Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera….
Hello
Monday…Monday yang selalunya rasa malasnyelah kan…hehehe…
So
bagi menghilangkan rasa mengantuk, malas dan bosan…marilah kita sembang pasal
makanan. Since masa ke Taiping hari tu agenda kami hanyalah santai-santai, maka
dengan rasminya acara makan-makan akan sentiasa bertakhta dihati kami..hehehhe…
Untuk
first day punya lunch, Incik Daus bawa kami makan di Kedai Kopi Kari Sembilang Matang
yang dimiliki oleh Pak Ya. Menurut kata Incik Daus, masa datang kerja area sini
dulu, kawan dia bawa ke sini. Karinya sedap. So as penggemar kari, let’s go…
Inilah
kedainya…
Ya,
kedainya adalah kedai biasa yang terletak berhadapan dengan pasar basah Matang.
Kalau u all sejenis suka makan di kedai yang fancy, so mungkin ini bukanlah
pilihan.
Kedai
ini kalau waktu puncak, memang ramai orang. Kalau nak cepat, better call dan
order dulu menunya. Kalau sanggup tunggu, orderlah bila dah sampai. Aku Cuma
nak warning bahawasanya tempoh menunggu memang boleh mencengkam sukma juga.
Mereka akan masak satu persatu hidangan yang dipesan. Jadi, silalah bertabah.
Apa pun, tak pening nak membuat pesanan sebab menunya hanya pada lauk yang
asas, KARI. Ya, anda pilih sahaja nak ikan apa, sembilang, jenahak, ikan merah,
ikan kembung. Lepas itu, hanya ada ulam-ulaman dan sayur campur yang digoreng
sebagai pilihan. Ikan tersebut kalau tak nak dibuat kari, pilihan lain adalah
digoreng. Itu sahaja yang ditawarkan di sini.
Waktu
kami sampai ini dah menjelang 3p.m. Ikan sembilang hanya tinggal 6 ekor sahaja,
itu pun yang bersaiz kecil. Jadinya, kami pilih separuh untuk dibuat kari
manakala separuh lagi digoreng. Kami juga memesan kepala jenahak dibuat kari.
Itupun, kepalanya dah tinggal separuh..separuh lagi Zombie dah makan..hahahha…
#siscubamelawak
Selain
dari ikan yang ada di kedai ini, pelanggan juga boleh membawa ikan sendiri
untuk dimasak di sini. Syaratnya ikan berkenaan haruslah telah siap dicuci
bersih. Jangan plak bawa ikan yang tak bersiang bagai…ingatlah bahawasanya ini
kedai dan bukannya rumah sendiri…heheheh….
Ya,
inilah hidangan karinya….
Masa
mula dapat, aku pun terkejut. Kosong..hanya ikan dan kuah karinya sahaja. Kita
kan dah terbiasa kalau masakan kari, mesti ada bendi..atau kalau over meriah,
ada tomato….
TAPI….don’t
judge a book by it’s cover…hahahhahah…..
Rasanya
mantap! Sedap betul naik rasa kuah karinya tu. Kuahnya taklah over dengan rasa
spices yang kuat tapi just nice walaupun aku rasa dia macam tak letak sangat
santannya.
kakak dah sempat cubit sikit sebelum ibu sempat snap gambar... |
Ikan
gorengnya pun sedap, rangup je rasa….
Sayur
goreng pun sedap..memang ramuan pure orang kampong yang masakannya sangat
ringkas tapi kaya dengan rasa..ok..aku dah macam pengacara rancangan masakan….
Hehhehehe….
Alhamdulillah…kenyang
semuanya, siap bertambah..sampaikan lupa ambik gambar diri
sendiri..hahahah…harganya juga sangat berpatutan. Kami makan berenam, dengan
dua nasi tambah…semua sekali dalam RM46+ macam tu sahaja.
Ok,
bagi anda yang ingin mencuba, lokasinya adalah seperti berikut:
Kedai
Kopi Kari Sembilang Matang
Jalan Titi Kertang, Kampung
Pekan Matang,
34750 Matang, Perak, Malaysia
No. Tel: 017- 5705134 (Pak Ya)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)