Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Life
must go on…sebabkan aku adalah manusia positif, marilah kita bercerita tentang
benda yang aku suka…yeahhh!! Apa yang aku suka? Nescafe Tarik Kaw-Kaw Punya…. Hehehe….
Aku
dengan kaffein memang bagaikan lagu dengan irama, tak mungkin dapat dipisahkan…hehehhe…jadinya
Necafe Tarik Kaw-Kaw Kasi Buih ni (errr…kami yang bagi nama macam ni, tiap kali
order sure sebut mcm ni), memang di antara minuman kegemaran kami.
Nak
tau ke kat mana lokasi?
Ok,
lokasinya adalah di belakang Tesco Extra berdekatan dengan Tasek. Bagi yang tak
biasa, di Ipoh ini ada dua Tesco. Dua-dua pun namanya Tesco Extra. Satu adalah
berdekatan dengan Aeon Kinta City manakala yang aku maksudkan ini adalah
sebelum ke Taman Anda, Tasek dan sebagainya.
Nama kedainya adalah tadaaa….
Ye,
Restoran Gany. Selain Tesco, restoran ini juga berdekatan dengan Maybank dan
juga Hotel Indra. Kalau nak guna waze, silalah guna alamat Hotel Indra ini pun
boleh… 20-24, Laluan Tasek Timur 1, Pusat Perdagangan Tasek Indra, 31400 Ipoh,
Perak, Malaysia.
Mari
kita teruskan dengan gambar-gambar minuman yang pada aku sangat menggegarkan
jiwa raga…
See,
semuanya berbuih tinggi kan. Air dia sedap, pekat dan tak terlalu manis
walaupun buih dia meninggi. Aku kalau orang bancuh nescafe tak kaw…tak bestlah. Selain Nescafe, milo, teh..semua pun boleh kasi tarik..mention je kat dia nak sejenis yang tarik ada buih punya...
Selain
daripada air, menu best pada aku kat sini adalah Maggi Sup dia…hahhaa…
Biasalah
kan, makan kedai mamak, menu typical mestilah maggi goreng atau maggi sup…
Menu
nasi campur kalau kat sini, kurang skit..pilihan tak banyak. Menu lain, biaselah...roti, telur separuh masak..xlah meletup sangat semeletup air dia...hehehe
Berapa
kerap kami ke sini? Errrrr…kadang tu like every weekend…hahhaha..semata-mata
nak minum air je…poyo kan?
Tak
caya..meh aku kompilasikan gambar-gambar kami…hehehhe
Kakak
dan bapak….sweetlah sangat…
Aku
dan Daus…ni kategori masam manis…hahahahha…
Kadang-kadang,
dengan mak pun kami bawak sekali….
Cuma
kekurangan dia, tempat dia xbanyak….so kadang bila full house, nak kena
tunggulah…apa pun, kalau nak cuba, amatlah dialu-alukan...
Ok friends, sign out dulu ya..sharing is caring... ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)