
biji cili merah (dihiris nipis)
Cara
memasak:
- Mudah saja. Tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk sampai naik bau. Masukkan sedikit air dan biarkan mendidih sedikit.
- Masukkan pula sos tiram, sedikit garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan sayur pucuk paku. Aku masukkan batangnya dulu (aku siang dan asingkan antara batang dia dan sayurnya). Lepas kuah tu mendidih kembali, baru aku masukkan daunnya pula, kacaukan seketika. Then padamkan api.
- Last sekali, taburkanlah hirisan cili dengan ikan bilis goreng on top. Ya, aku tau, cilinya tak nampak, nampak ikan bilis sahaja…hehehhehe…
Settle,
satu lauk..senang kan!
Hahaah kita geng,..akak pun suka makan, bab nak menyiang tu jenuh sikit ;)
ReplyDeletekan..nak menyiang tu alahai..bercinto den haaaaaa..lepas tu bila masak..dapatler skit je.. sebab dah kuncup..hehehe
Deletedulu tak reti makan pucuk paku.. skarang pandai da sikit jinak2..
ReplyDeleteye ke..ok xpe siti..jinak2 pucuk paku...rasenye pun sedap...
Delete