Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Wednesday, September 21, 2016

TB: Aidilfitri 2016 kami...sibuk kalahkan artis!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Seperti yang aku cakap..terlampau banyak entry yang aku hutang. Ikutkan dah abis occasion dah, macam contoh entry sambutan Aidilfitri kami. Tapi atas dasar memori dihari tua, maka aku nak share jugak. 

Bulan Ramadhan tahun ini, aku sangat kelam-kabut. Rumah dalam proses minor renovation. Dah lama dah plan untuk buat rumah tu..tapi biasalah bila u berkahwin dengan suami yang kerjanya dalam bidang pembinaan, maka rumah sendiri adalah rumah terakhir yang dia akan buat… *muka marah, muka sedih, muka sedih* hahahha..sampaikan aku kena nyanyi lagu bertajuk ‘Leteran sampai seminggu’, barulah proses renovation tersebut dapat dimulakan….


Gaya orang merenung lantai mengenangkan cara terbaik nak pujuk bini…hahahhaha…

Actually kami taklah renovate beria bagai, lebih kepada nak selesakan dapur dan juga mengutamakan beberapa factor keselamatan rumah. Dapur rumah zaman sekarang, payah betullah nak jumpa yang besar. Tak pahamlah aku!


Ini bahagian dapur, kami tambah dan dijadikan ruang laundry dan wet kitchen.


Disebabkan rumah kami adalah memanjang, so kami buat mini bar selepas dining area.


Uncle pasang lampu. Aku masih berdukacita kerana tak tahu mana nak letakkan chandelier aku…hahahha…Incik Daus memang paham sangat ketaksuban aku pada chandelier. Aku beli untuk ruang tamu tapi at last Incik Daus nak gaya modern dan minimalis. Ohhh, I nak glam….hahhahah….


Jadi bayangkanlah dengan orang kalut nak renovate rumah, dan kakak kalut nak jugak buat popiah nestum. 

Sabor sangat-sangatlah aku…tak nak buat tak sampai hati pula. Biasalah, sindrom mak-mak..hahhaha….

Dapatlah dalam dua balang..tapi sebalang tu dah habis hari yang sama aku buat tu jugak…


Mana tak habisnya, kalau begini gaya mengusung balang popiah nestum tu…. Suka sangat kakak dengan popiah nestum.

Alhamdulillah, semua renovation sempatlah siap dua tiga hari before raya. Gambor lepas renovate? Biarlah rahsia…hahahhaha…retis gitu!


Oh ya, tahun ini aku dah latih kakak berpuasa. Dapatlah satu hari puasa paling panjang..dekat kul 6pm jugaklah..tapi then kakak tak tahan ibu..dahaga….


Mana taknya, main sakan tak ingat dunia…


Ok, tema kami tahun ini adalah biru.

Muka budak merajuk cebik bibir...hahhaha...ibumu tetap nak pose anak...hahaha...
Aku pilih songket, terasa nak kembali ke era klasik…..

Tahun ini Alhamdulillah, niat kami nak ajak saudara mara sambut Hari Raya di rumah kami tercapai. Hajat nak buat bbq malam raya pun tercapai. Rumah kami mungkin xsempurna tapi alhamdulillah, kami bersyukur kerana Allah permudahkan hajat kami untuk mengumpulkan dua buah keluarga bersama.


Keluarga aku…


Keluarga Incik Daus…

Kami buat kecil-kecilan..masak sendiri. BBQ udang, daging, ikan, ayam. Then kami order satay semua…



Seronok actually dapat beramai-ramai berkumpul santai macam ini. Aku memang suka sangat aktiviti berkeluarga macam ini. Alhamdulillah…doakan semoga kami dilimpahi rezeki untuk jadi tuan rumah lagi next year.


Jujur aku cakap, bila melangkaui usia sekarang..the only thing yang aku nak buat adalah membahagiakan dan menyatu-padukan keluarga…Itu sahaja…lain-lain, malas nak fikirkan sangat.


No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)