Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Friday, September 23, 2016

Resipi: Ikan Siakap Masak Taucu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Alhamdulillah..jumaat sudah..leganya dapat balik rumah sambil mengetahui bahawa esok adalah cuti…yeayyy!

Ok, sebabkan esok cuti..so nak up lagi entry masak sebagai cetusan idea untuk kawan-kawan yang merancang mahu memasak esok. Aku tak tahulah orang lain tapi aku kalau stress memang suka memasak. Bagus memasak ini, dapat mengasah bakat kreatif dan inovatif. Sebab kita boleh mereka cipta rasa dan bagus juga mengajar kita untuk fokus bila nak kena ikut step by step resipi yang susah supaya menu berkenaan menjadi dengan jayanya! Ok, itu mukadimah berupa motivasi ya….

Sekarang, marilah menuju ke dapur dan mulakan dengan Bismillah…

Ikan Siakap Masak Taucu


Bahan-Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 biji bawang Bombay (dihiris nipis bentuk bulat)
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
Sedikit halia (dihiris nipis)
20 biji cili padi (ditumbuk hancur)
2 biji tomato (dibelah empat)
1 pek taucu (aku guna cap Opah Nur)
I batang lobak merah (dihiris nipis, kalau rajin nak buat bentuk bunga kecik-kecik pun boleh….aku xberapa nak rajin…ahaks!)
2 sudu besar sos ikan
Secubit gula

Cara Memasak:

1.    Didihkan air (sukatan silalah agak ikut saiz ikan dan kehendak masing-masing. Ada yang suka berkuah lebih dan ada yang tak)
2.    Kemudian, masukkan semua bahan yang telah dihiris dan ditumbuk tadi.
3.    Masukkan pula taucu, sos ikan dan sedikit gula. Aku dah tak masukkan garam sebab taucu dan sos ikan juga mengandungi garam.
4.    Masukkan ikan dan tutup kuali. Biarkan ikan mendidih seketika. Bila ikan dan masak, masukkan pula tomato. Tomato jangan masuk dipermulaan, bimbang lunyai nanti..dah tak segar.
5.    Angkat dan hiaskan dengan hirisan daun bawang dan juga daun ketumbar.

Senang je kan, sihat pun sihat. Oh, nak bagi tau..aku kalau makan ikan siakap, memang akan suka bahagian sirip a.k.a pipi ikan…ok, perkongsian tak ada kena mengena dengan tip masak. ;p


Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu! 

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)