Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Seperti
yang aku cakap, kakak asyiklah nak mandi laut sepanjang kat sini. So esok
pagi..seawal pagi kakak dah bangun penuh bertenaga nak pi mandi laut.
Adoiii..ajak breakfast dulu pun tak nak ya..tetap nak mandi laut jugak-jugak!
So berjaya pujuk sampai lepas subuh..then dalam 7.00 a.m macam tu kita pun
keluarlah berjalan ke tepi pantai. Ada je orang yang berjogging seawal pagi.
Aku
teruja nak menengok matahari naik…
Suka
sangat..subhanallah..sejuk pagi..best je…
Incik
Daus terpaksa keluar sorang pi cari breakfast untuk tapau since anak dara dia
tak nak makan dulu.
So
mehla kuar dengan ibu..tapi bukan mandi ke tengahlah ya..ibu xberani okay…
Tetiba
pagi tu kakak mood sangat baik, suruh ibu ambik gambar kakak dulu. So marilah
kakak…ibu memang suka ambik gambor dan bergambor…
Kakak sedang cuba untuk buat lompatan juga macam ibu semalam..baiklah anakku..berlajarlah untuk melompat dan jangan risau jika terjatuh. Kerana apabila kita jatuh itulah, kita belajar cara terbaik untuk bangun...
Yeayyyy..kakak berjaya...see....kalau kita berusaha dan tak mengalah..Insya-Allah...kalau bila kakak dah besar nanti dan kakak baca entry ni...ingat tau pesanan ibu ini....
Ya
Allah, bila dilihat gambar ni, terasa sayu sangat hati..dah besar dah kakak…ni
baru 5 tahun..kalau 15 tahun nanti macam manalah agaknya…
Jaket
pelampung tu, semalam beli kat salah satu kedai di Pantai Cenang…sibuk nak
jugak sebab dia kaler pink….
Us…sejujurnya
aku enjoy sangat selama bercuti kali ni…
Pinjam
bot kejap ya..tak tau siapa punya..hehhehe…
Kulit
siput yang kakak kumpul…kami bawa balik semua ni sebab kakak nak simpan…
Ni
la my BFF now….hahhaha…everything was about her… bergaduh..merajuk..then
berbaik balik..gitulah selalu..yang pasti tidur sampai sekarang tetap jugak nak
menyondol aku..aishhh…bagilah tidur atas katil sendiri pun, jap lagi tetiba je
dah ada kat sebelah…kakak..kakak…
Ok…settle
mandi lebih kurang..bapak pun sampai..yeayyyyy…
Nasi
Lemak bewarna kuning..weird right? Memang kat Kedah ni selalu nasi lemak atau
nasi pagi warna kuning kan…sebab kat Alor Setar pun ada juga. Rasa dia biasalah,
macam nasi lemak..hahahha..tapi macam berempah skit…
Kakak
merajuk sebab suruh makan dulu baru sambung mandi….Incik Daus mana? Oo..ada
appointment dengan ‘MR TAN’..hahahha…morning call things u know…kih..kih..kih…
Tengok..muka
kakak merajuk..hahhaa..muka ibu…muka kelaparan..hahahha….
Ok..kami
makan dulu ya…then kita mandi lagi okay…
Lepas
ni nak pergi mana ek..ttuuunnnggguuuu!!!
wow seronoknya
ReplyDeletealhamdulillah anum..best sangat... ;-)
Delete