Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, January 20, 2017

Jom Terokai Perak: Ziarah Haiwan di Zoo Taiping & Night Safari :-)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Ok, jom kita sambung sembang #fromtaipingwithlove ni sebelum semakin berkurangan daya ingatan…hehehhe….

Kakak memang suka sangat dengan haiwan. Agaknya sebab dari kecil memang kami suka bawa kakak ke tempat-tempat macam ini kot. Sekarang ini sibuk setiap hari minta nak bela kucing. Ibu dia dahlah penakut kucing. Setiap hari isu ni akan jadi argument…”Kakak tak fahamlah apa yang ibu takut sangat dengan kucing…” ewah ewah…hahahha!



Zoo Taiping waktu kami ke sini dalam proses menaiktaraf. Jadinya ada haiwan yang dipindah sementara, so taklah begitu banyak keseronokan tu. Cumanya bagi anak seusia macam kakak, dengar zoo je dah excited kan..eh ye ke..anaknya je ke..ibu bapak dia tak excited ek..ok baiklah…hehehhe….



Ok Mr. Orang Utan, jadi model kami sat…jangan melawan! :p

Harga tiket masuk bagi dewasa adalah RM 17 seorang manakala bagi warga emas dan juga kanak-kanak adalah RM 8.50.

Masuk-masuk je, jomlah ambik gambar. Kenangan orang cakap…kalau ambil dua keping bayaran dalam RM50.


So tour kami mulakan dengan menaiki  mini train yang disediakan. Sajalah nak menengok apa yang ada, so that kami tak payah nak pusing ke tempat yang least attraction kan.


Zoo, sebab kenapa aku suka bawa kakak ke tempat-tempat macam ni dari dia kecil adalah kat sinilah yang paling senang untuk enhance their knowledge. Boleh bercerita dan sebagainya. 



Semenjak dah boleh membaca sendiri ini…sibuklah kakak nak membaca…


Tapi silalah bertabah okay..bacaannya LOUDER sama macam baca waktu kat tadika…hehehhehe…..


Ok time ni lawak..tapi aku dah tak ingat dah apa yang diborakkan anak beranak tentang seekor buaya. Kakak suruh bapa bercakap dengan buaya macam dialog dalam cerita Sang Kancil dan Buaya…so ada sedikit role play di sini..mungkin pihak zoo boleh consider pasangan ini untuk pertunjukan di hujung minggu…hahahaha….


Posing cover album dari kami bertiga..Incik Daus dah kurus..menyampah…ok bai…hahahha…


Ohoiiiii cik beruang..awat tu…lapaq madu kaaaaa….


Kakak with Mak Ngah… mak, maksu dah tak larat nak jalan, so they waited at the main entrance…. Kami yang gigih, gagah dan muda remaja je meneruskan tawaf ke sekeliling zoo….

Next, u all tengok gambor jelah ye…



Hmmm…inilah kisahnya. Bila dah tak larat nak jalan...



Bapaklah menjadi mangsa….maka dengan berdukungnya kakak ini..berakhirlah eksplorasi kami ke Zoo Taiping & Night Safari ini….hehehhe...

Bagi anda yang inginkan maklumat lanjut, silalah layari




No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)