Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
PASAR
MALAM di Pekan Kuah adalah di antara tempat kegemaran aku kalau datang ke Pulau
Langkawi ni. Kat sini macam-macam ada dan salah satu sebabnya…ada nasi kandar
yang best, sedap dan sangat murah berbaloi-baloi. Tapi sila datang awal dan
silalah tahan sabar sebab kena beratur okay.
Ok…
inilah gerai adik itu…
See…murah
kan harganya….pada aku memang berbaloilah sebab lauk dia sedap..nasi dia pun
sedap…
Meh..meh..datang
dekat ambik bau…ninnnnnnn diaaaaaa….nasi kandaq…
Memanglah
nampak ringkas…tapi rasa dia meletop-letop sedap dan sangatlah mengenyangkan….
Ok…pasar
malam ni panjang..berjalanlah you all dari hujung ke hujung….sambil terasa
semua pun nak beli…tambahan kami yang memang suka sangat makan dan makan ni
kan…
Ini
plak kuih-muih tradisional…
Aku tak tau nama kuih ni..tetiba aku terlupa plak
namanya…aduiiii..ala, macam bingka tapi atas ada bawang goreng. Lemak-lemak
sedapt sangat. Satu potong macam tu…dijual dengan harga RM 1. So apa lagi…ahkak
borong TIGA…tamak sangat ni…tapi memang sedap…
Ni
lagi satu…telur sotong….
Ya Allah…aku ni adalah peminat fanatik telur sotong.
Yang real telur sotong. Sebab selalu kalau kat kedai sekarang suka sangat
tipu..telur sotong tapi dia bagi yang depan telur tu je..itu xsedap sangat…get
what I mean wahai peminat telur sotong? Hehehhe…
Telur
sotong kedai kakak ni memang sedap..sedap sangat. Dan memang pure telur sotong.
Satu polystyrene kecil tu RM5, berbaloi sebab kakak tu letak penuh. Sotong
goreng tepung dia pun sedap juga. Tak macam cucur, sebab dia rangup macam
tempura.
Pasar
malam Pulau Langkawi ni dibuka setiap hari RABU dan SABTU.
Aku pergi hari
SABTU. Lokasi dia dekat dengan jambatan di Pekan Kuah. Tapi kalau you all nak
cari, pasar malam ni betul-betul sebelah dengan MY Hotel. My Hotel ni bangunan
dia tinggi, so boleh nampak dari jalan utama. Seberang jalan pula ada De Baron
Hotel.
So
kalau ke sini dan anda peminat Local Street Food macam kami..jangan lupa
singgah okay…
Dah..kakak
nak balik sambil makan gula-gula kapas..kakak nak kaler pink..hahaha..ok,
babai!
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)