Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Saturday, January 21, 2017

Resipi: Sambal Tumis Telur Puyuh dengan Petai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Masak apa u alls sekalian hujung minggu baru ini…hari ni nak share resipi yang ahkak masak last weekend. Mana tahu ada yang buntu nak masak apa..ewah…bunyinya macam nak bagi resipi tahap 5 bintang aje kan…heheheh…

Last week ahkak masak ini ha…


Ya, Sambal Tumis Telur Puyuh dengan petai…

Siapa suka petai, angkat tangan!!! :p

Sebenarnya aku dulu sebelum kahwin pun tak makan petai walaupun arwah abah makan petai. Suka lagi petai tu….tapi anak dia macam eksenlah masa tu tak suka petai…bau u alls… *rasa gedik sangat* hahahha…bila dah kahwin, dapatlah suami sama perangai macam arwah abah…suka segala petai dan jering…so dari kerana cintaku padamu..maka terpaksalah I jatuh cinta juga dengan petai…hahahha….kengkonon sangat…

Sebelum melalut ke laut dalam, ini bahan-bahan yang diperlukan…

Bahan untuk dikisar:

* Segenggam cili kering (aku guna yang halus kerinting, rendamkan sekejap)
* 10 batang cili padi kampong
* Sedikit belacan
* Dua biji bawang besar
*semua bahan ini silalah kisar halus

30 biji telur puyuh (rebus dulu)
Petai (ikut sukalah ya nak banyak mana….seeloknya hidangan ini dimasak di hari Sabtu, supaya toilet rumah sendiri saja yang menjadi mangsanya..hahahha)
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis, bulat-bulat)
Sedikit air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air, kalau suka nak berkuah sedikit.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis semua bahan yang telah dikisar sehingga masak atau pecah minyak ek orang cakap….hehehe…
2.  Kemudian masukkan air asam jawa. Bagi kuahnya nampak pekat sedikit barulah dimasukkan hirisan bawang dan juga petai.
3.  Setelah itu, masukkanlah telur puyuh. Perisakan dengan garam dan gula.
4.  Siap semua, silalah hidang.. J



No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)