Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera…
Yeehhhaaa…nak khabar sikit ni..aku ni kan ..memanglah lahir dan
dibesarkan di Ipoh ,
tapi since abis SPM sampai kerja terus merantau ke Shah Alam. Ewah, merantau ya
ayat…tak leh blah…ahaks! ;-) Tapi tak pernahlah nak explore Perak ni. Iyalah,
balik Ipoh pun
during weekend..kejar sana ,
kejar sini dah abis dua hari weekend tu..
So, awal September ari tu, kami geng
office, decide to jalan-jalan. Sebenarnya tak tahu pun dari mana idea ni
datang. Just yang aku ingat, sorang intern office suggest nak ke Pulau Aman,
jalan2 ramai2. Tapi disebabkan musim hujan tak menentu, kami decide ke Kuala
Sepetang aje.
Pagi-pagi semua pun berkumpul di office.
Sorry tak dapat nak ambik gambar sebelum bertolak…ade kesilapan teknikal skit
pagi tu..ketua rombongan terkandas atas katil…hahahaha!
Ini panorama bandar Taiping, kat area kami akan breakfast...
Destinasi pertama kami dalam perjalanan ke
Kuala Sepetang, of courselah isi minyak diri sendiri dulu. Setelah kemain lagi
promote, kami pun setujulah nak breakfast kat Kedai Makan Bismillah, Taiping
ni…dia terletak betul-betul di tengah Bandar Taiping, berhadapan clock tower
tu..kedai dia corner lot..kedai lama…
Apa yang bestttt???
Inilah dia….
Gini gaya servingnya...kami order 10 keping roti canai.. pheww!! |
Kemain lagi bebudak ni..hehehe... |
Inilah hidangan lengkap itu.... ;-) |
Penuh meja…kuah dia macam-macam. Ada kuah tradisional,
kacang dhal tu, sambal ikan bilis..dan yang paling superb. Itu haaaa….kuah
daging masak hitam…sepinggan kuah daging tu lebih kurang RM 3- RM 3.50 harga
dia…ada dua ketul daging, ketulnya besar jugaklah…
Memang terbaik kat
anak tekak aku nilah..kuahnya pekat…dagingnya lembut..memang layan…
Teh tarik dia pun, walaupun berbuih tinggi
tapi tak manis sangat..bercakap tentang teh tarik ni, dekat kedai ni ada teh
tarik dengan susu lembu dan teh tarik dengan susu biasa tu…so kalau nak rasa
kelainan bolehlah order dengan susu lembu ya tuan puan sekalian…untuk aku, yang
biasa sajalah…mengenangkan nak jalan jauh..sat gi perut meragam..siapa nak
jawab…hihihihi…
So kenyang perut, suka hati….
Apa lagi, jom…jom…kita teruskan perjalanan
kita…
Inilah wajah kanak-kanak ribena..heheh..kami satu keta... |
Ini budak kecik lagilah teruja...jenjalan ramai2..mula2 malu, last2 tak malu...hehehhehe |
Ok..kite sambung Part 2 di entry seterusnya ya...ke mana destinasinya itu....??? ;-)
No comments:
Post a Comment
SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)