Pages

OUR JOURNEY OF LOVE

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Silalah Klik... TQ

Thursday, September 19, 2013

Resipi: Steamed Chocolate Cheese Cake

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Kengkawan...yeayyyy!!! Aku half day off arini...wahhh, kemain nak bagi tau..hehehe...sebab malam nanti ada nak buat sedikit kenduri doa selamat dan majlis tahlil serta bacaan yassin kat umah Mak Long aku...

Ok, semalam kan aku dah janji mau up itu resipi kek yummy2 itu... (wahhhh, sendiri bikin, sendiri kata yummy...heheheh)...marilah hari ni..kiter berkongsi ilmu resipi...ahaks!

Ini bahan-bahan yang aku gunakan....


Bahan-bahan:
  • 280 gm tepung naik sendiri
  • 60 gm serbuk koko
  • 100 gm gula perang
  • 100 gm gula kastor
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 130 gm mentega
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar emulco coklat
  • 100 gm susu cair (campur dengan 1 sudu besar cuka)
  • 100 gm air suam

So inilah plak cara aku membuatnya....

Cara Membuat:

  1. Pukul mentega, gula perang dan gula kastor sehingga sebati
  2.  Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga gebu. Kemudian, gabungkan tepung naik sendiri, serbuk koko, serbuk penaik dan soda bikarbonat. Dah lepas campur semua bahan-bahan tu menjadi satu, barulah mula masukkan ke dalam adunan mentega tadi sedikit demi sedikit.
  3. Campurkan pula di dalam jug susu cair, air suam dan cuka. Bila masuk cuka ni, gabungan cecair ni akan jadi sedikit berbuih. Kemudian, masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit.
  4. Masukkan pula emulco coklat dan gaulkan sehingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam acuan berukuran 9inci atau 11 inci.


Adunan Keju:

  • 500 gm krim keju
  • 90 gm gula
  • 1 biji telur


Cara Membuat:

1. Pukul krim keju dan gula
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sebati.
      3. Setelah siap, masukkan adunan keju ini ke atas adunan coklat di atas.
      4. Tutup acuan/Loyang dengan kertas aluminium dan sedia dikukus dengan api besar selama satu jam.

Topping

Bahan-bahan:

  • Coklat masakan (aku guna dua bar sebab saiz kek lebar sebab aku pakai acuan 11inci.
  • 1 sudu besar Crisco 
Inilah rupa paras kek setelah siap dikukus...sebelum kita topping...


Dan inilah hasilnya setelah berhempas pulas menghias...takdelah hempas pulas sangat pun...hehehe...aku hiasa biasa2 jer...tak sempat nak piping tulisan ke hiasan apa..sebab bila si kecik pun turut sama nak joined tolong kan... hehehe..


Kek ni lembut sebab dia dikukus. Tak manis sangat, oklah pada anda yang tak sukakan manis. Actually ini first time aku cuba resipi kek ni yang aku ambil dari buku masakan Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah. Alhamdulillah, cubaan pertama ini membuahkan hasil. Cuma kalau ikut resipi yang asal, adunan krim keju tu di masukkan di bahagian tengah kek sahaja. Tapi aku olah menjadikan krim keju itu dibahagian dasar, so aku tambahlah sedikit jumlah krim keju tu instead 0f 400gm kepada 500gm. 

Ok, selamat mencuba ya kawan-kawan....  ;-) 

2 comments:

SILA BERI TUNJUK AJAR... ;-)