Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Aku
tak tahulah nak cakap tapi aku rasa tahun ni antara tahun terburuk dalam
menyemarakkan blog aku..hahahha…mood ke mana ntah..dah habis Aidiladha, post
Aidilfitri pun bertunggak-tunggak. Takpelah, walaupun cerita tu mungkin dah
basi pada u all, aku tetap nak sembang gak…heheheh. Pada aku itu memori,
esok-esok anak cucu aku nak baca. *Yakin sangat aihhhh*.
Sambutan
Aidiladha tahun ini secara besederhana sahaja. Tak ada kuih raya beria. Mostly
kami sambut di Masjid An-Nur sahaja. Bagi kakak peluang melihat ibadah Korban
dilakukan. Dah besar sikit, dah makin faham.
Us…
Antara
intipati khutbah Aidiladha yang sangat bermakna dan menusuk kalbu aku…
“Pertolongan
Allah itu sentiasa dekat asalkan kita yakin dan sabar. Ujian itu penguji
keimanan. Justeru, kala diuji sentiasa yakin pada Allah, teruslah berpegang
kepada agama Allah. Ingat, jangan sesekali menggadaikan agama demi mengejar
pangkat dan kuasa. Jangan pernah lemah demi menegakkan syariat agama. Berkorban
dan berjihadlah hanya untuk mencari keredhaan Allah…”
Ya
betul, zaman sekarang banyak cubaan dan dugaan. Bak kata seorang sahabat, “lebih
ramai kak yang menjadi ‘Penunggang Agama’ dari yang bernar ikhlas beragama.
Ramai yang suka menggunakan hadis dan petikan agama dalam mempertahankan salah
laku yang dilakukan. Semoga aku dan sahabat-sahabatku terhindar dari benda-benda
macam ini…Aamiinn…
Ni
bukan baju raya yang dirancang..kami mix and match saja…Incik Daus dengan baju
melayu dua tahun lepas manakala aku dengan kakak dengan baju kurung je…
Tahun
ni ada 10 ekor lembu untuk dikorban di Masjid An-Nur. Ibadah korban bermula seawal
9.45 pagi dan berakhir dalam masa tak sampai satu jam. Setiap ekor lembu dah
dibahagikan kepada pasukan urus setia yang berkenaan. Jadi urusan melapah,
menimbang dan membahagikan daging dapat dijalankan lebih teratur dan lancar.
Makan
pagi pun kat sini aje…makan ramai-ramai, kongsi-kongsi..best!
Si kakak dua
pinggan jugakla bihun goreng… ;-) Incik Daus tak mau makan, busy melapah…
Ye,
nampak tu betapa beria mengasah pisau…nak kasi lagi tajam.
Sesi
melapah pun bermula….
Alhamdulillah…
tahun ini antara tahun yang sangat bermakna bagi kami semua. Semoga diberi
kemurahan rezeki dan dipanjang usia untuk bertemu Aidiladha tahun
hadapan..Insya-Allah….
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)