Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Aku
belek-belek folder gambar, dan aku terjumpa folder ni. Ya Allah, hampir lupa
weiii..konvo anak sendiri. Ish..ish…hahaha…
Ni
flashback kira-kira tahun lepaslah ya..14 November 2015. Kakak konvo abis Year
5 punya class. Bukan main kan anak-anak zaman sekarang, ibu dulu nak konvo
merasalah membanting keringat dan ayaq mata… huuhuhu..
Jadinya,
pagi itu seawal jam 7.30 a.m kami dah bergerak menuju ke Heritage Hotel. Ya,
konvo kakak buat di hotel.
Siap
siagalah semuanya dengan warna tema green turquoise. Actually, warna tema itu
untuk kakak sahaja sebab kelas kakak akan perform choral speaking. But knowing
ibu yang memang suka colour co-ordination ni, maka semualah kena warna yang
berpadu antara satu sama lain. Ewah!
Sampai
sahaja, dewan dah hampir penuh. Parents dah diberikan tempat duduk
masing-masing.
As
usual, persembahan anak-anak. Aku memang bab-bab ni tak boleh. Suka sangat
tengok anak-anak ni perform kadang sampai syahdu nak menangis..hahahha!
Annoying tak perangai emosi seorang ibu ini? ;p
Ok,
now turn kakak plak untuk perform. Choral speaking.
Performance yang telah
menjadikan aku seorang tenaga pengajar tambahan selama dua minggu. Tiap kali
balik, mesti kakak nak hafal teks. Panjang okay teks dia...huhuhuhu...Mujur ibu memang gemar benda macam ni. Kalau
bapak, lebihkan gelak dari mengajar…
Alhamdulillah,
persembahan anak-anak 5 Water Lily sangat best. Semua berjalan lancar.
Tengoklah dia punya konduktor, comel aje orangnya. Sweet sangatlah!
Lepas
itu ada bacaan surah hafazan. Yang lelaki itu, classmate kakak.
Gambar atas ni adalah teacher kakak. Teacher Aisyah. Sincerely, tq so much teacher atas segala tunjuk ajar. Teacher dapat Anugerah Teacher Pilihan. Memang selayaknya sebab dia seorang yang sangat dedikasi. U can tell by the look of how she intreact and dealing with the kids. Rajin share dengan parents apa jadi. Macam kakak, mula-mula dulu teacher cakap dia risau juga sebab kakak selalu akan menyorokkan kepala bila dia tegur. Tapi kalau dengan kawan-kawan, suara dialah paling kuat. Good to know so that, aku boleh share karakter kakak, jadi from there, dia cuba untuk rapat dengan kakak. Sekarang, barulah kakak boleh ramah mesra and more free to be herself. Sayangnya, tahun ni, teacher Aisyah dah xajar kelas kakak. Dia ajar kelas tahfiz....harap2 teacher baru kakak sama semangat mendidik macam teacher Aisyah ni.
Ini plak yang bawah ni adalah kawan baik kakak. Nieda....
Comel kan...macam nak gigit aje pipi dua orang ni..aishhhh...geram sungguh!
Dan tanpa aku menjangka sebenarnya kakak ada dapat sesuatu untuk hari konvokesyennya kali ini. Aku dapat wassap teacher beberapa hari sebelum konvo, minta gambar kakak. Aku pun tak syak apa, terus je bagi. Bila aku sampai, aku meneliti buku program dan mata aku terpandang nama kakak pada satu anugerah. Aku memang terus je sebak dan menitiskan airmata. Yes, aku memang emo! Hehehe…
Ini plak yang bawah ni adalah kawan baik kakak. Nieda....
Comel kan...macam nak gigit aje pipi dua orang ni..aishhhh...geram sungguh!
Dan tanpa aku menjangka sebenarnya kakak ada dapat sesuatu untuk hari konvokesyennya kali ini. Aku dapat wassap teacher beberapa hari sebelum konvo, minta gambar kakak. Aku pun tak syak apa, terus je bagi. Bila aku sampai, aku meneliti buku program dan mata aku terpandang nama kakak pada satu anugerah. Aku memang terus je sebak dan menitiskan airmata. Yes, aku memang emo! Hehehe…
Ini kakak…my everything.. the love that make me stronger everyday…
Sesuatu
yang aku sangat tak jangka. Kalau aku pun menangis, agak-agak Opah kakak? Hmmm…lebih
lagi syahdunya. Kenapa aku sangat beremosi bila soal kakak. Sebabnya dugaan
mengandung dan bersalinkan kakak bukan satu dugaan yang kecil. Aku sampai
sekarang kalau ditanya mana datang kekuatan waktu hadapi saat itu, pun aku tak
ada jawapan spesifik.
Doktor
dulu pernah cakap, aku kena bersedia untuk terima anak aku akan membesar dan
berkemungkinan menghadapi masalah seperti ADHD, kurang IQ, Dyslexia dan
sebagainya. Jadi aku kena pantau kakak closely sampailah kakak berusia 7-8
tahun.
Namun
melihat kakak membesar sekarang, alhamdulillah. Syukur Ya Allah…
Anugerah
Akhlak Terbaik, terima kasih kakak, buatkan ibu bangga sangat dengan kakak.
Alhamdulillah, kakak dengar pesanan ibu. Terima kasih kakak, sebab buat ibu
sempurna setiap hari. Allah berikan ibu kakak untuk ibu menjadi manusia lebih
baik setiap hari…Alhamdulillah… Tq ALLAH…
And we end the session by group performance...
And we end the session by group performance...
WOW TAHNIAH KAKAK
ReplyDeletemekasih auntie anum yang comelll... ;-)
DeleteAla2 cute je kanak2 ni
ReplyDeletecute kan semuanya..geram..mcm nak pok pok bontot tu..cubit pipi semuanya..hehhee....geram!
DeleteWah, tahniah kakak! Dah convo...dapat anugerah akhlak terbaik pulak tu :)
ReplyDeletealhamdulillah..mekasih sis....
Deletealahai comelnya.. siap choral speaking lagi tu..
ReplyDeleteitulah siti...panjang tau teks dia....time dieorg kat stage..mak bapak kat bawah ni pun terkumat-kamit sama..hehehhe...tapi salute teacher yg gigih ngajar the kids..baru 5 tahun... untuk manage stage freak semua... ;p
Delete