Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….
Salah
satu tarikan kalau ke Bandar Taiping, pastinya Mee Udang di Kuala Sepetang.
Kalau ditanya, aku pun tak pasti Mee Udang Mak Jah, Mee Udang Salleh, Mee Udang
Pak Hashim atau mee udang siapa yang menjadi juara dari segi kesedapan. Tekak
masing-masing, tentulah rating berbeza-beza sedapnya kan….
Untuk
trip kali ini, kami memilih untuk singgah makan di Mee Udang Mak Jah.
Keputusan
sebulat suara ini kami buat bukan sebab igauan terhadap mee udangnya tapi
disebabkan menu ini….
Ya,
cucur udang nipis rangup….kegemaran Mak Siah dari masa kunjungan pertama kami
ke sini lagi. Adalah rasanya dah bawa mak ke sini dalam tiga kali sebelum ini. J
Mak
suka sebab cucur udangnya digoreng panas dan kuah kacangnya yang terasa lemak
kacang. Kiranya kuah dia dikisar walaupun halus tapi masih boleh terasa
kacangnya. Setengah kuah tu kan kacang dikisar halus sampai macam berkrim pula bila
masak.
Harganya,
boleh jeling-jeling banner ini…
Selain
cucur udang, aku pun try order sotong goreng tepung. Aku kan peminat tegar
sotong.
Tapi malangnya sotong goreng tepung dia tak mencapai piawaian tekak
aku. Agak keras dan terlalu banyak tepung. Tapi mungkin sebab dah nama menu ini
kat sini cucur sotong kot…sebab tu lebih banyak tepung dari sotong. Harga dalam
RM 10 sepinggan.
Meh
kita jenguk menu lain yang ada di Restoran Mee Udang Mak Jah ni….
Ok,
dah alang-alang datang ke sini, kami pun orderlah Mee Udang Special.
Udang
besor-besor….
Tapi
mak cakap, kuahnya tak sesedap kunjungan yang dulu. Anak dia tak cakap apa,
sebab anak dia bedal sajalah…hahahha….
Ini
pula menu Incik Daus, sambal udang. Incik Daus kalau ke sini dia memang akan
order sambal udang makan dengan nasi putih. Kakak pula makan nasi putih dengan
udang goreng kunyit.
Ok,
meh bergambar dulu sebelum kita semua melakukan serangan padu terhadap makanan
yang ada.
Ok,
now boleh fokus makan…hehehhe…
Punyalah
fokus…
sampaikan selamba tidur lepas makan..suami siapalah ni…hahhaha…sila..sila..sila
jangan mengaku…. Adulahai incik daus…
Bagi
sesiapa yang nak mencuba makan di sini, ini alamatnya ye….
Restoran
Mak Jah
Alamat:
Kampung Menteri, 34650 Kuala Sepetang, Perak, Malaysia
No.
Tel: +60 5-898 1400
Waktu
Perniagaan: 12.00Noon – 10PM
Ok, kami nak pulang dulu ye....
Kuih udang tu memang nampak tempting sangatttt! 😊
ReplyDeletesedap sis..sebab dia macam rangup-rangup dan tengahnya lembut...macam xsedar pun makan smpai licin..heheheh
DeleteSedapnya... lama xmakan kt sini...
ReplyDeletealhamdulillah...cuma kuah mee udangnya terasa dah xsepekat dulu...faktor harga barang semua naik kot..so ada ramuan kena minimakan demi kestabilan harga untuk customer..heheheh
Delete