Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Tuesday, September 10, 2013

Syawal Pertama kami...2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Okay…akhirnya setelah Syawal melabuhkan tirainya, barulah aku sempat nak memulakan kisah Syawal kami…heheheh..punyalah lama dok berkira-kira nak start menulis..pilih gambar dan resize saja aku ambik masa dekat seminggu lebih…


Syawal tahun ni jika mengikut giliran, memang turn aku beraya di Alor Setar. Tapi disebabkan Incik Daus outstation sampailah sehari sebelum Raya, so akhirnya Incik Daus kata raya kat Ipoh dulu…yeayyyy!!! Hihihihi…buleh gituuuu…

Bangun pagi-pagi macam biasa, siap-siap ke Masjid dulu…solat sunat Aidilfitri bersama-sama. Tahun ni alhamdulillah, kakak dah semakin cerdik. Dapatlah aku solat dengan tenang. Kalau tak dulu, dah menangis dah ni…kalau terawih mesti payah nak dapat sampai 8 rakaat. Dia bila tengok ramai-ramai orang, mula menangis..especially bila kita sujud sebab dia tak nampak muka kita. Gitulah kakak.

 Muka gembira selepas solat. Kakak pun dapat telekung raya… ;-)




Oh ya, tema warna kami tahun ini adalah dusty pink. Inipun jenuh aku pujuk Incik Daus. Kalau ikutkan dia, dari tahun pertama kami kahwin asyik dirotate warnanya, kelabu, hitam, kelabu hitam. Sampai aku dah naik jemu…Actually warna dusty pink ini pun, bukanlah idea asal. Cuma masa cari kain, terasa warna ni macam ok plak. Well….erny pakai kaler pink, does it miracle? Hahahah! Iya, untuk yang mengenali aku sekian lama, aku ni memang allergic dengan warna pink. Kalau dulu bila mak aku suggest warna pink, aku mesti macam .. “Pink? Tak naklah mak, nampak macam pompuan sangat…” ..hehhehe..then mak aku mesti balas balik… “ Abis tu, bukan pompuan ke…?” ;-)

Tak taulah kenapa dulu aku selalu merasakan warna pink adalah warna yang sangat girlish sedangkan aku sangat lasak. So no wonder anak dara aku ni, aku tengok pun sangat cheeky orangnya. Aktif dan lasak. No Barbie doll requested at all…hmmm…sabor ajelah…


Cubalah nengok kasut raya dia...tak mainlah sandal2 gurlish sgt..hmmmm...


Jomlah kita bermaaf-maafan dan berdrama…hihihihi…


Katanya, "Bu...kak...ampuunn...maaf..amatt ari ayaaa..." hihihihi...sebab dia dengar kita cakap cam gitu...first time beraya dia dah besar, memang meriah. Mulut tu tak henti2 bercakap...paling suka makan ketupat palas (pulut)..orang utara taulah ni...heheh..boleh abis 3 ketul sekali makan kat dia..suka sangat...


Ibu memberi pesan..kakak mcm biaselah..angguk2.. "ahhhaaammmm"...sat ja paham tu, tak sampai seminit pun...


Kakak beraya dengan Opah plak...


Kemain manja budak ni...yang Ibu kata tak boleh, pergi kat Opah, bile Opah kata tak boleh jugak, pergi kat Mak Ngah...last option...ini gerenti boleh punyalah...pergi mintak kat Bapak...muahahah!


Sangat cheeky okay ini budak kecik...


Cam gini aje beraya dengan bapak..jenuh bapak kejar.. "Kak amauu alam Bapak...kak geli..."..hehehe..gelikan janggut Bapak tu...


Bapak sengaja nak usik..suka sangat nak geli2kan anak dengan janggut dia tu...

Meh tengok ibu daughter posing momment...




Flying kiss sikit...mmmuuuaahhhh...


Sekejap je pin rambut ni dia nak pakai..dah sibuk suruh bukak...


Ok bile raya ni, yang best tentulah hidangan di pagi raya. Memang tak sempat pun nak ambik gambor, sibukkan diri nak makan aje. Tapi yang paling aku suka adalah lontong dengan kuah sambal ikan bilis.


Ini sendiri bikin okay.... **MUKA BUAT BELAGAK SIKIT SAMBIL SAPU HIDUNG****...heheheh


Petang tu, kami saja kuar jalan-jalan, habiskan masa bersama..last2..kakak ajak makan ini...


Iya..telur separuh masak...hahahah...sangat juadah hari raya iya...ohhh anakku yang gebu... ahaks! 

Okay..sudah sangat panjang entry ini...nanti kita sambung lagi ya..aku cubalah untuk gigihkan diri buat 2,3 entry raya ya...

Babaiii sume..tatatititutu... ;-)

No comments:

Post a Comment

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)